Isnin, 12 Julai 2010

Kenali 9 Syuhada Mavi Marmara


Allah SWT berfirman :

"Dan jangan sekali - kali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka itu hidup di sisi Tuhannya mendapat rezeki. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka bahwa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan karunia dari Allah. Dan sungguh, Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman." (QS. Ali Imran (3) : 168-171)


31 May 2010 - 9 sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam  perjalanan menghantar bantuan kepada saudara seagama di Palestin. Mereka  dibunuh oleh tentera israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar. Berikut  merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut :

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turkey, berkahwin dan mempunyai 6 orang anak.

Ibrahim Bilgen

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir . Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai 4 cahaya mata.
Ali Haydar Bengi

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri , Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang putera.

Cevdet Kiliçlar

4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana , Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata
Çetin Topçuoglu

5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya , Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 3 tahun.
Necdet Yildirim

6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.

Fahri Yaldiz

7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir , Turki. Berkahwin dan mempunyai 7 orang anak.
Cengiz Songür

8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun , Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.

Cengiz Akyüz

9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School . Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University . Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai 2 adik beradik.
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: