Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Jumaat, 15 November 2013

Jom! Bersama Iwan (bekas penyanyi Dangdut) di Majlis Pelancaran Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh!!

Artis Iwan Dangdut

Program padat sehari suntuk. Sure meriah dan meletop! Jom serbu Konsert amal Jalinan Ukhuwwah anjuran Madrasah Idrisiah Sungai Betul Bagan Datoh Perak. Pelbagai acara menarik disediakan,

Tarikh : 30 November 2013
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Malam
Tempat : Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
 
 



S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja













Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Raksasa aneh muncul di vietnam selepas Taufan Haiyan



Subhanallah! Ada lagi jenis binatang yang kita belum pernah tengok di dunia.

 

 


S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja









 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 13 November 2013

Gambar kapal diseret ke daratan - Taufan Haiyan sehebat Tsunami - Allah Maha Hebat!

 
Taufan Haiyan membunuh ribuan warga Filipina. Impak super storm ini menyamai kehebatan Tsunami. Manusia sungguh kerdil. Hebatnya Allah!
 
 

S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 












Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Wanita Kristian beroleh ketenangan selepas bertudung

Maria Solastri
 
KOTA BHARU: "Saya menghantar anak saya ke Pasti kerana saya merasakan bahawa pendidikan agama yang menjamin masa depan anak saya," kata Maria Solastri, seorang warga negara Indonesia beragama Kristian yang menghantar anak lelakinya di sebuah Pasti dalam kawasan Kota Bharu.
Beliau dijemput berucap berkongsi pengalaman dalam Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha' Kampung Puteh, dekat sini yang dirasmikan oleh Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat.

Suami Maria berbangsa Tionghua berasal dari Johor dan sekarang menetap di Kelantan.

Menurut beliau lagi, kehidupannya sebelum ini seperti penganut Kristian lain yang hidup dalam keadaan sosial dan berpakaian tidak menutup aurat.

"Tetapi apabila saya datang ke Kelantan dan melihat wanita Kelantan menutup kepala dan aurat sempurna, tergerak hati saya untuk melakukannya.

"Apabila saya berpakaian seperti ini saya dapat merasa suatu ketenangan yang belum pernah saya rasa,"
ujarnya yang memukau perhatian yang hadir.

Sebelum itu Dr Ramli dalam ucapannya berkata bahawa kurikulum yang digubal dan digunakan oleh Pasti mendapat pengiktirafan antara kurikulum pendidikan pra sekolah yang terbaik dalam negara.

Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha' yang berusia setahun itu turut diserikan dengan pertandingan mewarna hampir 50 orang kanak-kanak, pelbagai persembahan, pertandingan fesyen dan cabutan bertuah. -HD
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Selasa, 12 November 2013

Wakaf Rehal dan Al Quran untuk Pusat Tahfiz Idrisiah - Kemasukan Pelajar 2014

 
 
Wakaf Rehal dan Al quran untuk kegunaan pelajar Tahfiz PTI
(10 set sahaja)

Peluang untuk beramal jariah. Wakaf Rehal dan Al Quran utk kegunaan Pelajar Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak. Harga Al Quran RM15.00 dan Rehal RM35.00 sahaja.

Berhajat Hubungi Lokman 0195515179 / 014 7399781 / 019 574 4007


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha 

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 










Ahad, 10 November 2013

Montaj Pelancaran Pusat Tahfiz Idrisiah - Pelancaran PTI 30 November 2013



SK ucapkan tahniah atas usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Madrasah Idrisiah Sungai Betul Bagan Datoh Perak untuk menubuhkan sebuah Pusat Tahfiz. Insyallah Pusat Tahfiz Idrisiah akan mula beroperasi pada awal tahun 2014.

Insyallah SK akan memberi sokongan padu atas usaha yang dijalankan oleh jawatankuasa Madrasah. Sedikit pengalaman di Pusat Tahfiz Ad Diniyyah akan SK kongsikan bersama barisan kepimpinan Pusat Tahfiz Idrisiah.
 
Semoga usaha yang kecil ini diberkati Allah. Jom bersama SK membantu PTI.
 
Majlis pelancaran PTI akan diadakan pada 30 November 2013. Jemput hadir meriahkan Karnival yang hebat ini.
 
Tahniah Saudara Lokman (anak muda berjiwa besar) yang berjaya menyiapkan montaj PTI ini.
 
 

 
S U R A U K I N I
 
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 
"Yang kamu semai, itulah yang kamu tuai"
 
 





 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Sabtu, 9 November 2013

Ribut Haiyan lebih dahsyat dari ribut Katrina dan Sandy - Jom tonton video ini



Seluruh Filipina dilanda ribut gergasi Haiyan. Khabarnya ribut ini lebih dahsyat dari ribut Katrina dan Sandy. Berikut beberapa rakaman video amatur yang merakam suasana ribut terbesar tahun 2013 .
 
Allahu Akbar!!

 

 
 

Detik cemas. Umpama Tsunami.
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja





 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jumaat, 8 November 2013

Perkembangan terkini. Jom! Saksikan Video Taufan Haiyan (Super Thypoon) melanda Filipina


 
MANILA - Taufan Haiyan iaitu ribut terkuat untuk tahun ini melanda Filipina pada hari ini hingga memaksa lebih sejuta rakyatnya menyelamatkan diri selain bekalan elektrik terputus dan kebanyakan kediaman musnah.
 
Taufan kategori lima itu melanda kawasan pelancongan di utara Cebu sebelum beralih ke bahagian barat menuju ke kepulauan Boracay, selepas membadai kepulauan Leyte dan Sama dengan kelajuan angin 275 kilometer sejam (kmj) dan membawa ombak setinggi lima hingga enam meter.
 
Haiyan turut meragut sekurang -kurangnya tiga nyawa manakala tujuh lagi cedera. Angka kematian dijangka meningkat di beberapa kawasan yang turut dilanda taufan, kata jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Rey Balido.
 
Sumber kuasa dan komunikasi di tiga pulau iaitu Samar, Leyte dan Bahol hampir lumpuh sepenuhnya bagaimanapun kerajaan dan pembekal telekomunikasi berjanji untuk menyelesaikan masalah itu dalam tempoh 24 jam.
 
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa lebih 12 juta penduduk berisiko tinggi menjadi mangsa termasuk kawasan kediaman di bandar Cebu yang mempunyai 2.5 juta populasi. Cebu kini sedang pulih selepas dilanda ribut pada 2011 dan gempa bumi sekuat 7.2 magnitud bulan lalu. - Reuters
 


Lagi video cemas detik Haiyan membadai Filipina di sini
 

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 
 





 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jenazah tidak reput selepas 11 tahun dikebumikan di Segamat Johor?


Berita yang tersebar di media social / whatsapp. Jenazah tidak reput selepas 11 tahun dikebumikan

Subhanallah.
 
Sehingga kini 3 jenazah yang dikebumikan antara 7 hingga 11 tahun masih dlm keadaan elok. Kain kapannya masih kukuh dan semasa mengeluarkan jenazah tersebut berbau harum semerbak. Keadaan jenazah masih elok seolah2 baru dikapan dan dikebumikan.
 
Untuk makluman perkuburan ini terlibat dgn projek Expressway Jalan Segamat Tangkak. Ini adalah kerja - kerja  mengalihkan kubur di Kg Batu Badak, Gemereh Segamat
SK : Sebaik - baik kamu adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain!! Yang kamu semai itulah yang kamu tuai
 
 
 
 

S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja












 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
 
 

Khamis, 7 November 2013

Abu Ayub Al Ansari R.A.- Sahabat Rasulullah S.A.W yang disemadikan di Istanbul Turki (Video)


Masjid Abu Ayub Al Ansari Istanbul - di sini beliau disemadikan

Abu Ayyub al-Ansari R.A (587 - 668) atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib dari Bani An-Najjar. Beliau mendapat penghormatan kerana Rasulullah S.A.W turun dari unta baginda di rumah beliau selepas baginda memasuki Madinah semasa baginda berhijrah ke sana dari Mekah.

Semasa Rasulullah S.A.W memasuki Madinah, setiap orang dari kalangan orang - orang Ansar berharap supaya Rasulullah S.A.W turun dari unta baginda di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi S.A.W secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka. Kemudian Nabi bersabda kepada mereka: (Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan). Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub Al-Ansari R.A


Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah S.A.W menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa sangat terharu sambil membawa barang - barang yang dibawa oleh Nabi S.A.W kemudian terus masuk ke rumahnya.

Beliau terlibat dalam peperangan menentang kerajaan Rom Byzantine sejak mula perjuangan hinggalah ke zaman pemerintahan Muawiyah. Dalam ekspedisi Khalifah Muawiyah untuk menakluk kota Constantinople, beliau yang sudah tua meninggal dunia akibat jatuh sakit. Beliaulah yang diisyaratkan oleh baginda dalam hadisnya yang bermaksud:


"Seorang lelaki yang soleh akan syahid dan akan dikuburkan di bawah kubu kota Constantinople" Al Hadith


Ketika hayat baginda, Nabi Muhammad S.A.W telah meriwayatkan bahawa Constantinople bakal jatuh ke tangan orang Islam. "Rajanya adalah sebaik - baik raja, tenteranya adalah sebaik - baik tentera.

Setelah ditanya mengenai wasiat beliau mahu dikebumikan di bawah kubu kota Constantinople, Abu Ayyub menjelaskan bahawa beliau mahu mendengar derapan kuda sebaik - baik raja yang memimpin sebaik - baik tentera ketika mereka bergerak masuk ke dalam Constantinople. Turki Uthmaniyyah mengangkat beliau sebagai idola dalam usaha pembebasan kota Constantinople ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.


K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja