Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Isnin, 21 Oktober 2013

Tanda rezeki berkat - Ustaz Azhar Idrus



Bagimana mengetahui rezeki yang diperolehi berkat atau tidak. Dengarkan penjelasan oleh Ustaz Azhar Idrus.

 

 
 









Menjejaki 'tapak pembunuhan' Rejim Pol Pot di Kampung Stoung Cambodia

Bukti kezaliman rejim Polpot


Killing field di Stoung Cambodia (klik untuk gambar yang lebih besar)


Bukan sedikit nyawa yang terkorban sepanjang penguasaan Rejim Pol Pot di Cambodia. Kematian mencecah 3 juta dalam tempoh 4 tahun. Semua yang tidak sealiran dari segi ideologi, akan ditangkap, didera, dikurung dan dibunuh. Golongan cerdik pandai ditangkap dibunuh tanpa bicara.

SK dan team berkesempatan melawat ke tapak pembunuhan beramai - ramai di Kampung Stoung. Ustaz Ponyamin bekas wakil rakyat Wilayah Chhnang meluangkan masa membawa kami ke tapak pembunuhan tersebut.

Orang kampung ditangkap disembelih di tapak ini.

Tapak ini kini dipenuhi air yang bertakung. Lokasi penuh sejarah. Zalimnya Pol Pot!  


Pokok Tar - pelepahnya berduri tajam.

Menurut cerita dari Ustaz Ponyamin , Rejim Polpot membunuh rakyatnya dengan menggergaji leher tahanan dengan menggunakan pelepah pokok tar.


Pelepah pokok tar yang tajam bergigi.


Kenangan bersama Ustaz Ponyamin





Ustaz Ponyamin berdiri mengadap killing field. Tapak ini ditakungi air kerana hujan yang turun agak kerap dalam bulan Oktober ini.  Banyak sejarah pahit yang terakam di sini. Sebahagian mereka yang dibunuh di sini adalah dari golongan ulama.....



Link berkaitan Travelog Cambodia 2013 / 1434


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)


Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A













Ahad, 20 Oktober 2013

Tuol Sleng Genocide Museum - Simbol kezaliman Rejim Pol Pot di Cambodia



Bilik Kurungan - Katil tempat rejim Pol Pot menyiksa rakyatnya


Tengkorak dan tulang mangsa pembunuhan


Travelog Cambodia 1434 mengambil masa 4 hari sahaja. (14 - 17 Oktober 2013) . Kebanyakan masa dihabiskan di kawasan pedalaman. Kampung Stuong, Kampung Jukaing dan Kampung Jumnik adalah kawasan fokus untuk trip SK kali ini. Lokasi kampung ini sebenarnya tidaklah jauh dari bandaraya Phnom Penh, namun sistem jalanraya yang mundur menyebabkan perjalanan yang dekat ini terasa begitu lama dan jauh.
Hari terakhir Travelog Cambodia 1434, Khamis 17 Oktober 2013 barulah SK dan krew sempat untuk ronda bandaraya Phnom Penh (sementara menunggu jadual penerbangan pulang ke tanah air). Antara lokasi menarik yang sempat dilawati ialah Tuol Sleng Genocide Museum.
Tuol Sleng Genocide Museum asalnya sebuah sekolah. Ianya terletak kira - kira 2 km dari Bandar Phnom Penh. Rejim Pol Pot telah mengubahsuai sekolah ini menjadi sebuah pusat tahanan untuk menyiksa rakyat yang tidak sealiran dengannya. Rejim Pol Pot terkenal dengan kezalimannya. Dalam tempoh 4 tahun bermula 1975 - 1978, hampir 3,000,000 rakyatnya dibunuh.

Kini Tuol Steng Genocide Museum dijadikan sebuah muzium yang menjadi symbol kezaliman Rejim Pol Pot. Museum ini terbahagi kepada blok A,B, C dan D

Berikut adalah gambar yang sempat SK dan krew rakam di Tuol Sleng Genocide Museum. InysaAllah ada masa yang sesuai SK akan upload video suasana di muzium ngeri ini


Tuol Steng Genocide Museum - Simbol kezaliman Pol Pot


Deretan gambar mangsa kekejaman Rejim Pol Pot

Blok C - Bilik darjah diubahsuai menjadi bilik tahanan yang sempit. setiap sel mempunyai ruangan yang amat sempit bersama tali pengikat bertujuan mengelak banduan melarikan diri
Besi yang digunakan untuk memasung tahanan

3 tempayan tempat tahanan disiksa. Kaki di ikat pada palang. Kaki di atas kepala di bawah.Kepala  dimasukkan ke ke dalam tempayan berisi air

Kolam tempat menyiksa tahanan. Cara menyiksa seperti gambaran di bawah

Muzium ini dibuka setiap hari bermula jam 8.00 pagi hingga 5 petang. Caj masuk yang dikenakan ialah sebanyak  AS$3.00.

Link berkaitan Travelog Cambodia 2013 / 1434
















Sabtu, 19 Oktober 2013

Video rakaman santai di Kampung Jukaing Cambodia bersama Pengasas Sekolah Islam Al Farabi

Sesi rakaman berlatar belakang Sekolah Islam Alfarabi


Alhamdulillah SK sempat membuat rakaman santai temuramah bersama Pengasas Sekolah Islam Alfarabi sewaktu berada di Kampung Jukaing Cambodia baru - baru ini.
Dengarkan video yang berdurasi 5.06 minit . Hasrat, misi dan visi Pengasas Sekolah Islam Alfarabi Dr. Ahmad Nazri Mansor.




Jumaat, 18 Oktober 2013

Masjid Ihya' ul Iman - Masjid belum siap, azan sudah berbunyi


Bakal menjadi mercu tanda di Kampung Jukaing.

Masjid ini belum siap, tetapi sudah diimarahkan pada setiap waktu solat.

Lokasinya strategik, tepi laluan utama . Masjid Alfarabi adalah sebahagian dari bangunan yang dibina di kawasan Tanah wakaf seluas dua ekar di Kampung Jukaing Cambodia. Meskipun masjid ini belum siap sepenuhnya namun ianya telah digunakan oeh masyarakat Islam di Kampung ini
Masjid ini menjadi lokasi himpunan penduduk Islam di sekitarnya. Membina ukhuwwah, menyemai benih ilmu dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang lain.
Masyarakat di sini perlukan pendidikan.  Ulama' dan para cerdik pandai ramai yang sudah dibunuh kejam di zaman pemerintahan Pol Pot. Rejim yang sangat zalim. Untuk melahirkan kembali ulama' di bumi Cambodia perlukan usaha yang terancang dan sokongan.
Dana masih diperlukan untuk menyiap sempurnakan Masjid ini. Peluang untuk wakaf masih terbuka luas. Kami juga menerima wang - wang riba dan duit yang diragui halal untuk kerja menyiapkan laluan masuk  sepanjang 250 meter ke masjid ini.

Hadits riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Usman bin ‘Affan Radhiyallahu’anhu, dia berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:


Barangsiapa yang membangun masjid untuk mencari wajah Allah Subhanahu wa Ta’ala, niscaya Allah Subhanahu wa Ta’ala membangunkan untuknya sebuah rumah di dalam syurga”.

Di dalam riwayat Imam Tirmidzi dari Anas bin Malik: (Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda):


Barangsiapa yang membangun masjid, kecil maupun besar, niscaya Allah Subhanahu wa Ta’ala membangunkan untuknya sebuah rumah di dalam syurga”.

Pada hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Jabir (Nabi S.A.W bersabda):


Barangsiapa yang membangun masjid kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala walaupun sebesar sarang burung atau lebih kecil darinya, niscaya Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di dalam syurga”.


Dr Ahmad Nazri menyampaikan sumbangan kepada anak - anak Jukaing yang miskin.


Sebahagian lembu amanah korban & Aqiqah yang disempurnakan di perkarangan kawasan masjid ini.
Ruang dalam Masjid Al Farabi.

Laluan sepanjang 150 meter menuju ke masjid. Sumbangan duit riba dan duit dari sumber ragu amat dialu - alukan untuk mebina laluan bersimen menuju ke masjid.

Untuk menyumbang hubungi
SK 013 2791608
Dr Ahmad Nazri 0193215285

Nombor akaun
Alfarabi Consultant and Management 14032010018682
Yang kamu semai, itulah yang kamu tuai.



 Link berkaitan Travelog Cambodia 2013 / 1434



Khamis, 17 Oktober 2013

Menyusuri tebing Sungai Mekong, menyelami keperitan hidup masyarakat Islam di Jumnik Cambodia

Misi Korban dan Aqiqah 2013 di Kemboja diteruskan lagi dengan perjalanan menuju ke Kampung Jumnik. Kampung ini terletak kira - kira 220 km dari bandaraya Phnom Penh. Rombongan kami tiba di Kampung ini ketika azan asar berkumandang. Kami singgah di rumah Ustaz Kamil untuk bermalam di rumahnya. Ustaz Kamil menyambut kedatangan kami dengan penuh mesra.

Petang itu, sebelum maghrib, Ustaz Kamil membawa kami ronda sekitar kampung Jumnik yang terletak di tebing Sg Mekong. SK sempat merakam suasana persekitaran di kampung Jumnik untuk dikongsi bersama.

Menyelami kehidupan masyarakat Islam di Jumnik yang serba kekurangan.

Rumah penginapan di Jumnik


Sembang santai mendengar luah rasa masyarakat setempat di tebing Sungai Mekong
 Meyusuri Kg . Jumnik




Kampung tradisional Jumnik


















Singgah ziarah di Sekolah Islam Alfarabi yang masih dalam pembinaan di kampung Jukaing


Anak - anak Kampung Jukaing Cambodia yang memerlukan pendidikan yang sempurna. Mereka inilah generasi pewaris yang bakal membina masa depan Islam di Cambodia.


Bersama Dr. Ahmad Nazri Mansor, Pengasas Sekolah Islam Alfarabi
Antara misi SK ke Kemboja ialah untuk meninjau status pembinaan Sekolah Islam Alfarabi di Kampung Jukaing Cambodia. Sekolah ini masih dalam pembinaan. Terima kasih kepada semua peserta Korban dan Aqiqah di Kemboja pada tahun ini. Sebahagian lebihan hasil misi Korban ini telah disalurkan ke Tabung pembinaan Sekolah ini.
Alhamdulillah SK sempat singgah ziarah ke Sekolah ini. Menyantuni masyarakat sekitar.


Masjid Al Farabi - Sebahagian dari projek untuk melengkapkan Kompleks pendidikan di Kampung Jukaing. Peluang untuk anda menyempurna pembinaan Sekolah dan Masjid ini masih terbuka luas.

Hubungi SK sekiranya berminat untuk menyumbang. Saham Akhirat. Pencen Kubur.




Sebahagian anak - anak  Muslim Jukaing Cambodia



Anak - anak Jukaing ini perlukan pendidikan yang sempurna. Jom bantu mereka segerakan pembinaan Sekolah ini.


Yang Kamu Semai, Itulah Yang kamu Tuai

TERKINI : Alhamdulillah bangunan induk sekolah ini telah siap dibina. Pelancaran Sekolah telah diadakan pada 23 Oktober 2013

Rabu, 16 Oktober 2013

Menyempurnakan hajat korban dan Aqiqah 2013 di Kampung Jukaing Cambodia

Misi korban diteruskan di Kampung Jukaing.


Perjalanan dari Kampung Stoung ke Kampung Jukaing mengambil masa lebih kurang 1 jam. Di sinilah Sekolah Islam Al farabi didirikan. Sekolah masih dalam pembinaan.
Menyantuni penduduk Kampung Jukaing Cambodia




  
Tengok la 'sabit' yang digunakan Pak cik ni untuk sembelih lembu...:) 



Link berkaitan Travelog Cambodia 2013 / 1434


















Selasa, 15 Oktober 2013

Solat Idul Adha dan korban di Masjid Stoung Cambodia - Salam Idul Adha 1434 dari SK


Menjelang pagi 10 Zulhijjah 1434 Di Kampung Stoung Cambodia


Masjid Kampung Stoung


  
Mendengar khutbah Idul Adha di Masjid Kampung Stoung Cambodia


Selesai solat Idul Adha




Sumber air di Masjid Stoung


Haji Punyamin, Haji Aziz Yahya, Ustaz Nordin dan Penduduk Kg Stoung.

Menziarahi sekitar Kampung Stoung selepas solat Idul Adha.




Selesai solat Idul Adha bergerak ke rumah penginapan untuk bersarapan



Sarapan pagi roti cicah sardin dan lepat di pagi raya


Misi Korban bermula
  


Sebahagian lembu yang dikorbankan di Kampung Stoung
  



Masyarakat setempat bantu melapah lembu korban



Salam Idul Adha Dari SK - Cambodia 1434

Link berkaitan Travelog Cambodia 2013 / 1434

S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja




















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com