Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Rabu, 7 Mac 2012

Filem tentera Uthmaniyah dapat sambutan hebat



ANKARA - Sebuah filem baharu, Fetih 1453 yang mengisahkan penaklukan tentera kerajaan Uthmaniyah ke atas kota Constantinople pada abad ke-15 mendapat sambutan hebat di Turki.
Kira-kira 3.4 juta orang telah menonton filem tersebut sejak ia ditayangkan pada 16 Februari lalu. Filem Fetih 1453 itu menelan kos AS$17 juta (RM51.4 juta).

Menurut agensi yang mengumpulkan jumlah kutipan tiket, Box Office Turkey, seramai 3.4 juta orang telah menyaksikan filem tersebut dalam tempoh dua minggu pertama ia ditayangkan. Agensi itu meramalkan filem tersebut akan memecahkan rekod penonton yang dicatatkan oleh beberapa filem lain di negara ini.

"Ia bukan kali pertama filem yang bertemakan penaklukan Constantinople ditayangkan tetapi Fetih 1453 ialah filem pertama yang menjalani penggambaran di Turki dengan bajet besar," kata seorang kakitangan di pejabat akhbar filem tersebut, Filiz Ocal.

Filem arahan Faruk Aksoy itu mengisahkan penaklukan kota Constantinople oleh tentera pimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dengan menewaskan tentera empayar kerajaan Kristian Byzantine.

Pada permulaan filem yang berdurasi 160 minit itu, tertera hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya ialah sebaik-baik tentera.

Constantinople kini dikenali sebagai Istanbul. - Agensi
SK: Harap - harap fakta sejarah diolah dengan betul dalam filem ini. Usaha yang bagus . Sejarah kehebatan Tentera Muhammad Al Fateh boleh mengembalikan roh jihad umat Islam!

Dah tonton?
 
 





 

Isnin, 5 Mac 2012

Video Kemalangan di Genting Highland 5 MAC 2012


Kemalangan Ngeri Bas Di Lebuhraya Karak Genting Highland. Sebuah bas dalam perjalanan dari Genting Highands menuju ke Kuala lumpur terbalik di kawasan bahu jalan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak lebih kurang jam 8 pagi.

Pemandangan yang mengujakan di Gunung Tianmen China

 Menggigil gayat!!


Negara China sememangnya terkenal dengan pembinaan laluan berbahaya bagi menjadikan ia salah satu tarikan kepada pelancong luar untuk berkunjung ke negara itu.

Pelancong yang tidak gayat berada di tempat tinggi, pasti teruja untuk mencuba pengalaman baru berjalan melalui jambatan tergantung diperbuat daripada kaca pada ketinggian 1,432 meter (lebuh kuran 4000 kaki ) dari paras laut di Gunung Tianmen, wilayah Hunan sambil menikmati pemandangan indah alam semula jadi





 


Kalimah Toyyibah - La ilaha illalah!!

Inilah dia kalimah Toyyibah!!

Semenjak dua menjak ini isu Kalimah Toyyibah sudah menjadi perbualan hangat dan hangit di taman kita ni. :) Ramai yang bertanya SK apa maksud Kalimah Toyyibah?

Ulama' Tassawuf mengatakan yang dimaksudkan dengan Kalimah Toyyibah ini ialah perkataaan LA ILAHA ILLALLAH

Awas! dan hati - hati , jangan menyamakan kalimah toyyibah dengan perkataan lain yang tidak selayaknya.




Belajarlah dari Iwan . Iwan Dangdut pun tahu makna KALIMAH TOYYIBAH!! :)

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam banyak menjelaskan tentang penting menjaga lisan. Imam Ghazali di awal - awal lagi, dalam bab akhlak menerangkan tentang kepentingan menjaga lidah. Menjaga lisan dan berdiam diri di tempat yang syubhat adalah ciri  -ciri keimanan kepada Allah Subhanahuwata’ala

Berkata-kata yang baik atau diam

Dalam sebuah hadis Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menjelaskan:
 
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيراً أو ليصمت

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka dia berkata-kata dengan perkataan yang baik atau pun berdiam diri”.

Ini bermakna apabila ada yang baik maka dia akan berkata  -kata, dan kalau tidak ada maka dia akan berdiam diri sahaja. Diam itu adalah iman. Berkata - kata yang baik itu juga adalah iman. Ini semua boleh mengangkat darjat seseorang itu di sisi Allah Subhanahuwata’ala.








Download Rakaman Forum Amaniah 03 Mac 2012



Rakaman Forum di Masjid Amaniah bersama ahli panel Ustaz Dasuki, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ustaz Ridhuan Mohamad Noor.


Kalau nak download klik sini . DOWNLOAD
Kredit untuk arrawa Kuliah Nusantara


Ahad, 4 Mac 2012

Puting beliung melanda Indiana!!


Henryville: Puting beliung melanda beberapa bandar kecil di Indiana dan menyebabkan kawasan luar bandar di Kentucky terputus hubungan ketika musim awal puting beliung di Amerika Syarikat menyebabkan sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh, manakala angka kematian dijangka meningkat.

Ribut petir ganas yang sudah diramal jabatan kaji cuaca sejak beberapa hari lalu, mula terbentuk di Pantai Teluk dan Tasik Besar, mencetuskan berpuluh-puluh puting beliung.

Bencana alam itu memusnahkan sepenuhnya beberapa kawasan perumahan menjadi padang jarak padang tekukur, meruntuhkan menara pemancar telekomunikasi, menumbangkan tiang elektrik dan menghumbankan kereta, bas sekolah, traktor dan treler ke jalan raya, menyebabkan perhubungan darat terputus.

Di Kentucky, anggota Pengawal Kebangsaan dan polis tempatan bertungkus-lumus melakukan kerja mencari mangsa yang masih hilang dan dikhuatiri terperangkap.
DI Indiana, pihak berkuasa meredah jalan gelap akibat terputus bekalan elektrik bagi meninjau kawasan perumahan di beberapa kejiranan yang musnah sama sekali.
 
“Kami tidak akan dapat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku sebelum hari menjelang siang. Buat masa ini kami akan melakukan segala yang terbaik,” kata Syerif kawasan Clark County, Indiana, Mejar Chuck Adams.

Di Henryville, bandar kecil dengan 2,000 penduduk di utara Louisville, Kentucky, anggota penyelamat meredah jalan yang dipenuhi sampah sarap sambil membawa troli berisi makanan dan air untuk diberikan kepada sesiapa yang memerlukan.

Beratus-ratus anggota bomba dan polis membuat rondaan di bandar yang musnah dengan hanya beberapa bangunan masih bertahan, manakala semua sekolah di bandar itu musnah.

“Saya kehilangan semuanya. Dulu kawasan ini cantik, sekarang semuanya sudah tiada,” kata seorang penduduk Andy Bell, ketika beliau membantu seorang rakan di bengkel kenderaannya yang rosak.


Tidak jauh dari situ sebuah bas sekolah terperosok ke dalam sebuah restoran, manakala sebuah kerusi tersangkut di pintu sebuah kereta.

Seorang lagi penduduk, Susie Renner, 54, berkata beliau melihat dua puting beliung membadai Henryville selang beberapa minit antara satu sama lain. Puting beliung pertama berwarna cokelat akibat dipenuhi sisa sampah, manakala yang kedua berwarna hitam.

“Saya seorang pengkaji dan pemburu puting beliung, tetapi saya tidak pernah berasa begini takut seumur hidup saya,” katanya.

Puting beliung kelmarin melanda hanya dua hari selepas ribut kencang mengorbankan 13 orang di Barat dan Selatan Amerika. Menjelang jam 10 malam, perkhidmatan kaji cuaca mengeluarkan 269 amaran puting beliung, sedangkan hanya 189 amaran dikeluarkan sepanjang Februari. – AP/BH


 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jumaat, 2 Mac 2012

Permata yang digilap!! Tahniah



Kami sedang menggilap permata

Alhamdulillah

Tahniah kepada Adik Ahmad Fahmi Bin Abdul Rahman kerana melepasi ujian saringan Hafazan Al Quran 10 Juzuk di Gombak baru - baru ini. Fahmi akan meneruskan saringan ke peringkat seterusnya di Kuang Selangor esok!!.

Tahniah kepada Fahmi dan guru - guru dan bekas guru!!


Fahmi



عن جابر بن عبد الله أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يجمع بين الرجلين من قتلى أحد في ثوب واحد ثم يقول أيهما أكثر أخذا للقرآن". فإذا أشير له إلى أحدهما قدمه في اللحد، قال:" أنا شهيد على هؤلاء". وأمر بدفنهم بدمائهم ولم يصل عليهم ولم يغسلهم
 .(صحيح أخرجه الإمام البخاري وأبوداؤد والترمذي والنسائي وابن ماجه)


Daripada Jabir bin Abdillah ra bahawa Rasulullah S.A.W meletakkan jenazah dua orang yang mati syahid di Medan Uhud di dalam satu liang lahad dan Baginda bertanya :

Yang manakah di antara mereka berdua ini yang lebih banyak mengambil (menghafal) al-Quran ?”. Apabila ditunjukkan kepadanya (yang lebih banyak hafalannya) di antara mereka berdua, maka Rasulullah SAW meletakkannya di hadapan di dalam susunan liang lahad itu.

Dan Rasulullah SAW bersabda : “Aku menjadi saksi ke atas mereka ini” (saksi bahawa merekalah yang bersungguh - sungguh di medan peperangan hingga mati shahid). Rasulullah SAW memerintah dikebumikan mereka itu dengan darah - darah mereka tanpa disolat dan tanpa dimandikan jenazah mereka itu.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 










 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 1 Mac 2012

Derma Kilat! Sumbangan untuk Guru PASTI Ar Raudhah


Sharing is Caring!!

Jawatankuasa surau Ad Diniyyah malam ini melancarkan Tabung Derma Kilat kepada Puan Suryani yang diserang angin ahmar kelmarin. Cikgu Su merupakan salah seorang tenaga pengajar di PASTI AR RAUDHAH Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A.

Semua sumbangan boleh diserahkan kepada Ustaz Azhari Ibrahim. Semoga sumbangan anda dapat meringankan beban keluarga beliau.

Jazakallahu Khairal Jaza'


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja











 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Selasa, 28 Februari 2012

Download Jadual Kuliah Sepanjang MAC 2012


"Barangsiapa yang melalui jalan - jalan (berusaha) untuk mencari ilmu,
nescaya Allah permudahkan jalannya ke syurga" Al Hadith

Semua kuliah / Ceramah / Program di bawah diadakan di


Tempat : Klik sini untuk lihat lokasi

Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah, No 62 Jalan 2A/5, Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sg Tua, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Terbuka untuk semua tiada bayaran dikenakan, semua dijemput hadir dan hebahkan.


Insya Allah, jadual ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Ada beberapa orang ustaz yang belum dapat disahkan kehadirannya. Rajin - rajinlah melayari blog ini.

01.03.12 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - (Kitab Bimbingan Mukminin)
01.03.12- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
02.03.12 - Jumaat - Ustaz Zaki Madzar Atham (Kitab Matla'ul Badrain)
03.03.12 - Sabtu - Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
03.03.12 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
03.03.12 - Sabtu - Ustaz Muda Bin Abdullah ( Hadith 40)
04.03.12 - Ahad 9.00 Pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
10.03.12 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
10.03.12 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
11.03.12 - Ahad 9.00 Pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
11.03.12 - Ahad 2.00 Ptg.- Ustaz Zaki Madzar Atham Hidayah As Sibyan
13.03.12- Selasa - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Sirah Nabawiyah Durus Wa I'bar)
14.03.12 - Rabu - Ustaz Ahmad Awang - Kitab Al Islam
15.03.12 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah (Kitab Bimbingan Mukminin)
15.03.12- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah selepas solat Isyak
16..03.12 - Jumaat - Ustaz Zulkifli Ahmad (Belum Confirm)
17.03.12 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
17.03.12 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
17.03.12 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil - Kitab Riyadus Solihin
18.03.12- Ahad- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
18.03.12 - Ahad 9.00 Pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
18.03.12 - Ahad - Ustaz Zaki Madzar Atham - Hidayatus Sibyan (Selepas Solat Zohor)
21.03.12 - Rabu- Ustaz Sidek Noor- Kitab Minhajul Abidin
22.03.12 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah selepas solat Isyak
23.03.12- Ustaz Sobri Mat - (Pendidikan anak - anak Dalam Islam)
24.03.12 - Sabtu Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
24.03.12 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
25.03.12 - Ahad Kuliah Subuh - Ustaz Mustafa Desa
25.03.12 - Ahad 9.00 pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
25.03.12 - Ahad - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Sirah Nabawiyyah Durus Wa I'bar)
26.03.12 - Isnin - Ustaz Nazmi Abdul Karim (Umum)
29.03.12 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah selepas solat Isyak

Download file dalam format PDF

DOWNLOAD JADUAL INI DI SINI

Anda perlu install Adobe Reader X untuk membuka file PDF. Jika tiada perisian ini sila klik sini untuk install

Adobe Reader X

Tahniah ! masih ramai yang sayangkan Alam ini!!

STOP! LYNAS. Sayangi Pahang! Sayangi Malaysia! Sayangi Alam! Say NO to LYNAS!! Kempen sampai tutup!!