Rabu, 3 Oktober 2012

Fenomena Matahari Halo berlaku semalam - Video


Semalam penduduk sekitar Lembah Kelang berpeluang menyaksikan satu lagi fenomena indah kejadian alam. Fenomena Halo Matahari. Anda boleh melihat lingkaran seperti pelangi mengelilingi matahari. :)

Dalam Fizik , istilah HALO digunakan untuk banyak hal. Cincin pada suatu planet kadang-kadang juga disebut HALO. Yang paling mudah kita amati adalah HALO yang terbentuk di sekeliling Matahari atau Bulan jika dilihat dari Bumi. Dengan adanya HALO, Matahari atau Bulan akan tampak memiliki cincin di sekelilingnya sehingga tampak unik dan indah.
 
Subhanallah Maha suci Allah! Hebatnya Allah Taala!
 
 


SHAH ALAM: Orang ramai di sekitar bandar raya ini dan Lembah Klang tidak perlu bimbang dengan satu fenomena dengan lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari, semalam kerana ia Fenomena Halo iaitu satu kejadian biasa yang secara saintifiknya digelar 22 Darjah Matahari Halo.
 
Pegawai Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mohd Zamri Shah Mastur berkata, Halo adalah fenomena semula jadi iaitu satu lingkaran cahaya di sekitar matahari atau bulan, malah boleh berlaku dari sumber cahaya lain seperti lampu jalan.
 
“Terdapat pelbagai jenis Halo, secara umumnya ia muncul disebabkan kristal ais pada awan Cirrus yang sejuk dan berada pada ketinggian lima hingga 10 kilometer di lapisan atas troposfera,” katanya.
Beliau berkata, fenomena itu berkemungkinan boleh dilihat 100 hari setiap tahun.

Fenomena Halo yang muncul selama dua jam bermula 1 tengah hari semalam menarik ramai penduduk keluar untuk melihatnya dan mengambil gambar.

 

 





0 ulasan: