Isnin, 9 Mei 2011

Persembahan Multimedia untuk AGM ke 9 siap akhirnya


Windows Live Movie Maker 2011

Alhamdulillah , malam ini, SK akhirnya berjaya menyiapkan Persembahan Multimedia untuk tayangan pada malam AGM ke 9, - 22 Mei 2011. Persembahan multimedia ini merangkumi aktiviti surau Ad Diniyyah sepanjang setahun yang lalu. Persembahan selama 12 minit ini mengambil masa yang lama juga untuk disiapkan.

Cerewet.

Cerewet, kerana banyak gambar yang hendak di pilih. Ada 16Gb gambar - gambar sepanjang 2010 - 2011 dalam hardisk. Kena pilih - pilih gambar yang sesuai. Cerewet, kerana kerja - kerja mengedit movie dan sound. Bagaimanapun Alhamdulillah akhirnya kerja siap juga, setelah beransur - ansur mencuri masa dengan menggunakan software Windows Live Movie Maker 2011.

Insyaallah selepas selesai AGM nanti, SK akan upload movie ini ke Youtube untuk tatapan pembaca Suraukini .

Sabor ye Yeop!!!

SK: Jemputlah datang ke malam AGM nanti , melihat hasil kerja keras SK hehehehe :)

0 ulasan: