Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Rabu, 23 November 2011

Travelog Haj 1432 - Raudhah Al Mutahharah yang tenang


Mehrab Nabi - Kawasan tumpuan di dalam kawasan Raudhah

Rasulullah S.A.W ada menyebut dalam sebuah hadith
Ù‚َالَ رسول الله صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ :
Ù…َا بَÙŠْÙ†َ بَÙŠْتِÙŠ ÙˆَÙ…ِÙ†ْبَرِÙŠ رَÙˆْضَØ©ٌ Ù…ِÙ†ْ رِÙŠَاضِ الْجَÙ†َّØ©ِ ÙˆَÙ…ِÙ†ْبَرِÙŠ عَÙ„َÙ‰ Ø­َÙˆْضِÙŠ
صحيح البخاري

"Antara rumahku dan mimbarku ada taman (Raudhah) dari taman - taman syurga, dan mimbarku di atas telaga Haudh"

Raudhah Al Mutahharah di Masjid Nabawi adalah kawasan tumpuan jemaah haji dan umrah. Ia adalah tempat yang sangat mulia. Di sinilah tempat Rasulullah S.A.W dan para sahabat sering beriktikaf dan beribadat. Sebahagian dari wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah di turunkan disini. Jarang benar kawasan Raudhah ini lengang. Biasanya kawasan ini  padat. Jemaah berasak - asak untuk mendapatkan ruang untuk beriktikaf.

Ada juga yang berasak - asak sekadar untuk berdiri dan berdoa di kawasan ini.

Ini adalah kawasan yang disebut sebagai kawasan yang mustajab untuk berdoa. Bersyukurlah kalau anda dapat masuk ke kawasan ini tanpa bersesak - sesak.

(Anda boleh bezakan kawasan Raudhah dengan kawasan yang lain dengan mengecam warna karpetnya. Warna karpet di kawasan Raudhah ialah warna hijau seperti gambar di bawah. Panjang kawasan Raudah al Mutahharah ialah 26 meter dan lebarnya 15 meter)




Warna karpet di kawasan Raudhah


Karpet bukan kawasan Raudhah

SK sempat merakam suasana tenang di taman raudhah ini selepas solat subuh Sabtu 01 Oktober 2011. Video dan gambar  ini mungkin boleh memberi sedikit gambaran kepada anda yang belum pernah menjejakkan kaki ke kota suci ini.

Syukur kepada Allah yang memberi peluang ini.

Alhamdulillah!!

















Selasa, 22 November 2011

1 Disember 2011 - Ujian Pencapaian Akhir Tahun Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah




Semua pelajar Tahfiz Ad Diniyyah akan menduduki ujian Pencapaian Akhir Tahun bermula 1 Disember ini. Ketika ini semua pelajar sedang bertungkus lumus mengulang hafazan baru dan lama.

Selamat Maju Jaya!!

Kuliah Maghrib bersama Tuan Guru Ustaz Abdul Hadi Awang


CERAMAH KHAS SEMPENA MAAL HIJRAH 1433


Tarikh : 22 November 2011
Hari : Selasa
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : MASJID AMANIAH , Batu Caves Selangor

Semua dijemput hadir

Isnin, 21 November 2011

Travelog Haj 1432 - Rakaman sewaktu menziarahi Maqam Rasulullah SAW


Di bawah kubah hijau inilah jasad Rasulullah disemadikan.

Rakaman video ini diambil sewaktu SK berada di Masjid Nabawi di Bumi Al Madinah Al Munawwarah  pada pagi Jumaat 30 September 2011. Madinah masih tenang pagi itu. Jemaah haji masih belum ramai yang tiba. Anggaran 800 - 900 orang Jemaah haji Malaysia baru tiba pada tarikh itu.

Selepas selesai solat subuh, kelihatan jemaah berpusu - pusu menuju ke maqam Rasulullah untuk menziarahi baginda dan dua sahabat Baginda - Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Radiallahu anhuma. Para jemaah berbaris tenang. Mengucap salam dan berdoa. SK sempat membuat rakaman ini.

Beberapa tahun lalu, jemaah biasanya dihalang untuk mengambil gambar di dalam masjid. Kawalan ketat di pintu masuk. Jemaah yang membawa kamera akan diarah meninggalkan kamera di bilik khas. Hari ini halangan tersebut sudah tidak dikuatkuasa lagi. Teknologi telefon bimbit berkamera menyukarkan pihak masjid menguatkuasa halangan tersebut.

SK masih berhati - hati juga ketika membuat rakaman ini. Bimbang juga telefon bimbit dirampas petugas Masjid. Ada kalanya, ada juga jemaah warga arab akan membuat teguran supaya jangan membuat rakaman di dalam masjid.

Rakaman ini sekadar menunjukkan bagaimana suasana jemaah ketika menziarahi maqam Rasul untuk dikongsi bersama pembaca blog.









Jumaat, 18 November 2011

Travelog Haj 1432 - Sheikh Solah Al Bidr - Imam Subuh Masjid Nabawi


Imam Solat Subuh dan Maghrib Masjid Nabawi

Mendengar suara Syeikh Bidr ketika solat subuh pertama setiba SK di bumi Madinah pada pagi 30 September 2011, memang meremang kan bulu roma. Suaranya seakan - akan lentok suara Syeikh Abdul Rahman Sudais. Ditambah dengan kecanggihan sistem pembesar suara di dalam masjid ini, suara Syeikh Bidr benar - benar boleh mendirikan bulu roma.

Satu ketika SK pernah cuba merakam bacaannya ketika solat. Tapi hasil bunyinya masih tidak sama seperti mendengar bacaannya secara 'live'. Kemerduannya tersendiri.

Suaranya masih terngiang - ngiang di telinga sampai hari ini.

Meskipun Sheikh Bidr telah lama menjadi imam di Masjid Nabawi, SK lebih mengenali Imam Senior Sheikh Abdul Rahman Al Huzaifi. Bacaan Huzaifi biasa di dengar di corong - corong radio. Tapi suara Sheikh Bidr jarang kedengaran di negara kita.

Lapan hari di Madinah, lapan kali SK berimamkan Sheikh Al Bidr ketika solat subuh dan maghrib. Puas hati. Sebelum berangkat ke Makkah Mukarramah SK berusaha untuk mendapatkan CD rakaman bacaannya di kedai - kedai di sekitar kota Madinah. Alhamdulillah SK berjaya mendapatkan satu cd MP3 Al Quran bacaan Sheikh Al Bidr. Harganya SR10 sekeping. Boleh melepaskan rindu mendengar suaranya yang unik tersendiri........:)

Nama penuhnya ialah Syeikh Solah Al Bidir. Ada juga dikalangan orang arab yang memanggilnya dengan pangilan Al Budair. SK cuba mencari bacaannya di Youtube. Tapi hasil bunyi rakaman pastinya tidak sama dengan sistem pembesar suara Masjid Nabawi yang hebat ini!!!. Ini adalah rakaman solat Maghrib Syeikh Budair pada Ahad 2 Oktober 2011


Rakaman Solat Maghrib pada 2 Oktober 2011 Bersama Syeikh Bidr



Rakaman Solat Subuh pada 3 Oktober 2011 Bersama Syeikh Bidr


Rakaman Solat Subuh pada 4 Oktober 2011 Bersama Syeikh Bidr

Rakaman Solat Subuh pada 5 Oktober 2011 Bersama Syeikh Bidr
Rakaman Solat Subuh pada 6 Oktober 2011 Bersama Syeikh Bidr







Aqil Hayy di ambang Tahun Baru Hijrah






SK tidak berkesempatan menghadiri program santai bersama Aqil Hayy di Masjid Kg. Nakhoda malam tadi. Terima kasih kepada Arrawa kerana berkongsi rakaman ini. SK muatnaik rakaman tersebut di sini untuk dikongsi bersama.

anda juga boleh download celoteh Ust. Aqil Hayy di sini

Rabu, 16 November 2011

Travelog Haji 1432 - Bumi Arafah kian menghijau



Bumi Arafah yang kian hijau

Ketika SK menjejakkan kaki kali pertama di bumi Arafah pada tahun 1993, Arafah ketika itu sangat panas. Kering kontang dengan batu dan pasir yang amat panas. Cabaran berwukuf ketika itu sangat terasa. Panasnya membakar kulit kepala. SK masih ingat bagaimana panasnya berwukuf tanpa khemah dan pokok. Allah saja yang maha mengetahui.

Ujian di Arafah sangat terasa ketika itu. Lautan manusia. Sesak dan panas. Allah saja yang maha mengetahui.

Gambar di atas adalah gambar pokok Bambu di Padang Arafah. Ada juga yang memanggilnya pokok Semambu. Seingat SK, pada tahun 1993 pokok bambu ini baru separas pinggang tingginya . Kini selepas 18 tahun, segala - galanya telah banyak berubah. Pokok Bambu kini sudah mencecah ketinggian antara 20 - 25 kaki. Arafah tidak sepanas 18 tahun lalu. Jemaah haji Malaysia ramai yang berteduh di bawah khemah. Khemah pula diteduhi pohon bambu ini. Cabaran berwukuf hari ini tidak sehebat berwukuf 18 tahun lalu.

Di Malaysia orang Melayu kita menggunakan daun pokok bambu ini sebagai ubat untuk penyakit demam campak. Menurut setengah - setengah 'riwayat' yang SK dengar, ada yang mengatakan bahawa  penanaman pokok bambu di tanah Arafah ini adalah atas cadangan Presiden Suharto kepada Kerajaan Arab Saudi. Presiden Suharto mencadangkan agar pokok ini ditanam dan dapat meneduhkan para jemaah. Bumi Arafah kian menghijau.

Hijaunya bumi Arafah adalah sebahagian tanda - tanda hampirnya hari kiamat

 Wallahu a'lam

SK sempat merakam beberapa gambar di Arafah untuk dikongsi bersama.

Kawasan perkhemahan Jemaah Haji Malaysia di Arafah

Video ringkas ini akan memberi sedikit gambaran bagaimana suasana khemah jemaah Haji di Arafah. SK menginap di khemah yang bersebelahan dengan surau Maktab 87.



Beberapa Kelebihan Hari Arafah!

Ummul Mu’minin Aisyah ra bahwasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak ada suatu hari yang Allah lebih banyak membebaskan seorang hamba dari api neraka melainkan hari Arafah.

Sesungguhnya Allah mendekat dan berbangga dihadapan para malaikatNya seraya berkata, “Apa yang mereka inginkan? ( tentu Aku kabulkan) (HR Muslim)

Imam Nawawi berkata: “Hadits ini jelas sekali menunjukkan keutamaan hari Arafah”. (Syarah Shahih Muslim)

Demikian pula Allah memuji para jamaah haji yang wuquf di Arafah. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah membanggakan orang - orang yang wuquf di Arafah kepada para malaikat. Allah berkata kepada mereka, “Lihatlah para hambaKu, mereka dalam keadaan kusut dan berdebu”. (HR Ahmad, Ibnu Khuzaimah, al-Albani berkata: sanadnya shahih)




Isnin, 14 November 2011

Travelog Haj 1432 - Allah merahmati orang yang bercukur!!

Selesai bertahallul

Alhamdulillah SK telah selamat tiba ke tanah air pada jam 9.00 Pagi Ahad.

Penerbangan dari Jeddah ke KLIA tertunda selama 2 jam kerana kesesakan teruk di imigresen Lapangan Terbang Jeddah. SK terlena panjang di sepanjang penerbangan pulang. Keletihan. Sesekali terjaga kerana tekak rasa gatal lalu terbatuk. Ramai yang begitu. Batuk

Setiba di KLIA, SK disambut oleh sahabat Ad Diniyyah. Terima kasih kepada semua sahabat yang  sudi menunggu ketibaan SK sejak awal subuh.

SK juga erharu dengan persiapan sambutan dan jamuan yang disediakan setiba SK di perkarangan rumah. Terimakasih juga kepada muslimat Ad Diniyyah yang membuat persiapan makan, memasang khemah, memunggah kerusi meja menyambut kepulangan SK.

Terharu.

Banyak video dan gambar yang SK rakam di Madinah Munawarah dan Makkah Mukarramah yang ingin SK kongsi dengan pembaca blog Suraukini. Insyallah jika ada masa dan kesempatan SK akan upload secara beransur - ansur.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

(Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda tetap bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata lagi: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Kemudian barulah baginda bersabda: Dan juga orang-orang yang bergunting).
Mudah - mudahan Allah merahmati.
Ya Allah terimalah ibadah ku!

Link Berkaitan Travelog Haji 2011 / 1432













Ahad, 23 Oktober 2011

Forum Hari Arafah 2011 Bersama Dato Ismail Kamus



Syukur kehadrat Allah SWT kerana Surau Ad Diniyyah telah berjaya menganjurkan satu Forum pada 22 Oktober 2011 yang menampilkan Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Sallehen Muhyi sebagai ahli panel.

Alhamdullilah dengan kehadiran jemaah yang memenuhi ruang di dalam surau menambahkan keceriaan program. Turut hadir adalah Penyelaras DUN Taman Templer Hj Mohammad Abdul Rahman. Terima kasih atas kehadiran semua 



















Isnin, 17 Oktober 2011

Forum Hari Arafah - Dato' Ismail Kamus


Jangan lupa untuk datang ke Forum HARI ARAFAH yang mengemukakan ahli panel Dato' Ismail Kamus dan Ustaz Sallehen Muhyi di Surau Ad-Diniyyah.

Hari : 22 Oktober 2011

Masa: Selepas Maghrib




AJK Surau Ad Dinniyah sedang memasang banner untuk program tersebut.