Rabu, 14 Disember 2011

Kanak - kanak hidup selepas dilanggar kereta



WENZOU, China - Sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan semalam di China menunjukkan usaha menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar sebuah kereta. Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak berusia lima tahun itu duduk di tengah sebatang jalan raya di sini. 
 
Ibu kanak-kanak itu cuba untuk memaksanya berjalan ke sebuah tadika tetapi anaknya itu enggan dan duduk di tengah-tengah jalan raya. Justeru, ibunya berjalan dengan meninggalkan kanak-kanak berkenaan. Dia menganggap kanak-kanak itu akan mengikutinya. Namun, sebuah kereta berwarna hitam membelok dan bergerak ke arah kanak-kanak itu. Kereta tersebut kemudian melanggar kanak-kanak berkenaan.
 
 

 


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah ..... Rahmat Allah SWT meliputi sekelian makhluk . Janganlah kita berputus asa dengan segala rahmatNYa . Insyallah .....SERI DUSUN