Isnin, 30 Mei 2011

Huh!! Apa lagi ni??? Bertan ikan mati





TALISAY (Filipina): Lebih 800 tan ikan ditemui mati dan busuk di dalam tasik berhampiran gunung berapi Taal di selatan Manila. Pihak berkuasa tempatan mendakwa keadaan itu disebabkan oleh suhu yang jatuh mendadak.

Penemuan sejumlah besar ikan yang mati itu bermula akhir minggu lalu tetapi sudah berkurangan. Pihak berkuasa melarang penjualan ikan itu yang diangkut trak untuk ditanam di Talisay dan empat lagi bandar di wilayah Batangas, kata pegawai Biro Sumber Perikanan dan Akuatik, Rose del Mundo, semalam.

Kematian ikan itu tiada hubungan dengan aktiviti gunung berapi Taal, yang di kelilingi tasik di mana kebanyakan penduduk kampung menternak ikan bandeng dan tilapia - makanan utama kebanyakan rakyat Filipina. Gunung berapi dan tasik berkenaan adalah kawasan pelancongan popular. Datuk Bandar Talisay, Zenaida Mendoza berkata, siasatan awal menunjukkan kematian ikan itu disebabkan oleh perubahan suhu apabila musim hujan bermula minggu lalu selepas musim panas terik yang turut menyebabkan penyusutan tahap oksigen di tasik itu. Sejumlah besar ikan dilihat berenang mengelilingi tasik sebelum mati terapung di permukaannya. Kematian ikan itu turut berlaku pada akhir musim panas lalu tetapi jumlahnya kecil.

“Ramai penduduk sedih dan kecewa kerana mereka sudah membuat banyak pelaburan untuk sangkar ikan,” katanya. - AP


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja












Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: