Jumaat, 3 September 2010

Video - Bila bumi terbelah di lebuhraya.


Ketika berlakunya kiamat, suasana sungguh dahsyat. Bumi akan bergegar dengan kuat gunung ganang akan hancur, dan bintang-bintang akan gugur bertaburan. Keadaan yang amat dahsyat itu menyebabkan manusia berada dalam keadaan huru hara, kebingungan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat.

Firman Allah dalam surah Al Haj ayat 1-2 yang bermaksud : Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada tuhan kamu. Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat perkara-perkara yang mengerikan, tiap-tiap ibu lupa akan anak yang yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugur anak yang dikandungnya, dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk tetapi azab Allah amatlah berat lagi mengerikan.


Ini adalah gambar gempa bumi yang sempat dirakam oleh kamera cctv.
Gambar rakaman cctv di lebuhraya.
 






 

0 ulasan: