Rabu, 26 Jun 2013

Titanic - Tuhan pun tak mampu tenggelamkannya?

Edward J.Smith Nakhoda Titanic yang angkuh.

Kapal Titanic tenggelam pada 14 April 1912 dalam tempoh kurang 3 jam selepas terlanggar bongkah ais gergasi, punca utama yang menyebabkan Titanic terputus dua sebelum ianya hilang dari pandangan serta mengorbankan 1517 mangsa.

Kapal termahal yang pada mulanya diberi nama Gigantic, sesuai dengan statusnya yang besar dan mewah, kemudian ditukar kepada Titanic yang bermaksud ‘dewa jahat perkasa’ , menelan kos lebih $USD7juta (pada masa itu).
 
Kapal mewah ini mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan, serta melibatkan 5 ribu tenaga kerja itu akhirnya tenggelam menjadi tukun pembiakan ikan di dasar lautan Atlantik hanya selepas 4 hari belayar merentasi samudera dari Southampton, England menuju ke New York.
 
Fakta yang dirahsiakan - Pemilik kapal mewah ini pernah mengeluarkan kenyataan angkuhnya iaitu  ‘Tuhan pun tidak mampu menenggelamkannya..”
 
Betapa kerdilnya manusia dan betapa hebatnya Allah Taala memberi pengajaran kepada manusia yang angkuh. Lihat gambaran sebenar hasil kajian National Geographic dengan menggunakan teknik CGI.
 












0 ulasan: