Isnin, 9 Mei 2011

Notis Perubahan Tarikh AGM 2011 - Harap Maklum!!


Ruj. Kami: ( JKSAD 10-13 /pekeliling 02 / 11)


7 MEI 2011
Kepada
Pengerusi Surau, Semua Ahli Jawatankuasa, Pegawai Syarak dan Wakil Muslimat,
Dan semua Muslimin dan Muslimat, Surau Ad Diniyyah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!!

PER: PEMBETULAN NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 9 SURAU AD DINIYYAH TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A SESI 2011 - 2012.

Perkara di atas adalah mohon dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut TELAH DITUNDA ke tarikh berikut atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan:

Tarikh : 22 MEI 2011
Hari : AHAD
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Surau Ad Diniyyah BBS 2A

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut

i. Ucapan Pengerusi Majlis & bacaan doa
ii. Ucapan pengerusi Mesyuarat Agung ke 9 Ustaz Azhari Bin Ibrahim
iii. Ucapan alu - aluan Pengerusi Surau Ad Diniyyah Tuan Haji Zulkifli Wahijan
iv. Ucapan Perasmian oleh Nazir Masjid Sg Tua. – Tuan Haji Zainal Abidin Bin Mohd Darudin
v. Membentang dan mengesahkan minit mesyurat Agung kali ke 8
vi. Membentang dan mengesahkan laporan tahunan sesi 2010-2011
vii. Membentang dan mengesahkan laporan kewangan sesi 2010-2011
viii. Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Badan Khairat Kematian sesi 2010-2011
ix. Membentang dan mengesahkan laporan kewangan Pusat Tahfiz Ad Diniyyyah
x. Membahaskan usul – usul
xi. Ucapan penangguhan
xii. Jamuan Ringan

4. Semua usul untuk dibahaskan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha sebelum 15 Mei 2011

5.             Tuan / Puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Semoga Allah membalas segala amal dengan kebaikan.


Sekian Terima kasih

(Notis telah diedar ke peti surat rumah masing - masing )

0 ulasan: