Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Isnin, 9 April 2012

Kingdom Tower Jeddah bakal dibina - Kiamat yang kian hampir

Kingdom Tower . Mercu tanda kiamat ?

Rasulullah S.A.W bersabda dalam satu hadith

Baginda bersabda: (Antara tanda-tanda kiamat ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang - orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan.

Gambar di atas adalah bangunan pencakar langit yang baru ini mempunyai ketinggian satu kilometer dan bakal ditempatkan di Arab Saudi. Menara ini akan mengalahkan negara jiran mereka iaitu Dubai, yang secara rasminya telah menjadi bangunan pencakar langit tertinggi didunia iaitu ketinggian 828m Burj Khalifa pada dua tahun yang lalu.

Saudi telah dianugerahkan kontrak lebih daripada $ 1 bilion untuk membina menara tersebut, yang akan dinamakan Menara Kingdom. Ia akan mempunyai hotel Four Seasons, apartmen servis, kondominium mewah dan pejabat, merangkumi semua dalam satu dan berkeluasan lantai kira-kira setengah juta meter persegi.

Kingdom Holding Co, firma pelaburan yang diketuai oleh jutawan Putera Alwaleed bin Talal, berkata ia telah menandatangani perjanjian $ 1 bilion dengan Kumpulan Saudi Binladen untuk membina Kingdom Tower di pinggir bandar Laut Merah Jeddah. Gergasi pembinaan Saudi dimiliki oleh keluarga Osama bin Laden



Menara ini, direka oleh Adrian Smith & Gordon Gill Arkitek yang berpusat di Chicago, pada bulan Jun 2009, KHC menandatangani perjanjian dengan Emaar Properties yang berpangkalan di Dubai untuk membangunkan dan menyelia pembinaan Kingdom City and Kingdom Tower. Emaar, yang sebahagiannya dimiliki oleh kerajaan Dubai, pemaju bangunan yang tertinggi di dunia Burj Khalifa.

Pencakar langit yang dicadangkan Alwaleed akan memecahkan rekod menara Burj Khalifa, yang mempunyai 160 tingkat untuk kediaman dan termasuk sebuah hotel butik Armani. Pada 828 meter, Burj Khalifa bukan sahaja bangunan tertinggi tetapi juga struktur berdiri bebas tertinggi di dunia.

Secara perbandingan, bangunan tertinggi di Amerika Syarikat, Menara Willis di Chicago, berada pada ketinggian 442 meter, dan jika dikira sekali dengan antena ketinggiannya akan meningkat kepada 527 meter. Satu lagi bangunan di Pusat Dagangan Dunia yang dibina di New York akan mempunyai ketinggian sebanyak 541 meter termasuk menara antena (417m tanpa). Ia dijangka siap pada tahun 2013.

Syarikat Binladen juga telah membangunkan kompleks tujuh menara di kota suci Mekah yang diiktiraf sebagai jam terbesar di dunia.


 
 














Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari di Selayang

Sabtu, 7 April 2012

Datuk Dr. Harun Din semakin pulih


SHAH ALAM - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din semakin pulih selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco empat hari lalu.

Menurut laman web Darussyifa’, Haron menjalani pembedahan pada 2 April lalu. Pembedahan yang mengambil masa selama 10 jam itu diketuai oleh Dr Robert C Robinson.

“Haron telah sedar hari ini, bagaimanapun beliau perlu diberi ubat sedatif yang kuat berikutan kehilangan banyak darah,” memetik laporan laman web itu.

Sementara itu, laporan blog anaknya Hana Haron berkata, mereka diberikan peluang melawat ayahnya yang menunjukkan reaksi positif.

"Kami dibenarkan masuk berperingkat dua orang pada satu-satu masa.

"Babah boleh mengeluarkan suara, bagaimanapun masih tidak boleh melakukan banyak pergerakan, tetapi sempat bertanya sudah berapa lama beliau tidak sedarkan diri," katanya dalam entri blognya.

Difahamkan Haron yang juga pengasas Darussyifa’ semakin stabil tetapi masih perlu masih dirawat di unit rawatan rapi.

Haron telah berangkat ke San Francisco pada 18 Mac lalu dan dijangka berada di sana selama sebulan kerana perlu menjalani beberapa sesi rawatan selepas pembedahan.

ikuti keadaan kesihatan di sini http://darussyifabbst.blogspot.com/

Travelog Haj 1432 suraukini.com - Lagi gambar Abraj Al Bait


Gambar - gambar Abarj Al Bait dari pelbagai sudut untuk dikongsi bersama. Pembaca blog mungkin sudah membaca artikel tentang menara jam tertinggi ini di sini. SK ingin share kat sini beberapa keping lagi gambar menara yang tinggi ini. 


Satu sudut gambar Menara Al Bait yang diambil dari tingkat satu Babul Fatah.
(Samsung wave II GT-8530)


Pancaran spot light dari menara di waktu malam . Anak bulan Zulhijjah sudah agak membesar pada tarikh ini . 6 Zulhijjah 1432. Tiga hari sebelum wukuf.


Ni gambar lama. Gambar tahun 2009. Ramadhan 1430. SK sempat rakam gambar menara ini yang sedang dalam pembinaan. Nampak tak banyak kren di atas menara? Masa ni SK tak tahu pun jam besar akan diletakkan di menara ini.


Pemandangan dari tingkat paling atas Bab Abdul Aziz. Kelihatan sebahagian dari menara Abraj dari sudut ini. Pak Arab bersantai menunggu azan maghrib untuk berbuka puasa Ramadhan 1430.


Saat berbuka puasa bersama Pak Habib Ismail. Pekena Kahwah Arab yang pekat (Kopi arab). berlatar belakangkan menara Abraj Al Bait yang sedang dalam pembinaan.











Jumaat, 6 April 2012

Perluasan kawasan tawaf bermula

MAKKAH: Kerja meluasan Mataf, kawasan tempat jemaah mengelilingi Kaabah sudah dimulakan. Projek itu jika siap kelak akan meningkatkan kapasiti kawasan tawaf daripada 52,000 sejam kepada 130,000 sejam.

Usaha meluaskan kawasan tawaf itu adalah sebahagian projek pembangunan besar-besaran yang terbaru bagi meluaskan Masjidil Haram. Lebih 10,000 pekerja binaan terbabit dalam melaksanakan lapan projek baru di kawasan itu.
Pejabat Hal Ehwal Dua Masjid Suci bertanggungjawab memantau projek berkenaan bersama-sama Kementerian Pendidikan Tinggi yang menugaskan sekumpulan pakar akademik bagi meninjau projek itu.

Ia dilaksanakan syarikat Bin Laden. Komander tentera yang mengawal keadaan Masjidil Haram, Kolonel Massad Al-Zahrani, berkata kepada media, kerja pembinaan tidak menjejaskan ibadah jemaah dalam tempoh 75 hari akan datang. Kerja pembinaan akan dihentikan pada pertengahan Sya’ban itu pada minggu pertama Julai.

Peluasan keseluruhan Masjidil Haram menelan perbelanjaan 40 bilion riyal (RM32.6 bilion) dan dijangka menambah kapasiti hingga dua juta jemaah. - SG

Melupuskan Al Quran lama


MUHAMMAD RAMLI (kanan depan) bersama kakitangan JHEAT membuang abu al-Quran ke laut ketika melupuskan naskhah ayat suci berkenaan di perairan Pulau Kapas, Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU - Lebih 200 kilogram (kg) abu al-Quran dan bahan-bahan bercetak yang mengandungi teks ayat - ayat suci itu dibuang di tengah laut di sini semalam sebagai satu cara pelupusan naskhah suci tersebut.

Acara pelupusan itu dilakukan pada tepat pukul 10.37 pagi di perairan Kuala Terengganu yang terletak kira-kira sembilan batu nautika dari jeti Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur dekat sini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh berkata, pelupusan abu al-Quran itu dengan cara membuangnya ke tengah laut merupakan pendekatan terbaik untuk menjaga kesuciannya.

Menurut beliau, usaha tersebut telah dilakukan sejak empat tahun lalu oleh bahagian penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) bermula dengan proses mengumpul al-Quran yang telah rosak dan salah cetak sehinggalah kepada proses membakar serta membuangnya ke laut.

"Kita biasa mendengar orang melupuskan al-Quran dengan cara menanamnya ke tanah selepas dibakar tetapi ramai yang tidak tahu bahawa melupuskan naskhah suci itu dengan membuangnya ke tengah laut adalah lebih baik," katanya selepas mengetuai rombongan JHEAT dan media pada acara pelupusan itu di sini semalam.

Sabda Rasulullah S.A.W
"Bacalah Al Quran, nescaya Al Quran akan datang memberi syafaat kepada orang yang membacanya"

Bunga Kuning kembang sewaktu azan di Azerbaijan. Hebatnya Allah!!


Laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan membuatkan bunga - bunga di sekitarnya mengembang dengan sendirinya,

Fenomena mengagumkan ini terjadi di Azerbaijan ini (juga terdapat di Turki) telah mendapat perhatian dari media Barat.

Bunga yang layu sebelumnya secara tiba - tiba mekar apabila azan dilaungkan daripada masjid yang berdekatan. Stesen televisyen CNN juga pernah menayangkan sebuah dokumentari yang menunjukkan keajaiban laungan azan.
 




Khamis, 5 April 2012

Puting beliung yang dahsyat. Treler terbang macam kapas

SEBUAH treler (dalam bulatan) melayang semasa puting beliung melanda bandar Dallas-Fort Worth, Texas kelmarin

03 April 2012 : Kota Dallas di Texas dilanda ribut taufan dahsyat yang berkelajuan tinggi.

Dalam video yang ditunjukkan di bawah artikel ini, kelihatan angin taufan puting beliung ini melanda sebuah lokasi di mana ia merupakan sebuah "trailer park" dan dengan dahsyatnya menerbangkan trailer - trailer di lokasi tersebut ke udara.



Angin taufan tornado ini juga telah merosakkan sekitar tempat tinggal dan  lebih kurang 100 pesawat yang berada di Bandar DWF telah dilaporkan mengalami kerosakan akibat ditimpa batu - batu sebesar bola baseball. Setakat ini belum ada laporan mengenai kematian.

Puluhan bumbung rumah tercabut dan menurut laporan, puluhan penduduk cedera. Kelihatan banyak kereta terbalik manakala trak remuk serta rosak teruk di bahu jalan.

Pegawai Kanan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Meteorologi, Eric Martello, berkata dianggarkan antara enam hingga 12 puting beliung melanda Utara Texas.













SK: Betapa kerdilnya manusia!!

Selasa, 3 April 2012

Kena cekik lagi!!

Sabor yeop!!

Harga petrol gred RON97 akan naik 10 sen mulai tengah malam ini - meningkat daripada RM2.80 kepada RM2.90 seliter. Harga baru ini sepadan dengan harga rekod yang ditetapkan pada Mei tahun lepas. Bagaimanapun, harganya turun RM0.10 seliter pada bulan berikutnya.

Persatuan Peniaga petrol Malaysia, Abdul Wahid Bidin mengesahkan ini. Minggu lepas, kerajaan persekutuan mengumumkan ia telah meningkatkan subsidi petrol RON95 gred - yang paling banyak digunakan di Malaysia - sebanyak 10 sen ekoran harga minyak mentah global yang semakin meningkat.

Ini adalah kerana kerajaan persekutuan berkata ianya penting untuk mengekalkan harga RON95 bagi menghindari tekanan inflasi. RON95 diperkenalkan pada bulan September 2009, selepas kerajaan persekutuan memutuskan untuk mengapungkan harga RON97 yang disemak setiap bulan.

Kenderaan pendaftaran asing tidak dibenar menggunakan minyak RON95.

Isnin, 2 April 2012

DOWNLOAD Jadual Kuliah April 2012


ILMU SULUH HIDUP!!!

Semua kuliah / Ceramah / Program di bawah diadakan di

Tempat : Klik sini untuk lihat lokasi
Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah, No 62 Jalan 2A/5, Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sg Tua, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Terbuka untuk semua tiada bayaran dikenakan, semua dijemput hadir dan hebahkan.

Insya Allah, jadual ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Ada beberapa orang ustaz yang belum dapat disahkan kehadirannya. Rajin - rajinlah melayari blog ini.

05.04.12 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - (Kitab Bimbingan Mukminin)
05.04.12- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
06.04.12 - Jumaat - Ustaz Zaki Madzar Atham (Kitab Unwanul Falah)
07.04.12 - Sabtu - Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
07.04.12 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
07.04.12 - Sabtu - Ustaz Muda Bin Abdullah ( Hadith 40)
08.04.12 - Ahad 9.00 Pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
08.04.12 - Ahad 2.00 Ptg.- Ustaz Zaki Madzar Atham Hidayah As Sibyan
10.04.12- Selasa - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Sirah Nabawiyah Durus Wa I'bar)
11.04.12 - Rabu - Ustaz Ahmad Awang - Kitab Al Islam
12.04.12- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
14.04.12 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
14.04.12 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
15.04.12 - Ahad 9.00 Pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
15.04.12 - Ahad - Ustaz Zaki Madzar Atham - Hidayatus Sibyan (Selepas Solat Zohor)
18.04.12 - Rabu- Ustaz Sidek Noor- Kitab Minhajul Abidin
19.04.12 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah (Kitab Bimbingan Mukminin)
19.04.12- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah selepas solat Isyak
20.04.12 - Jumaat - Ustaz Zulkifli Ahmad (Belum Confirm)
21.04.12 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
21.04.12 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
21.04.12 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil - Kitab Riyadus Solihin
22.04.12 - Ahad Kuliah Subuh - Ustaz Mustafa Desa
22.04.12 - Ahad - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Sirah Nabawiyyah Durus Wa I'bar)
23.04.12 - Isnin - Ustaz Nazmi Abdul Karim (Umum)
26.04.12 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah selepas solat Isyak
27.04.12 - Jumaat - Ustaz Sobri Mat - (Pendidikan anak - anak Dalam Islam)
28.04.12 - Sabtu - Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
28.04.12 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat