Kapal Titanic tenggelam pada 14 April 1912 dalam tempoh kurang 3 jam selepas terlanggar bongkah ais gergasi, punca utama yang menyebabkan Titanic terputus dua sebelum ianya hilang dari pandangan serta mengorbankan 1517 mangsa.
Kapal termahal yang pada mulanya diberi nama Gigantic, sesuai dengan statusnya yang besar dan mewah, kemudian ditukar kepada Titanic yang bermaksud ‘dewa jahat perkasa’ , menelan kos lebih $USD7juta (pada masa itu).
Kapal mewah ini mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan, serta melibatkan 5 ribu tenaga kerja itu akhirnya tenggelam menjadi tukun pembiakan ikan di dasar lautan Atlantik hanya selepas 4 hari belayar merentasi samudera dari Southampton, England menuju ke New York.
Fakta yang dirahsiakan - Pemilik kapal mewah ini pernah mengeluarkan kenyataan angkuhnya iaitu ‘Tuhan pun tidak mampu menenggelamkannya..”
Betapa kerdilnya manusia dan betapa hebatnya Allah Taala memberi pengajaran kepada manusia yang angkuh. Lihat gambaran sebenar hasil kajian National Geographic dengan menggunakan teknik CGI.
Menjelang Ramadhan molek kita mengulang ingat pesanan dan tazkirah dari para Ustaz dalam koleksi video ini. Ini adalah koleksi video rakaman sepanjang Ramadhan 1434 setahun yang lalu.
Heboh sejak sebulan lepas tentang kemunculan fenomena api aneh yang muncul di Negara Yaman. SK sertakan dibawah ini video yang lebih jelas untuk tatapan bersama.
Tanda - tanda kiamat besar yang disebut dalam hadith Sohih.
1. Keluarnya Dajjal.
2. Turun Nabi Isa
3. Naik Matahari dari sebelah Barat
4. Keluar binatang Dabbah
5. Keluar Asap Dukhan
6. Keluar ya'juj wa am'juj
7. Tiga Gempa Bumi
8. Api keluar dari Yaman
9. Keluar Imam Mahdi
Adakah ini api dari Yaman yang dimaksudkan?
Ikuti kuliah pengajian Ustaz Dr. Shamsuri Ahmad tentang tanda - tanda kiamat
Ikuti kisah puteri Rasululah S.A.W dan suaminya. Zainab Binti Muhammad S.A.W dan suaminya Abu Al A'ss . Anak sulung baginda S.A.W yang paling banyak ujian dan penderitaan.
SK rakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan rakaman dan memuatnaik semua video di atas. Semoga Allah terima amal baik dan menjadi amal jariah dengan pahala yang berkekalan dan berterusan.
Rakaman CCTV bencana ribut di Pulau Pinang baru - baru ini
Pengerusi Institut Jurutera Malaysia (cawangan utara) Lim Kok Khong berpendapat
mayat Lim Chin Aik dipercayai terbenam sekurang - kurangnya sedalam 40 meter atau
setinggi 13 tingkat bangunan di bawah tanah dan di bawah konkrit bertetulang
dengan kepanjangan 30m.
Panjang konkrit penebat
kilat ialah 38m dan ia telah memberi impak secara langsung terhadap bahagian
tempat duduk pemandu, Kok Khong.
“Ia betul-betul
mengenai bahagian pemandu dan menyebabkan mangsa terbenam jauh ke dalam tanah,”
kata Kok Khong. “Dia akan terbunuh
serta-merta.”
“Bayangkan sebatang
pensil gergasi jatuh terbenam ke dalam tanah, suku di bahagian atas pecah dan
memecahkan permukaan sekitarnya, manakala selebihnya tertanam di bawah
tanah.
“Bahagian - bahagian
kereta itu diseret turun pada kedalaman lapan hingga sembilan meter.”Hanya 10
meter bahagian konkrit yang jatuh boleh dikenal pasti,” katanya.” Selebihnya
masih tertanam bersama mangsa.” – mStar
Kerja-kerja penggalian
juga tidak dapat diteruskan melebihi 9 meter kerana struktur tanah yang lemah
dan ini boleh menjejaskan integriti struktur bangunan berdekatan, kata Khok
Khong. – Rujuk mStarOnline
SK tergerak hati untuk berkongsi video ini selepas membuat sedikit survey di internet tentang rawatan terapi ion secara merendam kaki di dalam air. Kebetulan ada seorang sahabat SK telah beberapa kali berkunjung ke pusat rawatan terapi ion ini. Kononnya untuk membuang sisa toksin dalam badan.
Kaedahnya sangat mudah, pesakit hanya perlu merendam kaki di dalam bekas air. Dalam masa 30 minit air ini akan berubah warna. Kononnya air yang berubah warna itu merupakan toksin yang dikeluarkan dari badan pesakit.
Persoalannya, benarkan mesin terapi ion ini mampu membuang toksin?
Video di bawah akan menjawab persolan tersebut.
Hasil carian di google, SK dapati kaedah rawatan ini mula diperkenalkan sejak awal tahun ini. Terdapat pelbagai jenama produk terapi ion di pasaran. Banyak juga pusat rawatan ini mula dibuka di seluruh negara. SK bukan bercadang untuk menutup periuk nasi pengusaha kaedah rawatan ini. Mungkin sebahagian pengusaha pusat rawatan ini tidak tahu bagaimana mesin ini berfungsi.
Bagaimanapun terpulanglah kepada pengguna dan pengusaha untuk membuat penilaian selepas menonton video ini.
Mesyuarat AJK surau dan Tahfiz Ad Diniyyah pada 16 Jun 2013 telah bersetuju melantik nama- nama berikut sebagai AJK sokongan Surau dan Pusat Tahfiz berkuatkuasa 1 Julai 2013
Ustaz Azhari Ibrahim - Timbalan pengerusi Surau dan Pusat Tahfiz
En. Arman Mustafa - Penolong Setiausaha Surau dan Pusat Tahfiz
En. Ahmad Alias - Bendahari Pusat Tahfiz
Zamrishah - penolong bendahari PTA
Haji Zaini Adam
En. Izauddin Mohd isa
En. Sham Samad
En. Hamdan Hashim
En. Zulkifli Mohd Nor
Haji Baharul Razi Abu Hani
Pak Hashim
Haji Azmi Harun
Haji Zahari
Haji Khairul Aman Kusman
Haji Hassan Bin Ahmad
Haji Shahrel Siang
En. Abdullah
AJK SOKONGAN MUSLIMAT
Puan Basirah
Puan Zara
Puan hajjah rospita
Surat lantikan akan menyusul dalam masa terdekat. Tahniah atas lantikan. Semoga dapat berkongsi pahala dan merapatkan ukhuwwah
Berikut adalah jadual Tazkirah dan kuliah Subuh sepanjang Ramadhan 1434 di Surau / Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Insyallah jadual ini akan dikemaskini dari masa ke masa. Pesta Ramadhan sudah bermula. Jom meriahkan Ramadhan kali ini dengan ilmu dan amal!!
9 Julai Selasa - Ustaz Khairil Anuar Salleh Timbalan Nazir Masjid Takwa Selayang
10 Julai Rabu - Ustaz Ahmad Awang - Mantan YDP. Persatuan Ulama' Malaysia
11 Julai Khamis - YB. Zaidi Abdul Talib - YB. ADUN Taman Templer
12 Julai Jumaat - YB Mahfuz Omar. MP Pokok Sena
13 Julai Sabtu - Ustaz Zulfikar - Muslimcare
13 Julai Sabtu Kuliah Subuh Dr Ahmad Kamal - Penasihat Madrasah Islam Bersepadu ATAH. Jalan Gurney
14 Julai Ahad Ust Yusni Mat Piah - KP Pulau Pinang
14 Julai Ahad Kuliah Subuh Ustaz Imran Bin Selamat
15 Julai Isnin - Ustaz Halim Din
16 Julai Selasa Ustaz Zainuddin Hashim -
17 Julai Rabu Ustaz Mohd Ropi Mohd Noor
18 Julai Khamis Ustaz Abdullah Iraqi
19 Julai Jumaat - Ustaz Kamaruzaman Abdullah - KP Trengganu
20 Julai Sabtu Ust Ridhuan Mohd Nor - Muslimcare
20 Julai Sabtu Kuliah Subuh Ustaz Shihabuddin Alang Mat Piah 21 Julai Ahad Kuliah Subuh - Ustaz Khalil Idham Lim
21 Julai Ahad Ustaz T Wahidin Sukarno
21 Julai Ahad Kuliah Subuh
22 Julai Isnin Ustaz Nazmi Abdul Karim
24 Julai Rabu - Ustaz Yusri Abdul Karim
25 Julai Khamis - Salahuddin Bin Ayub Mantan Naib Presiden PAS
26 Julai Jumaat - Ustaz Sobri Mat
27 Julai Sabtu Kuliah Subuh - Ust Zulkifli Ahmad
27 Julai Sabtu selepas Asar Ustaz Syed Kadir Al Joofri
27 Julai Sabtu - Ustaz Dato' Ismail Kamus - Pengasas Pusat Rawatan Islam Darus Salam
28 Julai Ahad - Sheikh Ahmad Najjar Palestin
28 Julai Ahad Kuliah Subuh Ustaz Mokhtar Senik - Pusat Pendidikan Islam An Nur
29 Julai Isnin Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad
30 Julai Selasa Ust Nik Zawawi Nik Salleh - Mantan YB ADUN Kuala Besut
31 Julai Rabu YB. Ustaz Sallehin Muhyi - EXCO Kerajaan Negeri Selangor
1 Ogos Khamis - Ustaz Dr Rahmat Bin Abdullah
2 Ogos Jumaat - Ustaz Azhari Ibrahim
3 Ogos Sabtu Kuliah subuh Ustaz Nur Aidil Fitri
3 Ogos Sabtu Ustaz Muda Abdullah 4 Ogos 2013 - Majlis Khatam Al Quran selepas solat Asar.
4 Ogos Ahad Kuliah Subuh - Ustaz Mohamad Zaki Madzhar Atham
4 Ogos Ahad - Ust Dr Shafie Mohamad Amin Al Muqri' - Pengasas Kaedah Hafazan Al Quran
5 Ogos Isnin - Ustaz Zulkarnain Hamzah - Mantan Pengacara Imam Muda Astro Oasis
Anda boleh memuat turun borang - borang untuk sumbangan Ihya' Ramadhan 1434 untuk Surau dan Pusat tahfiz Ad Diniyyah di sini. Terima kasih kerana prihatin!!
Download Borang Sumbangan untuk Aktiviti Surau Ad Diniyyah Format PDF di sini
Download Borang Sumbangan untuk Aktiviti Surau Ad Diniyyah Format DOC di sini
Download Borang Sumbangan untuk Aktiviti Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Format PDF di sini
Download Borang Sumbangan untuk Aktiviti Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Format DOC di sini