Alhamdulillah kerja - kerja pemasangan khat ayat - ayat syifa' di dinding surau telah selesai pada hari Sabtu yang lalu . SK tidak sempat merakam gambar - gambar kerja pemasangan kerana berada di Perak selama 2 hari. Gambar yang dilampirkan ini adalah ehsan dari Abang Zul.
Enam Ayat - ayat syifa ini amat molek kalau boleh dihafal.. Rasullullah S.A.W pernah bersabda yang ertinya :
"Hendaklah kamu mendapatkan dua penawar yakni madu dan Al-Quran."
Dengan hadith itu, dapatlah kita mengambil kesimpulan bahawa kedua - dua (Al Quran Dan Madu) ini merupakan penawar yang besar, tetapi masih ramai di kalangan kita yang masih belum mengetahuinya. Insyaallah, apa sahaja bentuk sakit, malahan penyakit yang zahir dan batin dapat dirawat dengan ayat - ayat Al Quran dan madu,
Ayat - ayat syifa' ini adalah sebahagian kecil dari penawar yang terdapat dalam Al Quran.
Berikut ialah ayat - ayat syifa' yang dimaksudkan
قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ
[14] Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang - orang yang beriman.
ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
[69] Kemudian makanlah dari segala jenis buah - buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan - jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai - bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang - orang yang mahu berfikir
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا
[82] Dan kami turunkan dengan beransur - ansur dari Al-Quran Ayat - Ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang- orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
[79] Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum.
[80] Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku.
وَلَوْ جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا أَعْجَمِيًّا لَّقَالُوا لَوْلَا فُصِّلَتْ آيَاتُهُ أَأَعْجَمِيٌّ وَعَرَبِيٌّ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاء وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى أُوْلَئِكَ يُنَادَوْنَ مِن مَّكَانٍ بَعِيدٍ
[44] Dan kalaulah Al-Quran itu kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata : Mengapa tidak dijelaskan ayat - ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad) : Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang - orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap - gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang - orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).
Cara-Cara Menggunakan Ayatus Syifa'
Dibacakan pada air kemudian diminum dan dijirus pada pesakit
Dibacakan pada madu dengan dilekatkan mulut pada botol atau bekas, lalu diminum beberapa kali sehari.
Ditulis dengan tinta suci dan bersih kemudian dilarutkan pada air kemudian dijiruskan pada pesakit.
Jemputlah datang ke surau ye!
SK : Semua kos pemasangan ditaja oleh Abg Zul Minyak.
Ditulis dengan tinta suci dan bersih kemudian dilarutkan pada air kemudian dijiruskan pada pesakit.
Mudah mudahan dengan adanya ayat ini di dinding surau memudahkan lagi para jemaah membaca dan menghafaz sedikit demi sedikit ayat - ayat tersebut. Surau bukan saja menjadi tempat solat malah boleh menjadi klinik bagi merawat penyakit juga. Insyallah.
Jemputlah datang ke surau ye!
SK : Semua kos pemasangan ditaja oleh Abg Zul Minyak.
1 ulasan:
Salam,
Satu inisiatif yang patut dicontohi oleh mana-mana surau. Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Sehari, seminggu, sebulan satu ayat lama-lama banyaklah ayat yang boleh menjadi ingatan. Alhamdulillah.....
Catat Ulasan