Jumaat, 20 Mei 2011

Persiapan rapi 3 program besar esok dan lusa


Hari yang ditunggu - tunggu hampir tiba. Esok Sabtu 21 Mei 2011 mulai jam 2.00 petang akan diadakan Sukaneka Rakyat Sempena Hari ibu. Kerja - kerja persiapan sedang giat dilaksanakan. Tahniah Lajnah Muslimat yang berjaya menyusun program kali ini.

Awal pagi Ahad 22 Mei pula, program Talk Show bersama Ibu Lin. Motivasi kekeluargaan. Semua dijemput hadir. Saksikan juga kehebatan anak - anak Tahfiz mendendangkan irama nasyid pada pagi tersebut. Penyampaian hadiah untuk pemenang acara - acara yang dipertandingkan juga akan diadakan pagi tersebut.

Pada malam Ahad hari yang sama juga Mesyuarat Agung Kali Ke 9 akan berlangsung. Urhhh!!! 3 program serentak. Mudah - mudahan Allah permudahkan urusan kita.

SK - Terimakasih atas Sumbangan beras dari Petronas dan Restoran Barkath untuk diagihkan pada ibu tunggal dan fakir miskin pada pagi tersebut. Jazakallah Khair

0 ulasan: