Tahniah!!
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kini memiliki sekurang-kurangnya tiga orang
Huffaz yang sedang berkhidmat sebagai Doktor Perubatan di sana. Mereka
telah berjaya menghafaz Al-Quran pada usia 16 tahun. Kesemua mereka adalah
lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira', Jeram, Kuala Selangor.
Juga antara mereka, ada yang pernah berjaya melakukan 'Shahadah' iaitu memperdengarkan bacaan Al-Quran penuh dari Surah Al-Baqarah hingga ke Surah An-Nas tanpa melihat Al-Quran secara langsung kepada Ustaz.
Perkara ini mengambil masa dari selepas Solat Subuh dan tamat beberapa masa sebelum Maghrib. Hanya berhenti untuk solat fardhu, makan sedikit dan membuang hajat (jika perlu).
Alangkah cerah masa depan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara kita, jika ramai lagi doktor berkualiti dapat dilahirkan yang bukan sahaja cemerlang dengan teori dan kemahiran klinikal bahkan turut memiliki ruh Al-Quran di dada mereka.
Tepatlah sifat Al-Quran itu sebagai penyembuh dan perawat segala penyakit.

SK : Insyallah akan lahir doktor perubatan di kalangan pelajar Tahfiz Ad Diniyyah
0 ulasan:
Catat Ulasan