Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Jumaat, 7 Oktober 2011

Makam Ibrahim


Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya.

Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.

Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.

Bumi Makkah


Menurut riwayatnya, ramai para sahabat menyatakan, bahawa bumi Makkah adalah yang pertama sekali muncul dari air selepas penciptaannya dan daripadanya bumi- bumi lain terbentang dan terhampar. Keistimewaan yang terdapat di Makkah ialah Masjidil Haram.

Keistimewaan Masjidil Haram pula ialah kerana Kaabah atau Baitullah, yang menjadi kiblat bagi umat Islam.

Baitullah adalah sebuah bangunan yang hampir-hampir empat persegi. Tingginya 15 meter dan luasnya lebih kurang 120 meter persegi. Bangunan ini terletak di tengah-tengah Masjidil Haram. Di salah satu penjuru Kaabah ini terdapat Hajarul Aswad yang menjadi tempat permulaan untuk mengerjakan tawaf.

Rabu, 5 Oktober 2011

Ibadah Korban di Mekah dan Upah / Badal Haji



Salam dari Madinah.

Berhajat untuk melaksanakan Ibadah Korban di Mekah? SK mempelawa kepada sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan SK di nombor di bawah. Satu bahagian korban berharga RM350 dan akan disembelih oleh SK sendiri.

Berhajat untuk membuat Badal Haji @Upah Haji / upah umrah (akan dilaksanakan oleh Pelajar - pelajar Madinah , Makkah dan Timur Tengah) / memberi zakat kepada pelajar di Madinah dan Makkah ? Masih ada 3 kekosongan dengan harga RM1500 (bayaran termasuk Khatam Al Quran untuk arwah yang ingin dihajikan.

Nombor telefon SK untuk di hubungi di Makkah / Madinah +966547946090 atau nombor di Tanahair  013 2791608. Urusan pembayaran akan di tentukan kemudian.












Isnin, 3 Oktober 2011

Pak Cik Elias berangkat ke Tanah Suci







 





Penantian utk ke Tanah Suci Mekah akhirnya tercapai juga bagi Pakcik Elias dan isteri. Kami sempat menghantar beliau ke Kelana Jaya walaupun suasana agak kelam-kabut dengan program masing-masing, yg test kereta overheating ke Genting, yg radiator bocor di Termeloh dan yang tertinggal pun ada, bukan sengaja tapi terlupa. Ini gara-gara check-in time dicepatkan Tabung Haji. Jangan marah ye...

Sedikit snap yg sempat diambil.....
























 

Ahad, 2 Oktober 2011

Travelog Haj 2011 suraukini.com - Hari keempat di Madinah - Di Mehrab Nabi




Alhamdulillah SK kini sudah berada di Hotel Movenpick Al Madinah Al Munawwarah.

Sudah memasuki hari yang ke empat. Alhamdulillah semuanya bagus di sini. Makanan dan penginapan semuanya selesa. Tiptop!

Sangat beruntung kerana mendapat penerbangan awal. Suasana di Madinah masih belum sesak. Dapat merasai betapa tenangnya ketika berada di Raudhah. Jemaah haji masih belum begitu ramai. Sempat beriktikaf di Mehrab Nabi Muhammad S.A.W, menikmati hening waktu dinihari. Satu peluang yang sukar diperolehi. Meskipun sudah beberapa kali mengunjungi Masjid Nabawi, inilah kali pertama SK mendapat peluang beriktikaf di mehrab nabi dalam tempoh yang lama.

Kawasan Mehrab dan Raudhah adalah kawasan yang paling padat dan sentiasa padat dengan manusia. Bukan senang untuk menghampiri kawasan ini. Menghampiri mehrab juga adalah sukar, kerana ia adalah  kawasan tumpuan dalam kawasan Raudhah.

Subhanallah.



Mehrab Nabi. Di sinilah tempat Solat Nabi Muhammad S.A.W.

Tempat Rasullah SAW selalu menunaikan solat adalah di sebelah kanan lubang mehrab. Di sinilah Rasulullah SAW berdiri semasa mengimami solat jemaah bersama para sahabat.

SK mengambil kesempatan merapati mehrab dalam kepayahan. Berdiri dan melangkah perlahan - lahan menunggu giliran untuk menghampiri kawasan ini sedikit demi sedikit. Alhamdulilla berbekalkan sedikit kesabaran akhirnya SK berjaya menghampiri mehrab ini.


Beriktikaf di sebelah kanan Mehrab Nabi - Alhamdulillah









Sabtu, 1 Oktober 2011

Sejarah Haji


Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :
" Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk".
Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.
Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7 Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.
RASULLULLAH S.A.W MENUNAIKAN HAJI
Nabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan fardhu haji sekali sahaja semasa hayatnya. Haji itu dinamakan "Hijjatul Wada'/ Hijjatul Balagh/ Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat. Baginda telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabatnya seramai lebih 90,000 orang Islam.
Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan baginda sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. Baginda berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah dan bermalam di situ.
Kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah, Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.
PERISTIWA SEMASA HIJJATUL WADA'
Di masa wukuf terdapat beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam telah berlaku, di antara ialah seperti berikut :
  1. Rasulullah S.A.W minum susu di atas unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau tidak sunat berpuasa pada hari wukuf.
  2. Seorang Sahabat jatuh dari binatang tunganggannya lalu mati, Rasulullah S.A.W. menyuruh supaya mayat itu dikafankan dengan 2 kain ihram dan tidak membenarkan kepalanya ditutup atau diwangikan jasad dan kafannya. Sabda Baginda pada ketika itu bahawa " Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram dan bertalbiah".
  3. Rasulullah S.A.W. menjawab soalan seorang ahli Najdi yang bertanyakan " Apakah itu Haji ?". Sabdanya yang bermaksud " Haji itu berhenti di Arafah". Siapa tiba di Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah maka ia telah melaksanakan haji.
  4. Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah Al-Maidah yang bermaksud :
" Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku ke atas kamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kami"
Daripada sejarah dan peristiwa ringkas itu cubalah kita teliti betapa Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan haji dengan pengorbanan Baginda bersama sahabat-sahabat yang berjalan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah selama 9 hari berbanding pada hari ini kita menaiki kapal terbang yang boleh sampai ke Tanah Suci kurang daripada 9 jam. Ini perkara yang perlu direnungkan apabila kita menghadapi sebarang kesusahan di tanah Suci kelak.

Khamis, 29 September 2011

Travelog Haj 1432 - Langkah bermula


Bermula sebuah perjalanan insan kerdil menyahut Jemputan Ilahi. Rakaman gambar ini adalah dari lensa cinagambar. Semua gambar - gambar ini diupload oleh cinagambar.

Terima kasih . Ya! Allah permudahkan urusan ku.


Jam 3.00 pagi melangkah meningalkan kediaman menyahut panggilan Mu Ya Allah!



Kompleks Haji Kelana Jaya


Detik terakhir sebelum berlepas - Antara kroni yang turut bersama di Kelana jaya 

Bersama keluarga


Detik berpisah - perasan bercampur baur di saat ini.

Link Berkaitan Travelog Haji 2011 / 1432












Rabu, 28 September 2011

Upah Haji & Badal Haji, Upah Umrah,



Berhajat untuk membuat Badal Haji @ Upah Haji / upah umrah (akan dilaksanakan oleh Pelajar - pelajar Madinah , Makkah dan Timur Tengah) / memberi zakat kepada pelajar di Madinah dan Makkah ?

Hubungi SK (klik sini)

Nombor telefon untuk di hubungi di Makkah / Madinah +966547946090 atau Nombor di tanah air 013 279 1608
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com





Selasa, 27 September 2011

Menyahut Panggilan Mu!! Ya! Allah , aku datang untuk bertemu Mu!!




SK akan berehat untuk beberapa ketika dari mengemaskini blog Suraukini. Sepanjang SK berada di Makkah blog akan dikemaskini oleh cinagambar.

Insyallah jumpa lagi. Doakan yang terbaik!!

Ya Allah ! Aku datang, terimalah aku, ampuni daku.





Jumaat, 23 September 2011

AWAS!! Pemandu Wanita - Berhati - hatilah!!



Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu.

Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti apa yang ingin diberitahunya. Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dalam kereta dan bersembunyi di kerusi belakang .

Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan secara tiba - tiba pintu keretanya terbuka. Kelihatan seorang lelaki telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa - gesa.

Kes baru - baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita . Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan - lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam.

Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai - beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati - hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata - mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai - ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan
  • Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
  • Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
  • Sentiasa peka terhadap sebarang tanda - tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!.