Rabu, 31 Disember 2014

Terkandas akibat banjir - Video misi bantuan banjir di Kampung Bangau Parit Temerloh



Sebahagian mangsa yang terkandas akibat banjir



Alhamdulillah Admin dan beberapa rakan dari Muslim Care Malaysia telah menyempurnakan misi bantuan banjir di Kampung Bangau Parit Temerloh Pahang semalam. Kampung Bangau Parit antara kampung yang terjejas teruk akibat banjir.

Misi kami adalah untuk menyerahkan bantuan makanan kepada 8 keluarga yang terkandas di kampung tersebut. Semua sumbangan adalah hasil sumbangan orang ramai atas usaha bersama Muslim Care Malaysia, jemaah surau Ad Diniyyah, Staf, pensyarah dan pelajar MJIIT UKM.

Terima kasih kepada yang menyumbang tenaga dan wang ringgit demi menjayakan misi ini.

Jazakumullah khairal jaza'



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf  Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja

Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

0 ulasan: