Rabu, 26 November 2014

Jom! Saksikan video wajah ikan laut dalam yang paling menakutkan pernah dirakam secara dekat



Institut penyelidikan The Monterey Bay Aquarium yang berpengkalan di California berkongsi satu penemuan yang menakjubkan dari laut dalam. 

Mereka berjaya merakamkan  imej dan video pertama ikan betina jenis ‘anglerfish’ atau dikenali dengan nama ‘black seadevil’.

Menggunakan mesin canggih yang dikendalikan di dalam air, Doc Ricketts, spesis yang dijumpai adalah 9 sentimeter panjang dan para saintis percaya ini adalah video penemuan pertama yang berjaya dirakamkan pada kedalaman 1900 kaki.

Ikan yang dipanggil ‘Melanocetus’ secara saintifiknya itu mendapat gelaran ‘seadevil’ berdasarkan rahangnya yang besar menonjolkan taring-taringnya yang menggerunkan selain ‘trademark’ mengumpan mangsa dengan cahaya seakan tanglung yang bersambung pada kepala.

‘Seadevil’ pernah digambarkan dalam filem animasi Disney ‘Finding Nemo’ pada 2003.

Menurut jurucakap Institut The Monterey Bay, Kim Fulton-Bennett, “Kami membawa robot (Doc Ricketts) ke dalam air pada beberapa siri kedalaman dan membiarkannya selama 10 minit pada setiap kedalaman. Di situ kami mengira pelbagai jenis hidupan laut yang kami temui.”

Selama 20 tahun penyelidikan, pelbagai jenis ikan dan haiwan laut yang jarang sekali dapat dijumpai berjaya dirakamkan namun spesis ikan ‘seadevil’ terutama betina adalah penemuan paling menakjubkan.- Astro



K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: