Rabu, 25 Julai 2012

Rohingya yang dilupakan.

Umat Islam di bunuh di Rohingya

Petang tadi SK sempat bersembang dengan Ustaz Abdul Karim Setiausaha Majlis Ulama' Rohingya. Beliau seorang warga Rohingya yang sangat fasih berbahasa Arab dan Melayu. Datang ke surau Ad Diniyyah untuk memohon derma bagi membantu masyarat Islam di sana.

 Ustaz Abdul Karim sempat bercerita tentang penderitaan umat Islam di Rohingya. Pembunuhan berlaku saban hari. Ratusan umat Islam disembelih, dibakar dihalau dan ramai wanita diperkosa tanpa pembelaan. Kisah penderitaan sudah lama berlaku tanpa mendapat perhatian media dunia.

Dalam rusuhan kaum paling buruk di wilayah Arakan baru - baru ini terlalu banyak peristiwa tidak berperikemanusiaan (luar dari batas perlakuan kewarasan akal manusia) dilakukan oleh masyarakat Rakhine terhadap etnik Rohingya Muslim. Beribu - ribu dibunuh dengan kejam - tidak kira yang muda atau orang tua, wanita dan kanak-kanak. Ramai wanita dan anak gadis Rohingya dirogol. Lebih 20 buah kampung dan berpuluh masjid dan madrasah dimusnahkan – sama ada dibakar atau diruntuhkan. Harta benda dirampas.

Rumah dibakar

Orang - orang Rohingya bertempiaran lari ke hutan belantara, ke bukit, ke laut untuk berlindung - ramai saudara mara dan rakan kami lari ke sempadan negara jiran untuk menagih simpati dan mendapat bantuan dan perlindungan – namun apakan daya mereka dihalang masuk malah diusir balik ke bumi berdarah di Arakan untuk dimamah dan diratah oleh pemangsa yang begitu ganas!
Ramai orang terutama kanak - kanak , orang tua dan mereka yang berpenyakit yang mati; bukan disebabkan pembunuhan tetapi akibat kebuluran, kekurangan ubat dan serangan penyakit.
Bantuan daripada masyarakat antarabangsa yang tiba melalui pihak pemerintah tidak diagihkan kepada mangsa etnik Rohingya Muslim tetapi dibolot oleh masyarakat Rakhine dan pihak tentera serta polis tempatan yang beragama Buddha!

Umat Islam Rohingya ditangkap

SK memang tak sanggup nak siarkan gambar - gambar ngeri mangsa pembunuhan di blog ini. Kalau kuat semangat klik lah link ini untuk baca kisah selanjutnya. Hulurkanlah bantuan seadanya. Mudah - mudahan Islam kembali bangkit di sana.

0 ulasan: