Laporan New York Times baru - baru ini yang memetik memo dalaman oleh jurutera sekarang mahupun yang telah meninggalkan syarikat itu bahawa pembinaan kilang Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Pahang adalah ‘bahaya’ dan mempunyai masalah rekabentuk.
Artikel itu mendakwa memo berkenaan memaparkan beberapa kecacatan dengan jurutera menghuraikan rekahan struktur, poket udara dan kebocoran di kebanyakan 70 tangki konkritnya. Tangki itu dijadualkan untuk menyimpan bahan radioaktif selepas nadir bumi berkenaan yang dibawa dari Australia Barat dicampur dengan asid untuk merawatnya.
Ia juga mendakwa sistem paip keluli yang dibina untuk kilang tersebut adalah menggunakan keluli standard dan tidak sesuai bagi memindahkan bahan berkenaan. Tangki simpanan pula dibina daripada konkrit konvensional yang sepatutnya didirikan dengan gentian polimer yang kurang kemungkinannya akan retak.
sumber
-----------------------------------------------------------------------------------------
Pada tahun 1986, dunia telah menyaksikan satu tragedi pada kemanusiaan dan kehidupan . Pada tahun itu satu letupan loji Nuklear telah berlaku di Chernobyl, Ukraine. Kisah sedih ini dirakamkan dalam video di bawah. Lihatlah kesan letupan dan bahayanya radioaktif nuklear ini kepada manusia dan kehidupan sejagat. Semoga Allah melindungi kita!
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) Surah Ar Rum 41
Lihat apa yang berlaku di Fukushima bila berlaku kemusnahan kepada reaktor nuklear akibat tsunami. Fukushima sudah jadi bandar hantu sekarang! tiada siapa yang ingin kembali ke Fukushima.
Tiada Lynas tiada radioaktif! Selamatkan Pahang, Selamatkan Malaysia, Selamatkan Alam!!
0 ulasan:
Catat Ulasan