Mendengar suara Syeikh Bidr ketika solat subuh pertama setiba SK di bumi Madinah pada pagi 30 September 2011, memang meremang kan bulu roma. Suaranya seakan - akan lentok suara Syeikh Abdul Rahman Sudais. Ditambah dengan kecanggihan sistem pembesar suara di dalam masjid ini, suara Syeikh Bidr benar - benar boleh mendirikan bulu roma.
Satu ketika SK pernah cuba merakam bacaannya ketika solat. Tapi hasil bunyinya masih tidak sama seperti mendengar bacaannya secara 'live'. Kemerduannya tersendiri.
Suaranya masih terngiang - ngiang di telinga sampai hari ini.
Meskipun Sheikh Bidr telah lama menjadi imam di Masjid Nabawi, SK lebih mengenali Imam Senior Sheikh Abdul Rahman Al Huzaifi. Bacaan Huzaifi biasa di dengar di corong - corong radio. Tapi suara Sheikh Bidr jarang kedengaran di negara kita.
Lapan hari di Madinah, lapan kali SK berimamkan Sheikh Al Bidr ketika solat subuh dan maghrib. Puas hati. Sebelum berangkat ke Makkah Mukarramah SK berusaha untuk mendapatkan CD rakaman bacaannya di kedai - kedai di sekitar kota Madinah. Alhamdulillah SK berjaya mendapatkan satu cd MP3 Al Quran bacaan Sheikh Al Bidr. Harganya SR10 sekeping. Boleh melepaskan rindu mendengar suaranya yang unik tersendiri........:)
Nama penuhnya ialah Syeikh Solah Al Bidir. Ada juga dikalangan orang arab yang memanggilnya dengan pangilan Al Budair. SK cuba mencari bacaannya di Youtube. Tapi hasil bunyi rakaman pastinya tidak sama dengan sistem pembesar suara Masjid Nabawi yang hebat ini!!!. Ini adalah rakaman solat Maghrib Syeikh Budair pada Ahad 2 Oktober 2011
Rakaman Solat Maghrib pada 2 Oktober 2011 Bersama Syeikh Bidr
Rakaman Solat Subuh pada 3 Oktober 2011 Bersama Syeikh Bidr
Rakaman Solat Subuh pada 4 Oktober 2011 Bersama Syeikh Bidr
Rakaman Solat Subuh pada 5 Oktober 2011 Bersama Syeikh Bidr
Rakaman Solat Subuh pada 6 Oktober 2011 Bersama Syeikh Bidr
SK tidak berkesempatan menghadiri program santai bersama Aqil Hayy di Masjid Kg. Nakhoda malam tadi. Terima kasih kepada Arrawa kerana berkongsi rakaman ini. SK muatnaik rakaman tersebut di sini untuk dikongsi bersama.
anda juga boleh download celoteh Ust. Aqil Hayy di sini
Ketika SK menjejakkan kaki kali pertama di bumi Arafah pada tahun 1993, Arafah ketika itu sangat panas. Kering kontang dengan batu dan pasir yang amat panas. Cabaran berwukuf ketika itu sangat terasa. Panasnya membakar kulit kepala. SK masih ingat bagaimana panasnya berwukuf tanpa khemah dan pokok. Allah saja yang maha mengetahui.
Ujian di Arafah sangat terasa ketika itu. Lautan manusia. Sesak dan panas. Allah saja yang maha mengetahui.
Gambar di atas adalah gambar pokok Bambu di Padang Arafah. Ada juga yang memanggilnya pokok Semambu. Seingat SK, pada tahun 1993 pokok bambu ini baru separas pinggang tingginya . Kini selepas 18 tahun, segala - galanya telah banyak berubah. Pokok Bambu kini sudah mencecah ketinggian antara 20 - 25 kaki. Arafah tidak sepanas 18 tahun lalu. Jemaah haji Malaysia ramai yang berteduh di bawah khemah. Khemah pula diteduhi pohon bambu ini. Cabaran berwukuf hari ini tidak sehebat berwukuf 18 tahun lalu.
Di Malaysia orang Melayu kita menggunakan daun pokok bambu ini sebagai ubat untuk penyakit demam campak. Menurut setengah - setengah 'riwayat' yang SK dengar, ada yang mengatakan bahawa penanaman pokok bambu di tanah Arafah ini adalah atas cadangan Presiden Suharto kepada Kerajaan Arab Saudi. Presiden Suharto mencadangkan agar pokok ini ditanam dan dapat meneduhkan para jemaah. Bumi Arafah kian menghijau.
Hijaunya bumi Arafah adalah sebahagian tanda - tanda hampirnya hari kiamat
Wallahu a'lam
SK sempat merakam beberapa gambar di Arafah untuk dikongsi bersama.
Kawasan perkhemahan Jemaah Haji Malaysia di Arafah
Video ringkas ini akan memberi sedikit gambaran bagaimana suasana khemah jemaah Haji di Arafah. SK menginap di khemah yang bersebelahan dengan surau Maktab 87.
Beberapa Kelebihan Hari Arafah!
Ummul Mu’minin Aisyah ra bahwasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak ada suatu hari yang Allah lebih banyak membebaskan seorang hamba dari api neraka melainkan hari Arafah.
Sesungguhnya Allah mendekat dan berbangga dihadapan para malaikatNya seraya berkata, “Apa yang mereka inginkan? ( tentu Aku kabulkan) (HR Muslim)
Imam Nawawi berkata: “Hadits ini jelas sekali menunjukkan keutamaan hari Arafah”. (Syarah Shahih Muslim)
Demikian pula Allah memuji para jamaah haji yang wuquf di Arafah. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah membanggakan orang - orang yang wuquf di Arafah kepada para malaikat. Allah berkata kepada mereka, “Lihatlah para hambaKu, mereka dalam keadaan kusut dan berdebu”. (HR Ahmad, Ibnu Khuzaimah, al-Albani berkata: sanadnya shahih)
Alhamdulillah SK telah selamat tiba ke tanah air pada jam 9.00 Pagi Ahad.
Penerbangan dari Jeddah ke KLIA tertunda selama 2 jam kerana kesesakan teruk di imigresen Lapangan Terbang Jeddah. SK terlena panjang di sepanjang penerbangan pulang. Keletihan. Sesekali terjaga kerana tekak rasa gatal lalu terbatuk. Ramai yang begitu. Batuk
Setiba di KLIA, SK disambut oleh sahabat Ad Diniyyah. Terima kasih kepada semua sahabat yang sudi menunggu ketibaan SK sejak awal subuh.
SK juga erharu dengan persiapan sambutan dan jamuan yang disediakan setiba SK di perkarangan rumah. Terimakasih juga kepada muslimat Ad Diniyyah yang membuat persiapan makan, memasang khemah, memunggah kerusi meja menyambut kepulangan SK.
Terharu.
Banyak video dan gambar yang SK rakam di Madinah Munawarah dan Makkah Mukarramah yang ingin SK kongsi dengan pembaca blog Suraukini. Insyallah jika ada masa dan kesempatan SK akan upload secara beransur - ansur.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
(Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda tetap bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata lagi: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Kemudian barulah baginda bersabda: Dan juga orang-orang yang bergunting).
Syukur kehadrat Allah SWT kerana Surau Ad Diniyyah telah berjaya menganjurkan satu Forum pada 22 Oktober 2011 yang menampilkan Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Sallehen Muhyi sebagai ahli panel.
Alhamdullilah dengan kehadiran jemaah yang memenuhi ruang di dalam surau menambahkan keceriaan program. Turut hadir adalah Penyelaras DUN Taman Templer Hj Mohammad Abdul Rahman. Terima kasih atas kehadiran semua
Alhamdulillah, jemaah yang dipertanggungjawabkan untuk menempah lembu untuk Ibadah Korban tahun ini telah melaksanakan tugasnya dengan menempah lembu yang agak besar juga sebanyak 5 ekor kesemuanya.
Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin menyertai Ibadah Korban bolehlah berhubung dengan Pengerusi Surau atau AJK nya di talian 013-3672260 / 013-3320300.
Program Korban/AQIQAH dan Sambutan HARI RAYA idul adha 1432H
Perkara di atas adalah dirujuk
2.Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Raya Idul Adha pada tahun ini dijangka jatuh pada hari Ahad, 6 November 2011.InsyaAllah tahun ini pihak Surau Ad Diniyyah bercadang untuk menguruskan 5 ekor lembu korban/aqiqah dan tuan–tuan dan puan–puan yang berminat untuk melakukan ibadah korban atau aqiqah bolehlah mengisi borang yang dilampirkan mulai sekarang. Bayaran yang dikenakan untuk satu bahagian lembu ialah sebanyak RM400.00 dan bayaran serta borang penyertaan korban/aqiqah boleh diserahkan kepada Pengerusi Surau Ad Diniyyah atau kepada Bendahari Surau Ad Diniyyah, Tuan Haji Sapuan Bin Daman (013-3320300).
3.Dilampirkan di sini juga aturcara program sambutan Hari Raya Idul Adha 1432H, program bertakbir dan berdoa dari rumah ke rumah dan kupon agihan korban.Diharapkan tuan-tuan dan puan-puan dapat turut serta dalam menjayakan program sambutan Hari Raya Idul Adha pada tahun ini.
4.Untuk makluman gotong royong bagi persediaaan menyambut Hari Raya Idul Adha 1432H akan diadakan pada hari Ahad, 30 Oktober 2011 jam 9.00 pagi.Tuan-tuan dan puan-puan di jemput hadir bagi bersama-sama menjayakan program gotong royong ini.
Sekian Terima kasih
Yang Benar
Haji Zulkifli Bin Wahijan
Pengerusi Surau Ad Diniyyah
013-3672260
ATURCARA PROGRAM SAMBUTAN IDUL ADHA 1432 HIJRAH
Solat sunat Idul Adha di Surau Ad Diniyyah akan diadakan pada
Tarikh: 6 November 2011
Hari: Ahad
Jam: 8.30 pagi
Khatib / Imam bertugas : Ustaz Zaki Madzar Atham
Bilal bertugas: Haji Mohamad Amin Othman
Waktu sembelihan korban
Jam:9.30 pagi (Sila bawa kelengkapan sesuai)
Program ziarah rumah ke rumah sempena Idul Adha adalan seperti berikut :-
Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya.
Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.
Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.
Menurut riwayatnya, ramai para sahabat menyatakan, bahawa bumi Makkah adalah yang pertama sekali muncul dari air selepas penciptaannya dan daripadanya bumi- bumi lain terbentang dan terhampar. Keistimewaan yang terdapat di Makkah ialah Masjidil Haram.
Keistimewaan Masjidil Haram pula ialah kerana Kaabah atau Baitullah, yang menjadi kiblat bagi umat Islam.
Baitullah adalah sebuah bangunan yang hampir-hampir empat persegi. Tingginya 15 meter dan luasnya lebih kurang 120 meter persegi. Bangunan ini terletak di tengah-tengah Masjidil Haram. Di salah satu penjuru Kaabah ini terdapat Hajarul Aswad yang menjadi tempat permulaan untuk mengerjakan tawaf.