Tahun ini 14 Syaaban 1431 Hijriah ialah pada hari Isnin (26 Julai 2010) dan nisfu Syaaban ialah pada hari Selasa (27 Julai 2010). Isnin malam Selasa iaitu malam nisfu Syaaban. Antara amalan yang disunatkan ialah berpuasa pada hari 14 Syaaban iaitu pada hari Isnin 26 Julai dan Qiyaamullail pada malamnya.
PENGERTIAN NISFU SYAABAN DAN AMALAN AMALAN DI MALAMNYA
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Sya'aban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat belas haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas Lailatul qadr.
Diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Daripada Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis : "Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersolat dengan sungguh - sungguh serta lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan kaki baginda bergerak.
Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan keampunanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepada Mu daripada kemurkaanMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti mana Kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai solat, Baginda berkata kepada isterinya Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepeda mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang - orang yg dengki.”
Hari nisfu syaaban adalah hari di mana buku rekod catatan amalan kita selama setahun Hijriah diangkat ke langit dan diganti dengan buku rekod catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula iaitu pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk waktu maghrib).
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan bertaubat dari segala dosa-dosa samada besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa - dosa kedua ibubapa kita dan ahli keluarga kita samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Amat baik sekali dibacakan penghulu
Istighfar (Sayyidul istighfar). Allahumma anta rabbii. Laa ila ha illaa anta kholaq tanii. Wa ana 'abduk. Wa ana 'ala 'ahdika wa wa' dika mas tato'tu A'u zubika min syarrimaa sona'tu. Abu u laka bini' matika 'alaiya wa abu u bizambi. Faghfirlii fa innahu laa yagh firuz zunuuba illa ant (sila rujuk tulisan arab untuk bacaan dan makhraj yang lebih tepat).
- Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang boleh)
- Mohon keampunan dan taubat diri. (70 hingga 100 kali pagi dan petang)
- Membaca al-Quran.
- Membaca Tasbih Subhanallah. (100 kali)
- Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)
- Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).
Solat - solat sunat; antaranya: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. (Solat Sunat Hajat ditengah malam sebaik-baiknyamemohon hajat sesuatu). Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal ibadat untuk meningkatkan ketaatan, dan jangan sekali-kali menangguhkannya kerana dalam menangguh-nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
0 ulasan:
Catat Ulasan