Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Jumaat, 2 Mac 2012

Permata yang digilap!! Tahniah



Kami sedang menggilap permata

Alhamdulillah

Tahniah kepada Adik Ahmad Fahmi Bin Abdul Rahman kerana melepasi ujian saringan Hafazan Al Quran 10 Juzuk di Gombak baru - baru ini. Fahmi akan meneruskan saringan ke peringkat seterusnya di Kuang Selangor esok!!.

Tahniah kepada Fahmi dan guru - guru dan bekas guru!!


Fahmi



عن جابر بن عبد الله أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يجمع بين الرجلين من قتلى أحد في ثوب واحد ثم يقول أيهما أكثر أخذا للقرآن". فإذا أشير له إلى أحدهما قدمه في اللحد، قال:" أنا شهيد على هؤلاء". وأمر بدفنهم بدمائهم ولم يصل عليهم ولم يغسلهم
 .(صحيح أخرجه الإمام البخاري وأبوداؤد والترمذي والنسائي وابن ماجه)


Daripada Jabir bin Abdillah ra bahawa Rasulullah S.A.W meletakkan jenazah dua orang yang mati syahid di Medan Uhud di dalam satu liang lahad dan Baginda bertanya :

“Yang manakah di antara mereka berdua ini yang lebih banyak mengambil (menghafal) al-Quran ?”. Apabila ditunjukkan kepadanya (yang lebih banyak hafalannya) di antara mereka berdua, maka Rasulullah SAW meletakkannya di hadapan di dalam susunan liang lahad itu.

Dan Rasulullah SAW bersabda : “Aku menjadi saksi ke atas mereka ini” (saksi bahawa merekalah yang bersungguh - sungguh di medan peperangan hingga mati shahid). Rasulullah SAW memerintah dikebumikan mereka itu dengan darah - darah mereka tanpa disolat dan tanpa dimandikan jenazah mereka itu.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 










 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 1 Mac 2012

Derma Kilat! Sumbangan untuk Guru PASTI Ar Raudhah


Sharing is Caring!!

Jawatankuasa surau Ad Diniyyah malam ini melancarkan Tabung Derma Kilat kepada Puan Suryani yang diserang angin ahmar kelmarin. Cikgu Su merupakan salah seorang tenaga pengajar di PASTI AR RAUDHAH Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A.

Semua sumbangan boleh diserahkan kepada Ustaz Azhari Ibrahim. Semoga sumbangan anda dapat meringankan beban keluarga beliau.

Jazakallahu Khairal Jaza'


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja











 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Selasa, 28 Februari 2012

Download Jadual Kuliah Sepanjang MAC 2012


"Barangsiapa yang melalui jalan - jalan (berusaha) untuk mencari ilmu,
nescaya Allah permudahkan jalannya ke syurga" Al Hadith

Semua kuliah / Ceramah / Program di bawah diadakan di


Tempat : Klik sini untuk lihat lokasi

Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah, No 62 Jalan 2A/5, Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sg Tua, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Terbuka untuk semua tiada bayaran dikenakan, semua dijemput hadir dan hebahkan.


Insya Allah, jadual ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Ada beberapa orang ustaz yang belum dapat disahkan kehadirannya. Rajin - rajinlah melayari blog ini.

01.03.12 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - (Kitab Bimbingan Mukminin)
01.03.12- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
02.03.12 - Jumaat - Ustaz Zaki Madzar Atham (Kitab Matla'ul Badrain)
03.03.12 - Sabtu - Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
03.03.12 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
03.03.12 - Sabtu - Ustaz Muda Bin Abdullah ( Hadith 40)
04.03.12 - Ahad 9.00 Pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
10.03.12 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
10.03.12 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
11.03.12 - Ahad 9.00 Pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
11.03.12 - Ahad 2.00 Ptg.- Ustaz Zaki Madzar Atham Hidayah As Sibyan
13.03.12- Selasa - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Sirah Nabawiyah Durus Wa I'bar)
14.03.12 - Rabu - Ustaz Ahmad Awang - Kitab Al Islam
15.03.12 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah (Kitab Bimbingan Mukminin)
15.03.12- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah selepas solat Isyak
16..03.12 - Jumaat - Ustaz Zulkifli Ahmad (Belum Confirm)
17.03.12 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
17.03.12 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
17.03.12 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil - Kitab Riyadus Solihin
18.03.12- Ahad- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
18.03.12 - Ahad 9.00 Pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
18.03.12 - Ahad - Ustaz Zaki Madzar Atham - Hidayatus Sibyan (Selepas Solat Zohor)
21.03.12 - Rabu- Ustaz Sidek Noor- Kitab Minhajul Abidin
22.03.12 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah selepas solat Isyak
23.03.12- Ustaz Sobri Mat - (Pendidikan anak - anak Dalam Islam)
24.03.12 - Sabtu Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
24.03.12 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
25.03.12 - Ahad Kuliah Subuh - Ustaz Mustafa Desa
25.03.12 - Ahad 9.00 pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
25.03.12 - Ahad - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Sirah Nabawiyyah Durus Wa I'bar)
26.03.12 - Isnin - Ustaz Nazmi Abdul Karim (Umum)
29.03.12 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah selepas solat Isyak

Download file dalam format PDF

DOWNLOAD JADUAL INI DI SINI

Anda perlu install Adobe Reader X untuk membuka file PDF. Jika tiada perisian ini sila klik sini untuk install

Adobe Reader X

Tahniah ! masih ramai yang sayangkan Alam ini!!

STOP! LYNAS. Sayangi Pahang! Sayangi Malaysia! Sayangi Alam! Say NO to LYNAS!! Kempen sampai tutup!!

Sabtu, 25 Februari 2012

Kenapa Lynas perlu dibantah?






STOP LYNAS!!


Selamatkan Generasi Manusia. Stop Lynas!



Chernobyl kini bandar hantu tanpa penghuni!!


 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 23 Februari 2012

Stop Lynas!! Selamatkan Alam!!




Laporan New York Times baru - baru ini yang memetik memo dalaman oleh jurutera sekarang mahupun yang telah meninggalkan syarikat itu bahawa pembinaan kilang Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Pahang adalah ‘bahaya’ dan mempunyai masalah rekabentuk.

Artikel itu mendakwa memo berkenaan memaparkan beberapa kecacatan dengan jurutera menghuraikan rekahan struktur, poket udara dan kebocoran di kebanyakan 70 tangki konkritnya. Tangki itu dijadualkan untuk menyimpan bahan radioaktif selepas nadir bumi berkenaan yang dibawa dari Australia Barat dicampur dengan asid untuk merawatnya.

Ia juga mendakwa sistem paip keluli yang dibina untuk kilang tersebut adalah menggunakan keluli standard dan tidak sesuai bagi memindahkan bahan berkenaan. Tangki simpanan pula dibina daripada konkrit konvensional yang sepatutnya didirikan dengan gentian polimer yang kurang kemungkinannya akan retak.

sumber

-----------------------------------------------------------------------------------------

Pada tahun 1986, dunia telah menyaksikan satu tragedi pada kemanusiaan dan kehidupan . Pada tahun itu satu letupan loji Nuklear telah berlaku di Chernobyl, Ukraine. Kisah sedih ini dirakamkan dalam video di bawah. Lihatlah kesan letupan dan bahayanya radioaktif nuklear ini kepada manusia dan kehidupan sejagat. Semoga Allah melindungi kita!


ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ


“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) Surah Ar Rum 41




Lihat apa yang berlaku di Fukushima bila berlaku kemusnahan kepada reaktor nuklear akibat tsunami. Fukushima sudah jadi bandar hantu sekarang! tiada siapa yang ingin kembali ke Fukushima.



Tiada Lynas tiada radioaktif! Selamatkan Pahang, Selamatkan Malaysia, Selamatkan Alam!!





Rabu, 22 Februari 2012

Ilmu dunia dan ilmu akhirat - Ustaz Azhar Idrus




 


Musim menuai hasil!!


Yang ditanam, kini boleh dituai hasilnya

Tahniah kepada adik Zulhusni dan Fahmi kerana terpilih untuk mewakili Pusat Tahfiz Ad Diniyyah ke (Peringkat saringan) Pertandingan Hafazan Al Quran 1-10 Juzuk Peringkat Negeri Selangor. Saringan akan diadakan di Pejabat Agama Taman Keramat pagi esok jam 10.00 Pagi.

Tahniah!!

Zulhusni
Fahmi


Isnin, 20 Februari 2012

Api mengalir di air terjun



YOSEMITE, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan jurugambar akan berkunjung ke Taman Perkhidmatan Negara Yosemite di sini pada setiap pertengahan Februari. Mereka akan merakamkan fenomena alam semula jadi yang akan menunjukkan seolah-olah api mengalir dari Glasier Point.Fenomena itu terjadi apabila Bumi dan matahari berada dalan keadaan sejajar pada waktu matahari terbenam. Pada waktu tersebut, cahaya matahari akan menyinari salah satu air terjun di taman ini. Air terjun itu kemudian akan kelihatan seperti lahar yang mengalir. - AP


 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com