Selasa, 13 Julai 2010

Hukum membaca Al Quran Untuk Minta Sedekah


Membaca quran dengan tujuan untuk meminta sedekah adalah diharamkan dan juga haram memberi wang kepadanya. Ini berdasarkan dua hadis berikut:

1. Imran bin Husain r.a lalu pada orang yang sedang membaca al-quran dan meminta wang daripada orang ramai; lalu beliau mengucapkan Istirja' (إنا لله وإنا إنا إليه راجعون)dan berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
من قرأ القرآن فليسأل الله به فإنه سيجيء أقوام يقرأون القرآن يسألون به الناس

Maksudnya: Sesiapa yang membaca al-Quran hendaklah dia minta ganjaran daripada Allah; Maka sesungguhnya akan datang sekelompok manusia yg membaca al-Quran untuk meminta duit kepada manusia. (HR Tirmizi).

2.Nabi bersabda:
من قرأ القرآن يتأكل به الناس جاء يوم القيامة ووجهه عظم ليس عليه لحم


"Sesiapa yg membaca al-Quran dgn tujuan utk meminta habuan dunia dari manusia ; maka dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan mukanya hanya tinggal tulang tak berdaging."(HR Baihaqi)








0 ulasan: