Isnin, 4 Oktober 2010

Keretapi Metro Makkah



Berita baik untuk bakal haji.

JEDDAH: Kereta Api Mashair juga dikenali sebagai Metro Makkah yang menghubungkan kawasan tanah suci Mina, Arafah dan Muzdalifa dengan Makkah akan menjalani ujian selama 30 hari sebelum ia digunakan untuk mengangkut jemaah tempatan dan negara Teluk pada musim haji akan datang.

Menteri Hal Ehwal Majlis Tempatan dan Luar Bandar, Putera Mansour bin Miteb akan memeriksanya esok untuk memastikan kemudahan itu sudah bersedia untuk mengangkut tetamu Allah. Kewujudan Metro Makkah akan membawa perubahan dramatik dalam pengangkutan jemaah antara kawasan tanah suci di Makkah.

Pembinaannya yang menelan belanja SR6.5 bilion (RM5.3 bilion) mampu mengangkut 72,000 jemaah sejam. Sembilan stesen dibina di Arafah, Mina dan Muzdalifah.

Ia adalah projek kedua terbesar dilaksanakan oleh kementerian berkenaan selepas Jambatan Jamrah di Mina, yang berharga SR4.5 bilion (RM3.7 bilion). Timbalan Menteri kementerian terbabit, Habib Zain Al-Abidine berkata, untuk fasa pertama, ia akan mempunyai 10 kereta api dengan setiap satu sepanjang 300 meter.

‘Setiap kereta api itu boleh membawa 3,000 penumpang.” Menurutnya, pihak berkuasa akan mengumumkan tambang kereta api itu selepas Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Naif membuat keputusan mengenainya. Fasa kedua projek itu akan menghubungkannya dengan Masjidil Haram di Makkah dengan sebuah stesen di Jalan Umm Al-Qura. Ia juga akan dihubungkan dengan Kereta Api Haramain yang menghubungkan Makkah dengan Madinah dan Jeddah. - Agensi

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 
 

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

1 ulasan:

Kakzakie berkata...

Salam,

Seronok melihat pembangunan di tanah suci. Akan datang tak perlulah berasak-asak dengan jalan jem dan sesak dari Arafah untuk ke Musdalifah dan seterusnya ke Mina.

p/s: jangan ada yang terlajak dari Arafah terus ke Mina sudahlah... he..he...