Isnin, 5 Mac 2012

Kalimah Toyyibah - La ilaha illalah!!

Inilah dia kalimah Toyyibah!!

Semenjak dua menjak ini isu Kalimah Toyyibah sudah menjadi perbualan hangat dan hangit di taman kita ni. :) Ramai yang bertanya SK apa maksud Kalimah Toyyibah?

Ulama' Tassawuf mengatakan yang dimaksudkan dengan Kalimah Toyyibah ini ialah perkataaan LA ILAHA ILLALLAH

Awas! dan hati - hati , jangan menyamakan kalimah toyyibah dengan perkataan lain yang tidak selayaknya.




Belajarlah dari Iwan . Iwan Dangdut pun tahu makna KALIMAH TOYYIBAH!! :)

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam banyak menjelaskan tentang penting menjaga lisan. Imam Ghazali di awal - awal lagi, dalam bab akhlak menerangkan tentang kepentingan menjaga lidah. Menjaga lisan dan berdiam diri di tempat yang syubhat adalah ciri  -ciri keimanan kepada Allah Subhanahuwata’ala

Berkata-kata yang baik atau diam

Dalam sebuah hadis Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menjelaskan:
 
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيراً أو ليصمت

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka dia berkata-kata dengan perkataan yang baik atau pun berdiam diri”.

Ini bermakna apabila ada yang baik maka dia akan berkata  -kata, dan kalau tidak ada maka dia akan berdiam diri sahaja. Diam itu adalah iman. Berkata - kata yang baik itu juga adalah iman. Ini semua boleh mengangkat darjat seseorang itu di sisi Allah Subhanahuwata’ala.








2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

agama dipolitikkan, atau politik diagamakan?
apa2pun, keropok lekor cicah colek memang best..

-lightspeed traveller

Tanpa Nama berkata...

politik adalah juzuk kecik dlm agama, perlu ia di atas landasan agama sbb politik yg bkn ats landasan agama adalah bkn politik.
Bayangkan keretapi itu politik.
Keretapi perlu berada diatas landasan iaitu agama. Kalau keretapi x berada di atas landasan, sbg contoh ada kat atas air, keretapi itu takkan dapat berfungsi sbg keretapi. walaupun rupe keretapi, masih gagal berfungsi sbg keretapi.

Allahu A'lam.