Selepas 5 tahun. Tembok pagar Surau Ad Diniyyah mula berlumut, cat pun dah mula pudar. Kali terakhir tembok ini dicat ialah pada tarikh 7 Julai 2007 (atau cantik ditulis begini 07.07.07). Tarikh 777 ini adalah tarikh di mana tembok pagar ini siap dibina dan siap dicat.
Cat terkopek dimamah mentari selepas 5 tahun.
SK ingat benar tarikh 777 tu kerana pada keesokannya iaitu pada 08.07.07 pihak surau telah mengadakan ceramah perdana bersama Dato' Ismail Kamus. 777 memang tarikh istimewa untuk pagar ni. :)
Hari ini pagar ini dan cat ini telah berusia 5 Tahun 11 hari. :)
Make up tembok sebelum Ramadhan
Ada satu lagi rahsia yang SK nak share tentang pagar Surau Ad Diniyyah ini dengan pembaca blog. No 777 ini kalau dicampur jumlahnya 21.
7 + 7 + 7 = 21
Mungkin ramai yang tak perasan bahawa jumlah tiang tembok pagar Ad Diniyyah ini berjumlah 21 juga. Heheheh. Adakah kebetulan atau dirancang??
Wallahu a'lam Bis Sawab! :)
Selamat mengira tiang dan selamat Menyambut Ramadhan!
0 ulasan:
Catat Ulasan