Rabu, 7 Julai 2010

Kelebihan Menuntut Ilmu

Nabi bersabda:

"Sesiapa yg menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkanya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana redha apa yang mereka lakukan." (HR abu Daud)

Nabi bersabda:

"Dunia ini dilaknat melainkan ingat kepada Allah, ketaatan orang yg alim ataupun orang yang belajar."(HR Tirmizi)

Nabi bersabda:

"Sesiapa yang pergi mencari ilmu, maka Allah akan membuka pintu syurga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan - ikan di lautan mendoakan untuknya". (HR Abu Daud)

Nabi bersabda:

"Sesiapa yang menuju ke masjid semata - mata untuk menuntut ilmu yang baik atau mengajarnya maka dia mendapat pahala seumpama org yg menunaikan haji yg sempurna hajinya".(HR Tabrani)

Oleh itu marilah kita sama - sama menutut ilmu. Terutamanya ilmu yang di wajibkan secara fardu ain., Ilmu tersebut adalah seperti berikut:

1. Ilmu fekah: Segala perkara yg kita nak buat wajib kita tahu hukumnya samada yg berkait dengan ibadat (solat, bersuci puasa dan lain - lain) muamalat (jual beli, sewa, urusan bank, dan sebagainya), Munakahat urusan pernikahan , hubungan laki perempuan, pakaian dan perhiasan, dan banyak lagi..

2. Ilmu tauhid: Secara ringkas kita kena mengetahui tentang ilmu ketuhanan, rasul, perkara - perkara yg ghaib dan lain - lain.

3. Ilmu Tasawuf: Kena tahu penyakit -penyakit hati seumpama riya', ujub dan sebagainya dan cara nak merawatinya. Ia perlu dilakukan secara berterusan di bawah pengawasan guru yg baik.

Ketiga - tiga ilmu ini perlu kita cari secara berterusan kerana ianya diperlukan selagi mana kita bernafas. Ianya lebih penting dari makanan dan minuman. Tanpa makanan kita akan teseksa sekejap dan akan mati. Tanpa ilmu menyebabkan mati hati dan ruh kita dan boleh menyebabkan su'ul khatimah dan berkekalan di neraka.
 
Gambar Hiasan :
Hanya dengan Ilmu boleh mengajar manusia mengenal halal dan haram. Judi tetap haram walaupun berlesen.

0 ulasan: