Ahad, 29 Mei 2011

Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran Surau Ad Diniyyah


Kursus pengurusan jenazah Surau Ad Diniyyah 2011

Sekalung tahniah SK ucapkan kepada semua urusetia yang terlibat dalam program Kursus Pengurusan Jenazah yang berlangsung semalam bermula jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Program berjalan lancar, cuaca baik, kehadiran memberangsangkan. Terima kasih kepada Ustaz Abdul Hamid Bin Abdul Ghani dari JAKIM yang menyampaikan ilmu dengan jelas dan terang.

Tahniah juga kepada peserta yang datang dari jauh semata - semata untuk menimba ilmu yang menjadi fardhu kifayah kepada umat Islam ini. Ada yang datang dari Ulu Kelang, Taman Samudera, Sungai Buluh, Bandar Tun Razak dan Putrajaya. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan di kariah masing - masing. Teruskan mengikuti perkembangan di blog ini. Mungkin ada info yang boleh dikongsi bersama. SK mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam program tersebut.

Tahniah En. Izauddin, Ir. Haji Mohamad Amin dan Dino Alhamd  kerana berjaya merakam audio, video dan gambar sepanjang program tersebut.

SK tak sempat merakam banyak gambar utk tatapan pembaca blog. Insyaallah gambar akan menyusul kemudian dari hasil kerja Dino Alhamd.

Majlis Aqad nikah anak Pak andak Rahim selepas solat asar semlam pun berjalan lancar. Pengantin berseri - seri. SK tumbang sebentar selepas solat maghrib semalam sebelum bangun semula untuk ke majlis doa selamat di rumah pengantin selepas isyak.

Pagi ini jam 8.30 pagi nak ke rumah pengantin lagi. Kenduri kendara pula.

SK: Tahniah Haji Zul Pengerusi Surau Ad Diniyyah yang terpilih untuk ke Misi Menerobos Tembok Kematian Ke Gaza Julai ini. Ikuti perkembangan seterusnya....


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja












Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: