Jumaat, 2 Mac 2012

Permata yang digilap!! Tahniah



Kami sedang menggilap permata

Alhamdulillah

Tahniah kepada Adik Ahmad Fahmi Bin Abdul Rahman kerana melepasi ujian saringan Hafazan Al Quran 10 Juzuk di Gombak baru - baru ini. Fahmi akan meneruskan saringan ke peringkat seterusnya di Kuang Selangor esok!!.

Tahniah kepada Fahmi dan guru - guru dan bekas guru!!


Fahmi



عن جابر بن عبد الله أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يجمع بين الرجلين من قتلى أحد في ثوب واحد ثم يقول أيهما أكثر أخذا للقرآن". فإذا أشير له إلى أحدهما قدمه في اللحد، قال:" أنا شهيد على هؤلاء". وأمر بدفنهم بدمائهم ولم يصل عليهم ولم يغسلهم
 .(صحيح أخرجه الإمام البخاري وأبوداؤد والترمذي والنسائي وابن ماجه)


Daripada Jabir bin Abdillah ra bahawa Rasulullah S.A.W meletakkan jenazah dua orang yang mati syahid di Medan Uhud di dalam satu liang lahad dan Baginda bertanya :

Yang manakah di antara mereka berdua ini yang lebih banyak mengambil (menghafal) al-Quran ?”. Apabila ditunjukkan kepadanya (yang lebih banyak hafalannya) di antara mereka berdua, maka Rasulullah SAW meletakkannya di hadapan di dalam susunan liang lahad itu.

Dan Rasulullah SAW bersabda : “Aku menjadi saksi ke atas mereka ini” (saksi bahawa merekalah yang bersungguh - sungguh di medan peperangan hingga mati shahid). Rasulullah SAW memerintah dikebumikan mereka itu dengan darah - darah mereka tanpa disolat dan tanpa dimandikan jenazah mereka itu.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 










 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: