Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Sabtu, 7 September 2013

Senarai nama yang menyertai Program Korban di Kemboja bersama suraukini.com 1434 / 2013 - Mudah - mudahan tuan puan dirahmati


Senarai nama yang mengambil bahagian


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

Berikut adalah senarai terkini Peserta Korban di Kemboja pada tahun 2013

TAHNIAH KERANA BERSEGERA DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN!

Dengan Lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim SK terima amanah untuk melaksanakan Ibadah Korban dan Aqiqah di Kemboja pada tahun ini kerana Allah Taala untuk nama - nama berikut
 
LEMBU SATU
  • Faridah Bt Sabar
  • Mohd Shaifulnizam Bin Abdul Salam
  • Nurul 'azam Bt Mohamed
  • Abdul Jalil Bin Mohamed
  • Yasmina Binti Ibrahim
  • Azman Bin Zakaria
  • Romlah Binti Jaffar
LEMBU DUA
  • Suraiya Binti Mohamad Shafie
  • Syasya Hannany Bt Abd Shukor
  • Syasya Hannina Bt Abd Shukor
  • Muhammad Syahmi Hafizi Bin Abd Shukor
  • Muhammad Syahmi Hamzi Bin Abd Shukor
  • Suhaidi Bin Mohamad Shafie
  • Siti Zaleha Bt Ngah
LEMBU TIGA
  • Puan Sharipah Meriam Bt Syed Zain
  • Puan Sharipah Meriam Bt Syed Zain
  • Puan Sharipah Meriam Bt Syed Zain
  • Puan Sharipah Meriam Bt Syed Zain
  • Puan Sharipah Meriam Bt Syed Zain
  • Puan Sharipah Meriam Bt Syed Zain
  • Puan Sharipah Meriam Bt Syed Zain

LEMBU EMPAT
  • Sheikha Nadia D/O Amir Mizra
  • Abdul Mateen S/O Amir Mizra
  • Qamar binte Ahmad
  • Amir Mizra S/O Abdul Majid
  • Fatimah binte Said Abdat
  • Abdul Kareem bin Mohd Maideen
  • Fatimah binte Hamid
LEMBU LIMA
  • Ashirdahwani
  • Ashirdahwani
  • Puan Zarah Bt Mansor
  • Zarina Bt Hassan
  • Mohamad Nor Arif Bin Ngah Aznan
  • Abdul Malek Bin Abdullah Sani
  • En Norzaidi Bin Ismail
LEMBU ENAM
  • Shamsidar Binti Hashim
  • Rosnani Bt Zainal Abidin
  • Azhar Abdul Latif
  • Azmah Bt Ismail
  • Khatijah Kameran
  • Tasref Bandi
  • Sapiah Binti Haji Suki
LEMBU TUJUH
  • Irdina Camelia bt. Muhamad Azizie
  • Irdina Camelia bt. Muhamad Azizie
  • Aishah Binti Kamal
  • Mohammad Shaiful Aizi Bin Abdullah
  • Zuraida Bt Idris
  • Najwa Binti Mohd Shaiful Azli
  • Juliana Bt Hilmei
LEMBU LAPAN
  • Habibah @Norehan Binti Haron
  • Hajjah Kamariah Saadon
  • Shamsuddin Bin Talib
  • Nor Azmah binti Bachik
  • Nor Azlina Bt Bachik
  • Mohd Radzi Bin Mokhtar
  • Nor Azmawati Binti Bachik
LEMBU SEMBILAN
  • Fauziah Bt Zainal Abidin
  • Arif Danial Mathew Bin Abdullah
  • Sabrina Binti Mohd Said
  • Hasina Binti Mohamed
  • Siti Sabariah Mohd Noor
  • Salmah Bt Zakaria
  • Salmah Bt Zakaria
LEMBU SEPULUH
  • Ungku Umar Fathi Bin Ungku Muhamad Izwan
  • Khairul Azlan Bin Abd Majid
  • Ida Liyani Bt Ahmad
  • Nur Aqilah Bt Shariffudin
  • Muhammad Arsyad Bin Shariffudin
  • Haji Azree Bin Abdullah
  • Dr Zetti Azureen Bt. Azree
LEMBU SEBELAS (11)
  • Muhammad Faris Bin Ariffin
  • Muhammad Faris Bin Ariffin
  • Haniyatul Husnah Binti Lamri @ Amri 
  • Mohd Rais Nasrudin
  • Saliwati Bt. Mohamad Ali


  • Zainab Bt. Haji Mior Abdul Wahab
  • Shakir Bin Mohd Sukri 
LEMBU DUA BELAS (12)


  • Muhammad Wajdi Abqari Bin Haji Md Junaidi
  • Muhammad Wajdi Abqari Bin Haji Md Junaidi
  • Mohammad Fawwaz Imtiaz Bin Haji Md Kharul Rafie
  • Mohammad Fawwaz Imtiaz Bin Haji Md Kharul Rafie
  • Aziezul Hakim Muli
  • Nik Afizal Zulkiflee
  • Badrul Nizam Bin Ismail
LEMBU TIGA BELAS (13)


  • Nora Azura Bt Mamat


  • Zunita Bte Yusof
  • Ungku Izmin Farah Bt. Ungku Halmie
  • Muhd Fakh rur Razi Bin Hj. Md Salleh
  • Azlan Bin Abdul Jalil
  • Ahmad Bin Alias
  • Noor Haiza Bt Mahayudin

  • LEMBU EMPAT BELAS (14)
  • Haji Yusof Bin Idris
  • Hajjah Rogayah Bt Darus
  • Muhammad Fakhrurazi Bin Faizal Haizad
  • Rozita Bt Yusof
  • Murni Binti Rosli
  • Muhamad Shukri Yusof
  • Imna Syazline Bt Mohamad Kasim 
LEMBU LIMA BELAS (15)
  • Noor Rashida Bte Md Nor
  • Rohaya Bt. Ahmad
  • Md Noor Bin Shariff
  • Wati Bt Apandi
  • Wati Bt Apandi
  • Ahmad Fikri Bin Haji Solahudin
  • Hasniza Hassan
LEMBU ENAM BELAS (16)


  • Embon Bt Ibrahim
  • Zaini Bt. Ahmad
  • Md Suhairi Bin Sulaiman
  • Amielia Bt Min
  • Mohd Nazri Bin Ariffin
  • Nur Nadiah Hani Binti Mohmad Natni
  • Muhammad Hisyamuddin Bin Abdul Hazimi
    LEMBU TUJUH BELAS (17)
  • Mohamad Aminnudin Bin Kassim
  • Rozita Bt Mohamad
  • Aiman Arif Bin Mohamad Aminnudin
  • Iman Nabilah Binti Mohamad Aminnudin
  • Iman Nadzirah Binti Mohamad Aminnudin
  • Azman Arif Bin Mohamad Aminnudin
  • Roslan Bin Mohamed
  • LEMBU LAPAN BELAS (18)
  • Aiman Afiqah Binti Azmi
  • Nurul Kasyfilah Binti Mohammed Faidzal
  • Jalilah Jamlus
  • Jalilah Jamlus
  • Saodah Bte Yunos
  • Ahmad Azua Bin Hj. Ahmad Dahalan
  • Mohd Nazrul Fazimie Bin Awang
LEMBU SEMBILAN BELAS (19)
  • Rahayu Abdul Razak
  • Maisarah Binti Mohamad
  • Siti Shuhaida Binti Saleh
  • Norafidah Bt Ahmad
  • Nor Zawiyah Bt Ahmad
  • Nurrasimah Mohd Zain
  • Yamah Binti Ahmad
LEMBU DUA PULUH (20)
  • Adnan Bin Yahya
  • Nurasyikin Bte A. Aziz
  • Norsiah Bte Abu Asid
  • Zulkifli Bte Abu Asid
  • Kamarudzaman Bin Abu Asid
  • Suminah Bt Bakri
  • Nurafikah Binti Kamarudzaman
LEMBU DUA PULUH SATU (21)
  • Zafrullah Bin Md Noor
  • Zalinda Binti Rabu
  • Ahmad Ashraf Bin Zafrullah
  • Fatin Syazwani Binti Zafrullah
  • Ahmad Syauqi Bin Zafrullah
  • Ahmad Syahir Bin Zafrullah
  • Fatin Atiqah Bt Zafrullah
LEMBU DUA PULUH DUA (22)
  • Zainal Maarif B. Sarwani
  • Zakiah Bt. Zainal Abidin
  • Nur Aisyah Bt. Zainal Maarif
  • Adlan B. Ali
  • Muhammad Izz Rayyan B. Adlan
  • Nur 'Arifah Bt Zainal Maarif
  • Muhammad Arifuddin B. Zainal Maarif

LEMBU DUA PULUH TIGA (23)
  • Aliah Bt. Mohammed Fakhrul Fahmi 
  • Mariatun Kiftiah Bt. Sarwani
  • Azizi Bin Mustafar
  • Azman Bin Sulong
  • Ruzaimah Binti Mustafar
  • Tasnim Hani Binti Mohd Zahiruddin
  • Hjh Rokiah Bt. Abdul Hamid

LEMBU DUA PULUH EMPAT (24)
  • Ustaz Azhari Bin Ibrahim
  • Normazini Binti Ismail @Yusof
  • Nurul Atiyyah Humaira Bt Azhari
  • Latifah Mohd Taha
  • Reserved
  • Reserved
  • Reserved
LEMBU DUA PULUH EMPAT (25)
  • Mohamed Zokry Bin Mat Rais
  • Normah Binti Abu Bakar
  • Lily Suzanna Binti Mohamed Zokry
  • Ridhwan Rusydi Azri Bin Roslan
  • Ridhwan Rusydi Aiman Bin Roslan
  • Rabiatul Alia Binti Roslan
  • Eddy Imran Bin Mohamed Zokry

Semoga ibadah korban diterima di sisiNya.
















Video - Ketahui cara penjenayah access akaun bank anda dengan menggunakan sim kad



Penjenayah semakin licik. Teknologi boleh dimanupulasi. Awas! ketahui bagaimana penjenayah mampu access akaun bank dengan menggunakan sin kad.

Hati - hati ye!!

 

 


 

Rabu, 4 September 2013

Penerbangan pertama jemaah haji 7 September 2013 - Selamat Berangkat ke Tanah Suci

Selamat berangkat ke Tanah Suci kepada seluruh jemaah haji 1434
 
Jadual penerbangan Jemaah Haji Malaysia bagi tahun 2013/ 1434H. Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci pada tahun ini akan berlepas pada 7 September 2013 manakala yang terakhir dijadualkan pada minggu kedua Oktober. 
 
 
Jadual Penerbangan Haji Malaysia 2013/ 1434H
 
Tarikh penerbangan kumpulan pertama ke Mekah: 7 September 2013
Tarikh Penerbangan Pergi ke Mekah berperingkat: 7 hingga 8 Oktober 2013
Penerbangan balik dari Mekah: 22 Oktober- 22 November 2013
 
 









Isnin, 2 September 2013

Suasana di Makkah menjelang 1 September 2013



Jom lihat suasana terkini di Masjidil Haram. Video rakaman 1 September 2013 bersamaan 25 Syawal. Beberapa hari lagi Bulan Zulkaedah bakal menjelang tiba. Musim Haji tiba lagi. Kota suci ini akan kembali sibuk.

Lihatlah suasana tenang ini. Dengarkan laungan azan Syeikh Ali Ahmad Mulla. Dengarkan lentok indah suara Syeikh Maher Muaiqly.

Makkah tetap di hati!!

 

 


Info berguna untuk dikongsi - Penggunaan data roaming di luar negara

 
 
Awas! Jika anda menggunakan telefon pintar ketika berada luar negara.
 
 
Saya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika berada di sana. Syarikat telekomunikasi berkata ia disebabkan data roaming saya sentiasa diaktifkan. Walaupun bil saya telah diselesaikan oleh syarikat, saya rasa ia sangat tidak patut," katanya.

Seorang pengguna telefon pintar telah berada di Timur Tengah selama 12 hari dan telah menerima satu 'kejutan' bil telefon berjumlah RM122,703 untuk khidmat 'data roaming'. Satu lagi kes berlaku untuk perjalanan selama empat hari ke Singapura dan pengguna dikenakan caj sebanyak RM23,000 kerana memeriksa e-mel dalam tempoh tersebut.

Justeru, anda perlu berhati-hati dengan penggunaan telefon pintar. Melayari Internet di telefon bimbit semasa di luar negara boleh menjadikan bil anda melambung tinggi.

Jika tidak berhati-hati, ia boleh berakhir dengan caj data yang dikenakan melebihi harga sebuah kereta.

Nama-nama besar juga tidak terkecuali berdepan situasi ini.

Seorang "mangsa" yang dikenakan caj yang tinggi adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menerima 'bil kejutan' selepas perjalanan yang singkat ke Indonesia.

"Saya hanya menggunakan 'data roaming' selama beberapa minit sehingga akhir penginapan saya tetapi saya telah dikenakan bil sejumlah RM4,500 untuk itu," katanya kepada The Star.

Menurut Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), aduan terhadap syarikat telekomunikasi meningkat dalam tempoh dua tahun lepas, dengan caj data mudah alih dan caj 'data roaming' menjadi rungutan utama.

Pengarah CFM Ahmad Izham Khairuddin menambah: "suatu ketika dulu aduan kebanyakannya mengenai liputan yang buruk, tetapi telah berubah sejak 2011."

CFM ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada tahun 2001.

Dalam kes yang melibatkan pengadu dengan bil berjumlah RM122,703, CFM menjadi pengantara dan pengguna telah diberi diskaun sebanyak 88 peratus, dengan rebat 10 peratus dan peraturan pembayaran separa.

Pengadu, bagaimanapun, masih belum bersetuju dengan penyelesaian tersebut.

Dalam kes lain, Sara Kamal (bukan nama sebenar), 45, mengadu bahawa dia telah dihantar bil berjumlah RM23,000 selepas menggunakan servis 'data roaming' selama empat hari semasa perjalanan urusan perniagaan ke Singapura pada tahun 2011.

"Saya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika berada di sana.

Syarikat telekomunikasi berkata ia disebabkan data roaming saya sentiasa diaktifkan. Walaupun bil saya telah diselesaikan oleh syarikat, saya rasa ia sangat tidak patut," katanya
. -

C&P kelab greenboc

Sabtu, 31 Ogos 2013

Ibadah Korban 1434 / 2013 - Korban - Ibadah Sunat yang sangat dituntut. Download borang disini!!


Ibadah Korban Anjuran Surau Ad Diniyyah 1434 - RM430.00 Sebahagian

FADHILAT QURBAN DAN AQIQAH

Assalamualaikum Warahmatullah!!
 
Tahun ini Insyaalah kita akan menyambut kedatangan Idul Adha pada15 Oktober 2013. Seperti tahun – tahun yang lalu pihak Surau  Ad Diniyyah akan mengadakan aktiviti ibadah Qurban dan Aqiqah. Kedua - dua ibadah ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya masih ramai orang yang samar - samar atau kabur kefahaman mereka mengenainya, sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan qorban dan aqiqah ini.

Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban serta Aqiqah serta keinginan untuk sama - sama mencari pahala kedua ibadah ini akan meningkat.
 
Apakah sebenarnya qurban dan aqiqah itu?
 
Apakah hukum melakukannya? Berapa kali kita dituntut melakukan qurban sepanjang hayat kita? Apakah syarat - syarat binatang yang dikorbankan? Apakah perbezaan antara qurban dan aqiqah? Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahaian untuk aqiqah? Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?
 
Demikianlah antara masalah yang akan cuba kita kupas serta perjelaskan dibahagian ini dan disamping itu akan dijelaskan beberapa perkara berkaitan dengan ibadah kurban dan aqiqah, semoga memberi kefahaman yang jelas hingga kita dapat menghayatinya dengan penuh keimanan kerana menjunjung perintah Allah s.w.t. dan mendapat fadhilat daripada amalan yang akan kita lakukan ini.




PENYEMBELIHAN QURBAN

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada  Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. 

Firman  Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan telah Kami jadikan unta - unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta - minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta - unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."    (surah al-Haj:36)


"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah."    (Surah al-Kauthar:2)

 Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu - bulunya dan kuku - kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."    (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)


Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan."    (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)



HUKUM BERQURBAN
 
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat - syarat seperti berikut:

¨  Islam
¨  Merdeka (Bukan hamba)
¨  Baligh lagi berakal
¨  Mampu untuk berqurban

 
Sabda  Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
 
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)

 Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda  Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya."

 (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)

PERLAKSANAAN QURBAN

Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, biri - biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
 
Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua - duanya, kakinya tidak cacat, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.

WAKTU MENYEMBELIH

 Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi yang afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Haji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)

Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:

¨  Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan

¨  Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.

¨  Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda  Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."
 

HIKMAH DAN FADHILAT

¨  Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
¨  Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
¨  Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
¨  Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan  Allah s.w.t.
¨  Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
¨  Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."  

AQIQAH UNTUK ANAK

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak - kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara’ ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak - kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.

 Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis." (Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah).

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.
 
HUKUM AQIQAH

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

 Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

 Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)


HUKUM-HUKUM YANG LAIN BERKAITAN DENGAN QURBAN DAN AQIQAH

Jika menyembelih qurban sendiri hendaklah berniat: "Aku jadikan binatang ini qurban untuk diriku kerana Allah Ta'ala" dan seumpamanya, atau jika penyembelihan aqiqah berniat : "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."

 
Jika untuk tolong kepada orang lain maka hendaklah berakad iaitu dengan dua cara:

1) Secara wakil, maka orang yang mewakilkan berkata: "Aku wakilkan atas diriku untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk diriku (atau aqiqah untuk anak ku...)." Orang yang menerima wakil menjawab: "Aku terima sebagai wakil untuk menghasilkan penyembelihan qurban untukmu (atau aqiqah untuk anakmu...)."   (PERINGATAN: Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain).

2) Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata: "Saya meletakkan atas zimmah tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku (atau aqiqah untuk anakku)." (PERINGATAN: Penerima jika tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).

 Daging qurban sunnat disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu dalam bentuk masih mentah tetapi aqiqah sunnat dimasak dengan masakan jenis manis seperti kurma, kicap dan sebagainya.

 Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.

 
Disunnatkan tulang - tulang binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan sama ada oleh orang yang mengaqiqahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah diceraikan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama).

 Daging aqiqah atau qurban atau mana-mana bahagian dari binatang (seperti kulit, tulang dan sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kepada orang yang menyembelih dan orang-orang yang menguruskan pemotongan. Upah untuk mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dalam bentuk wang atau harta benda yang lainnya.

 Orang kafir tidak boleh diberi makan daging aiqah atau daging qurban, sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yang lain untuk memenuhi daging yang kurang itu.

 Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban nazar atau aqiqah, haram dimakan atau diambil oleh orang yang melakukannya.

 
QURBAN DAN AQIQAH BERAMAI - RAMAI

 
Sekarang ini ada pihak tertentu seperti Masjid, Surau atau badan kebajikan dan orang perseorangan menganjurkan majlis Qurban dan Aqiqah secara beramai - ramai. Pada dasarnya amalan ini baik demi menggalakkan masyarakat Islam melakukan kedua -dua ibadah yang sangat dituntut dalam Islam (Sunnat Muakkad). Namun yang demikian, beberapa syarat berikut ini hendaklah dipatuhi:

 
¨  Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

¨  Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).

¨  Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan).


KORBAN DI SURAU AD DINIYYAH RM430. SATU BAHAGIAN (ANJURAN SURAU AD DINIYAH) DOWNLOAD BORANG
 
KORBAN DI KEMBOJA RM280.00 SATU BAHAGIAN (KLIK SINI)
 
BERMINAT UNTUK BERKORBAN DAN AQIQAH HUBUNGI - 013 2791608





Kuliah Maghrib 1 September Bersama Dr .Shafie Mohamad Amin



Jemput hadir dan hebahkan !!
 
 
 


Jumaat, 30 Ogos 2013

Doktor perubatan hafiz Al Quran

 
Tahniah!!

Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kini memiliki sekurang-kurangnya tiga orang Huffaz yang sedang berkhidmat sebagai Doktor Perubatan di sana. Mereka telah berjaya menghafaz Al-Quran pada usia 16 tahun. Kesemua mereka adalah lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira', Jeram, Kuala Selangor.

Juga antara mereka, ada yang pernah berjaya melakukan 'Shahadah' iaitu memperdengarkan bacaan Al-Quran penuh dari Surah Al-Baqarah hingga ke Surah An-Nas tanpa melihat Al-Quran secara langsung kepada Ustaz.

Perkara ini mengambil masa dari selepas Solat Subuh dan tamat beberapa masa sebelum Maghrib. Hanya berhenti untuk solat fardhu, makan sedikit dan membuang hajat (jika perlu).

Alangkah cerah masa depan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara kita, jika ramai lagi doktor berkualiti dapat dilahirkan yang bukan sahaja cemerlang dengan teori dan kemahiran klinikal bahkan turut memiliki ruh Al-Quran di dada mereka.

Tepatlah sifat Al-Quran itu sebagai penyembuh dan perawat segala penyakit.
 
SK : Insyallah akan lahir doktor perubatan di kalangan pelajar Tahfiz Ad Diniyyah










Rabu, 28 Ogos 2013

Jadual Kuliah Bulan September 2013




"Barang siapa melalui satu jalan untuk menuntut ilmu , nescaya Allah pemudahkan baginya jalan menuju ke Syurga "- Al Hadith

Semua kuliah / Ceramah / Program di bawah diadakan di


Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah, No 62 Jalan 2A/5, Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sg Tua, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Terbuka untuk semua tiada bayaran dikenakan, semua dijemput hadir dan hebahkan.

Insya Allah, jadual ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Rajin - rajinlah melayari blog ini.

MINGGU PERTAMA
01.09.13 - Ahad - Ustaz Dr. Shafie Mohamad Amin
05.09.13 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - (Kitab Bimbingan Mukminin)
05.09.13 Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
07.09.13 - Sabtu - USTAZ DZULKARNAIN HAMZAH

MINGGU KEDUA
10.09.13 - Selasa - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (BAB SOLAT - Kitab Minyatul Musolli
11.09.13 - Rabu - Ustaz Ahmad Awang - (Isu Semasa)
12.09.13- 8.30 Pagi Khamis - Ustaz Ahmad Shukri Badarudin  (Tarannum Al Quran) Untuk Pelajar Tahfiz & Lelaki dewasa sahaja
12.09.13- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah

MINGGU KETIGA
18.09.13 - Rabu- Ustaz Sidek Noor- (Kitab Minhajul Abidin)
19.09.13 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah (Kitab Bimbingan Mukminin)
20.09.13 - Jumaat - Ustaz Zaki Madzar Atham Bin Zulkifli (Kitab Unwanul Falah)

MINGGU KEEMPAT
22.09.13 - Ahad - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Kitab Minyatul Musolli)
23.09.13 - Isnin - Ustaz Nazmi Abdul Karim
26.09.13 - Khamis 8.30 Pagi Khamis - Ustaz Ahmad Shukri Badarudin (Tarannum Al Quran) Untuk Pelajar Tahfiz & Lelaki Dewasa sahaja
27.09.13 - Jumaat - Ustaz Sobri Mat - (Pendidikan Anak - Anak Dalam Islam)











Selasa, 27 Ogos 2013

Kuliah Maghrib Perdana Bersama Ustaz Zulkarnain Hamzah



Jom! Bersama ke Taman Syurga. Hadiri Kuliah Maghrib Bersama  Ustaz Zulkarnain Hamzah (Pengacara Imam Muda).
 
Tarikh : 07 September 2013
Hari : Sabtu
Masa : 7.15 Malam
Tempat : Surau Ad Diniyyah, Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Batu Caves.









 
Semua dijemput hadir!!