Khamis, 30 September 2010

Masjid Babri : Keputusan Mahkamah hari ini. Kerajaan India berjaga - jaga


Penganut Hindu memusnahkan Masjid Babri

Masih ingatkah anda peristiwa yang menyedihkan berlaku ke atas umat Islam di India pada 6 Disember 1992? Umat Islam di bunuh, dan Masjid Babri, yang merupakan masjid yang tertua di India telah  dibakar dan dimusnahkan?

Hari ini, mahkamah akan memutuskan hak pemilik sebenar tapak tanah tempat masjid didirikan . Marilah kita sama - sama berdoa semoga hak umat Islam dikembalikan.

Video ini ialah rakaman yang menunjukkan bagaimana Masjid ini dimusnahkan oleh penganut Hindu



Berita

NEW DELHI: India mengerahkan puluhan ribu anggota polis dan tentera udara nya berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan keganasan apabila sebuah mahkamah memberikan keputusan mengenai kes perebutan tapak masjid di Ayodhya hari ini. Isu itu menghantui Parti Kongres yang memerintah India kerana keputusan berkenaan pasti akan mengecewakan satu daripada blok penyokong terbesarnya.

“Saya merayu supaya semua pihak menghormati keputusan mahkamah, kata Ketua Parti Kongres, Sonia Gandhi yang juga tokoh politik paling berpengaruh negara itu.

Kerajaan merayu penduduk bertenang sebaik saja mahkamah di utara India itu memutuskan hak terhadap tanah yang menempatkan sebuah masjid yang dibina sejak abad ke-16.Perebutan terhadap tapak masjid itu mencetuskan keganasan agama pada 1992 hingga menyebabkan lebih 2,000 orang terbunuh.

Keputusan mengenai perebutan itu, yang dianggap oleh Perdana Menteri, Manmohan Singh sebagai cabaran keselamatan terbesar negara berkenaan akan diumum sejurus sebelum Sukan Komanwel bermula di New Delhi pada 3 Oktober depan.

Masyarakat Islam dan Hindu bersengketa sejak lebih 100 tahun lalu mengenai sejarah Masjid Babri.Kaum Hindu mendakwa masjid berkenaan dibina di tempat kelahiran Raja Tuhan mereka, Rama, dan didirikan selepas negeri itu dikuasai oleh umat Islam pada abad ke-16.Mereka mahu membina sebuah kuil di tapak masjid berkenaan. Umat Islam Uttar Pradesh pula mahu masjid yang dirobohkan pelampau Hindu itu dibina semula.

Mahkamah, dalam keputusannya esok akan memutuskan tiga isu penting - siapa pemilik tanah berkenaan, sama ada tapak itu benar menjadi tempat kelahiran Rama, dan sama ada Masjid Babri dibina selepas sebuah kuil Hindu dirobohkan dan sama ada ia dibina menurut rukun Islam.

S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja









 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

1 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Salam,

Apa yang kakak baca terkini katanya saudara Islam kita dapat 1/3 hak dari masjid tersbut. 2/3 lagi diberikan kepada bukan Islam. Tetapi ketua masjid akan membuat permohonan mahkamah. Sedih.....