Aircond boleh menjadi sebahagian amal jariah
Salam Ukhuwwah!
Pejam celik , pejam celik . Hari ini dah pun masuk 29 Rejab. Rejab sudah sampai ke penghujungnya, Sya'ban pun dah nak kunjung tiba. Memang pantas masa berlalu. Ramadhan yang ditunggu- tunggu, mudah - mudahan sempat kita bertemunya.
Sejak beberapa bulan yang lalu, (kalau perasan) SK ada mengiklankan di sidebar blog ini, hasrat jawatankuasa surau untuk memasang aircond sebelum kedatangan Ramadhan. Sejak dari itu pelbagai usaha sudah dibuat untuk mencapai hasrat itu. Kalau dilihat dari kewangan yang ada, mungkin tidak mampu untuk menampung kos perbelanjaan. Jumlah agak besar kerana mencecah anggaran 15 ribu. SK amat yakin Allah sentiasa akan menolong.
Sehari dua ini nampak ada tanda - tanda hasrat itu akan tercapai. Sudah ada individu - individu yang bertemu saya melahirkan hasrat untuk menyumbang,. Alhamdulillah. Mungkin jumlahnya masih belum mencukupi tetapi sekurang - kurangnya ada juga pertambahan.
Jawatankuasa surau masih membuka peluang untuk tuan - tuan mengambil bahagian dalam merebut peluang ini. Sama - samalah kita menyumbang. Seorang sedikit. Jika dikumpul banyak jua. Jumlah 15 ribu itu mungkin tidak menjadi masalah kalau semua ambil bahagian.
Firman Allah yang bermaksud:
إِن تُبۡدُواْ ٱلصَّدَقَـٰتِ فَنِعِمَّا هِىَۖ وَإِن تُخۡفُوهَا وَتُؤۡتُوهَا ٱلۡفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡۚ وَيُكَفِّرُ عَنڪُم مِّن سَيِّـَٔاتِڪُمۡۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬ (٢٧١
"Jika kamu menampakkan sedekah (mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada kaum fakir, maka menyembunyikannya itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapus dari kamu sebahagian kesalahan - kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah : 271)
Semoga hajat ini tercapai.
Hubungi AJK Surau jika berminat beramal jariah
SK
SK
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
0 ulasan:
Catat Ulasan