Rabu, 12 Oktober 2011

Pekeliling - Ibadah Korban 1432H

 
12 oktober 2011
Kepada
Semua Penduduk
Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Program Korban/AQIQAH dan Sambutan HARI RAYA idul adha 1432H
 
Perkara di atas adalah dirujuk
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Raya Idul Adha pada tahun ini dijangka jatuh pada hari Ahad, 6 November 2011. InsyaAllah tahun ini pihak Surau Ad Diniyyah bercadang untuk menguruskan 5 ekor lembu korban/aqiqah dan tuan–tuan dan puan–puan yang berminat untuk melakukan ibadah korban atau aqiqah bolehlah mengisi borang yang dilampirkan mulai sekarang. Bayaran yang dikenakan untuk satu bahagian lembu ialah sebanyak RM400.00 dan bayaran serta borang penyertaan korban/aqiqah boleh diserahkan kepada Pengerusi Surau Ad Diniyyah atau kepada Bendahari Surau Ad Diniyyah, Tuan Haji Sapuan Bin Daman (013-3320300).
 
3. Dilampirkan di sini juga aturcara program sambutan Hari Raya Idul Adha 1432H, program bertakbir dan berdoa dari rumah ke rumah dan kupon agihan korban. Diharapkan tuan-tuan dan puan-puan dapat turut serta dalam menjayakan program sambutan Hari Raya Idul Adha pada tahun ini.
4. Untuk makluman gotong royong bagi persediaaan menyambut Hari Raya Idul Adha 1432H akan diadakan pada hari Ahad, 30 Oktober 2011 jam 9.00 pagi. Tuan-tuan dan puan-puan di jemput hadir bagi bersama-sama menjayakan program gotong royong ini.
 
Sekian Terima kasih
Yang Benar
Haji Zulkifli Bin Wahijan
Pengerusi Surau Ad Diniyyah
013-3672260
ATURCARA PROGRAM SAMBUTAN IDUL ADHA 1432 HIJRAH
Solat sunat Idul Adha di Surau Ad Diniyyah akan diadakan pada
Tarikh : 6 November 2011
Hari : Ahad
Jam : 8.30 pagi
Khatib / Imam bertugas : Ustaz Zaki Madzar Atham
Bilal bertugas : Haji Mohamad Amin Othman
Waktu sembelihan korban
Jam : 9.30 pagi (Sila bawa kelengkapan sesuai)
Program ziarah rumah ke rumah sempena Idul Adha adalan seperti berikut :-
Waktu Ziarah : Selepas solat Isyak
Aturcara : Bertakbir dan berdoa dari rumah ke rumah
05/11/2011 (Sabtu)
Jalan 2A/4 dan 2A/5
06/11/2011 (Ahad)
Jalan 2A/7 dan 2A/6
07/11/2011 (Isnin)
Jalan 2A/1, 2A/2 dan 2A/3
08/11/2011 (Selasa)
Flat SA & SB
 
 





0 ulasan: