Jumaat, 16 Julai 2010

Khemah Moreh Sepanjang Ramadhan di Surau



Kebiasaannya pada setiap tahun, Jawatankuasa Surau atau Masjid akan memasang khemah tambahan di perkarangan masjid atau surau ketika kedatangan Ramadhan. Ada masjid dan surau yang memasang khemah ini untuk tujuan menambah ruang tempat solat. Ada juga yang memasang khemah untuk ruangan jamuan Moreh. Maklumlah Ramadhan memang begitu. Jemaah akan datang dari setiap pelusuk arah. Ramai dan padat. Alhamdulillah surau kita padat hingga ke akhir Ramadhan pada tahun lepas.

Alhamdulillah dan Insyaallah pada tahun ini ada hamba Allah yang sudi untuk meminjamkan 4 buah khemah untuk kegunaan sepanjang Ramadhan. Khemah ini nanti akan digunakan untuk ruangan jamuan Moreh. Syukur kepada Allah dan terimakasih kepada hamba Allah ! Mudah - mudahan perniagaan hamba Allah bertambah maju tahun depan.

Jemput datang ke surau nanti .

p/s : Gambar di atas tiada kaitan dengan tajuk. Sekadar gambar hiasan saja. Itu gambar khemah kat mina bukan khemah untuk moreh... agak - agak la yeop kalau nak moreh pun.....he he he!

SK


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 









Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: