Ahad, 12 April 2015

Video kemunculan 'lubang neraka' di China


 
Beijing: Kemunculan sebuah lubang misteri yang mengeluarkan api dan haba di lereng bukit di pinggir bandar Urumqi menarik perhatian ahli geologi dan media sejak beberapa minggu lalu.

Menurut laman People’ Daily, suhu haba dari lingkaran api di gunung yang terpencil itu setinggi 792 darjah Celcius yang boleh dirasai dari jarak dua kilometer, malah pakar tidak dapat menganggarkan kedalamannya disebabkan suhu yang panas melampau.

Rakaman video menunjukkan penduduk tempatan menyalakan ranting pokok dan rumput dengan api daripada lubang selebar satu meter itu yang turut digelar ‘pintu masuk neraka’ oleh pengguna Internet tempatan.

Penduduk tempatan memberitahu media bahawa mereka mendapati tanah kawasan perumahan mereka panas sejak akhir-akhir ini.
 
 

 
K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja

<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: