Khamis, 8 Julai 2010

Lari dari Mulut Judi Masuk ke Mulut Sotong


Firman Allah SWT dalam ayat 90, surah al-Maidah.


Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib (meramal) dengan batang anak panah adalah perbuatan keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Pada awalnya SK tidak terlalu ambil kisah apabila diceritakan oleh seorang rakan berkenaan seekor sotong kurita yang dikatakan boleh meramal kemenangan pasukan bola sepak dalam kejohanan piala dunia 2010 ini.

Pagi ini ketika bersarapan di warung kopi WWL, Sotong kurita menjadi topik perbualan lagi. Kisah sotong kurita di piala dunia rupanya menjadi semakin hebat apabila dikatakan sotong ini boleh meramal dengan tepat pasukan mana yang akan menang. Ramalan sotong kurita yang meramalkan yang pasukan Sepanyol akan mengalahkan German malam tadi menjadi kenyataan. Tepatnya ramalan sotong ini menambah yakinkan lagi “keimanan penyokong fanatik sotong kurita”

Nastghfirullah al azim!!

Sekadar memuhasabah diri, beristighfar moga Allah menjaga Aqidah kita. Ayat Al Quran diatas menerangkan kita tentang hukum berjudi dan haramnya berjudi. Dalam ayat yang sama juga Allah taala mengharamkan bertenung nasib (meramal). Hukum meramal dan bertenung nasib sama haram, macam haramnya judi.

Meramal masa depan dengan menggunakan anak panah (seperti dalam Ayat) atau sotong boleh mendatangkan dosa. Silap haribulan boleh jatuh syirik.Moga Allah selamatkan aqidah kita, kerana Syaitan mencari ruang atas kealpaan kita.
Piala dunia yang akan datang kita kena fikirkan bagaimana untuk membuat demo bantahan anti judi dan anti sotong

Supaya kita tidak seperti Lari dari Mulut Judi, Masuk ke Mulut Sotong.

Kerana dua – duanya masuk neraka.

p/s : Jika anda tidak mengikuti perkembangan bola sepak dunia, anda mungkin tidak faham apa yang saya ingin sampaikan dalam artikel ini. Video ini akan menjelaskan kepada anda tentang isu tersebut 


Suraukini.

0 ulasan: