Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Isnin, 23 Mei 2011

Rangkuman Video - Suasana pilu Kejadian Tanah Runtuh di Ulu Langat

gkuman R





Gambar sekitar Program Talk Show Hari Ibu

Ini hanya sebahagian gambar - gambar yang sempat SK rakam sekitar Program Hari Ibu. Insyallah lebih banyak gambar dari Cinagambar akan menyusul

Mu'adz Kasih Sejarak 2 jari

Berhibur sambil menjamu selera

Mu'adz bersama keluarga Hj. Zul.
Paling kanan Farihah Zulkifli Juara Hafazan Peringkat Kebangsaan

Persembahan anak - anak Tahfiz power .... Mu'adz tak boleh cari makan la camni hehehehe

Sebahagian Ibu Bapa yang hadir

Tahun depan kita buat hari bapa pulak.....

Sabtu, 21 Mei 2011

Imej menakjubkan di tasik Iceland

Maha suci Allah yang menjadikan Alam Semesta

REYKJAVIK - Seorang jurugambar, Stephane Vetter berjaya merakamkan gambar cahaya yang menakjubkan di Tasik Jökulsárlón, Iceland dua bulan lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.
 
Hasilnya yang diberi nama 'A Starry Night Of Iceland' ini, telah memenangi hadiah untuk fotografi lanskap astro-pada 2011 baru-baru ini dalam 2011 Earth and Sky Photo Contest.

Cahaya Utara (northern lights) terbentuk ketika zarah terlempar keluar dari matahari ke ruang angkasa bertemu dengan perisai magnetik bumi dan mencipta sebuah lingkaran di sekitar Kutub Utara ketika mereka berinteraksi dengan lapisan atas atmosfera.

Saintis NASA baru-baru ini meramalkan Cahaya Utara (aurora) itu akan bersinar lebih terang lagi dilihat sejak 50 tahun pada tahun 2012 nanti.

Fenomena itu disebabkan oleh Solar Maximum - tempoh ketika medan magnet matahari di khatulistiwa matahari berputar pada kelajuan yang sedikit lebih cepat daripada di kutub matahari. Cahaya itu berlaku akibat partikel yang keluar dari matahari bergerak ke angkasa lepas dan bertemu dengan perisai magnetik Bumi sekali gus mewujudkan satu bulatan di sekitar kawasan magnetik Kutub Utara apabila ia beriteraksi dengan lapisan atas atmosfera. - Agensi

Subhanallah
 





Jumaat, 20 Mei 2011

Sambutan hangat Kursus Pengurusan Jenazah 28 Mei 2011 - Cepat Daftar!!! Pendaftaran masih di buka



Kursus Terbuka Untuk Semua

Tarikh : 28 Mei 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi - 4.30 Petang
Penyampai : Ustaz Abdul Hamid dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Tempat : Surau Ad Diniyyah Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, (berhawa dingin)

Pendaftaran : RM10.00 sahaja
Termasuk Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan minum petang.
DAFTAR SEKARANG - SMS nama dan alamat ke 013-2791608



Berikut adalah nama - nama yang telah mendaftar untuk program tersebut. Pendaftaran masih terbuka. Daftar ler cepat... Senang nak urus tempah makanan.

MUSLIMAT

  1. Puan Rozita Yusof
  2. Puan Nor Azlida (Taman Samudera)
  3. Hajjah Norbayti Abu Asid
  4. Zainariah Bt. Abdul Ghani
  5. Puan Rosnah Abdul Rahim
  6. Puan Robyah Abdul Rani
  7. Hajjah Azizah Salim
  8. Cik Azira Aziz
  9. Cik Azurin Aziz
  10. Hajjah Suhaini Saad
  11. Puan Azmah Ismail
  12. Puan Effeza Binti Alias
  13. Puan Azilah (Selayang Mulia)
  14. Cik Siti Nobaya (Selayang Mulia)
  15. Puan Hamiah Lop
  16. Puan Syarifah Abdullah
  17. Puan Remy Jalilah
  18. Hajjah Rospita Abdul Rashid
  19. Puan Hasniza Abdul Halim
  20. Cik Fatin Nor Alia Bt. Zulkifli
  21. Hajjah Azizian Zainal Abidin
  22. Raja Nor Azila Binti Raja Ibrahim
MUSLIMIN
  1. Fairus Umar Mohd Nan (Selayang)
  2. Afhai Nizam (Ulu Kelang)
  3. Mohd Nazri (Ulu Kelang)
  4. Mohd Isa.(Taman Samudera)
  5. Ust. Faid Abdul Aziz. (Teluk Kemang)
  6. Ust. Abdul Rahman. (Temerloh Pahang)
  7. En.Taqiudin Helmi Alang
  8. SK.
  9. En. Akashah Ismail.
  10. Abdul Halim Hafiz
  11. Haji Uzailee Abdul Latif (Selayang)
  12. Haji Sapuan Daman
  13. Haji Abdul Aziz Yahya
  14. Haji Zulkifli Wahijan
  15. Najib Amir Hussain (Saujana Utama Sg Buloh)
  16. En. Zambrishah Ahmad
  17. Haji Abdul Rahim
  18. En. Hamdan Hashim
  19. En. Roslan Muhammad (Selayang)
  20. En. Izauddin Mohd Isa
  21. En. Ahmad Suandi
  22. En. Mohd Zahidi Bin Idris (Bandar Tun Razak)
  23. En. Abdul Ghani Yusof
  24. En. Azhar Abdul Latif
  25. Haji Zaini Bin Adam
  26. Haji Mohd Amin Othman
  27. Shahrul Bahtiar Tumpang
  28. Zul Atfi Bin Hassan
  29. Haji Zainuddin Ahmad

Persiapan rapi 3 program besar esok dan lusa


Hari yang ditunggu - tunggu hampir tiba. Esok Sabtu 21 Mei 2011 mulai jam 2.00 petang akan diadakan Sukaneka Rakyat Sempena Hari ibu. Kerja - kerja persiapan sedang giat dilaksanakan. Tahniah Lajnah Muslimat yang berjaya menyusun program kali ini.

Awal pagi Ahad 22 Mei pula, program Talk Show bersama Ibu Lin. Motivasi kekeluargaan. Semua dijemput hadir. Saksikan juga kehebatan anak - anak Tahfiz mendendangkan irama nasyid pada pagi tersebut. Penyampaian hadiah untuk pemenang acara - acara yang dipertandingkan juga akan diadakan pagi tersebut.

Pada malam Ahad hari yang sama juga Mesyuarat Agung Kali Ke 9 akan berlangsung. Urhhh!!! 3 program serentak. Mudah - mudahan Allah permudahkan urusan kita.

SK - Terimakasih atas Sumbangan beras dari Petronas dan Restoran Barkath untuk diagihkan pada ibu tunggal dan fakir miskin pada pagi tersebut. Jazakallah Khair

Sabtu, 14 Mei 2011

Al Fatihah - Kembali Ke rahmatullah



Al Fatihah - Dimaklumkan bapa kepada Ustaz Faid, Guru Tahfiz Pusat Tahfiz Ad Diniyyah telah kembali ke rahmatullah awal malam semalam. SK merakamkan ucapan takziah mewakili seluruh warga Ad Diniyyah kepada keluarga Allahyarham. Semoga allahyarham ditempatkan bersama para solihin.

Satu kutipan derma kilat telah dilancarkan malam tadi di Majlis kenduri doa selamat di rumah En. Zulfakar.

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un

SK - Tabung Derma kilat akan diteruskan malam ini.

Isnin, 9 Mei 2011

Persembahan Multimedia untuk AGM ke 9 siap akhirnya


Windows Live Movie Maker 2011

Alhamdulillah , malam ini, SK akhirnya berjaya menyiapkan Persembahan Multimedia untuk tayangan pada malam AGM ke 9, - 22 Mei 2011. Persembahan multimedia ini merangkumi aktiviti surau Ad Diniyyah sepanjang setahun yang lalu. Persembahan selama 12 minit ini mengambil masa yang lama juga untuk disiapkan.

Cerewet.

Cerewet, kerana banyak gambar yang hendak di pilih. Ada 16Gb gambar - gambar sepanjang 2010 - 2011 dalam hardisk. Kena pilih - pilih gambar yang sesuai. Cerewet, kerana kerja - kerja mengedit movie dan sound. Bagaimanapun Alhamdulillah akhirnya kerja siap juga, setelah beransur - ansur mencuri masa dengan menggunakan software Windows Live Movie Maker 2011.

Insyaallah selepas selesai AGM nanti, SK akan upload movie ini ke Youtube untuk tatapan pembaca Suraukini .

Sabor ye Yeop!!!

SK: Jemputlah datang ke malam AGM nanti , melihat hasil kerja keras SK hehehehe :)

Notis Perubahan Tarikh AGM 2011 - Harap Maklum!!


Ruj. Kami: ( JKSAD 10-13 /pekeliling 02 / 11)


7 MEI 2011
Kepada
Pengerusi Surau, Semua Ahli Jawatankuasa, Pegawai Syarak dan Wakil Muslimat,
Dan semua Muslimin dan Muslimat, Surau Ad Diniyyah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!!

PER: PEMBETULAN NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 9 SURAU AD DINIYYAH TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A SESI 2011 - 2012.

Perkara di atas adalah mohon dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut TELAH DITUNDA ke tarikh berikut atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan:

Tarikh : 22 MEI 2011
Hari : AHAD
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Surau Ad Diniyyah BBS 2A

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut

i. Ucapan Pengerusi Majlis & bacaan doa
ii. Ucapan pengerusi Mesyuarat Agung ke 9 Ustaz Azhari Bin Ibrahim
iii. Ucapan alu - aluan Pengerusi Surau Ad Diniyyah Tuan Haji Zulkifli Wahijan
iv. Ucapan Perasmian oleh Nazir Masjid Sg Tua. – Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Darudin
v. Membentang dan mengesahkan minit mesyurat Agung kali ke 8
vi. Membentang dan mengesahkan laporan tahunan sesi 2010-2011
vii. Membentang dan mengesahkan laporan kewangan sesi 2010-2011
viii. Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Badan Khairat Kematian sesi 2010-2011
ix. Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Pusat Tahfiz Ad Diniyyyah
x. Membahaskan usul – usul
xi. Ucapan penangguhan
xii. Jamuan Ringan

4. Semua usul untuk dibahaskan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha sebelum 15 Mei 2011

5.             Tuan / Puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Semoga Allah membalas segala amal dengan kebaikan.


Sekian Terima kasih

(Notis telah diedar ke peti surat rumah masing - masing )

Ahad, 8 Mei 2011

Notis awal - Perubahan Tarikh AGM Surau ke 9 Tahun 2011


Satu notis pekeliling  baru akan dikeluarkan berhubung penundaan tarikh baru Mesyuarat Agung Ke 9. Mesyuarat tersebut ditunda kerana beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan. Tarikh Baru mesyuarat Agung baru ialah

Tarikh : 22 Mei 2011
Hari : Ahad
Jam : 9.00 Malam
Tempat : Perkarangan Surau Ad Diniyyah.

Notis akan menyusul. Insyallah

MP Turun Padang melawat Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Kerajaan Prihatin


Rombongan YB. bergambar bersama Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah

Sabtu 07 Mei 2011 - Ahli Parlimen Selayang YB. William Leong (PKR) dan Penyelaras DUN Templer Tuan Haji Muhammad (Calon PAS DUN Templer) turun padang meninjau permasalahan penduduk setempat di Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A. Kehadiran beliau disambut oleh penduduk setempat.

Rombongan YB sempat singgah ke Pusat Tahfiz meninjau dan mendengar permasalahan yang diutarakan. Terimakasih YB dan rombongan . Semoga permasalahan yang diutarakan mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya dari pihak YB.

YB. Wiliam Leong berbaju merah , Hj Muhammmad berbaju hijau