Ahad, 26 September 2010

Video biadab - Al Quran dibakar di Utara England



LONDON - Satu kumpulan lelaki yang terdiri daripada enam orang ditangkap selepas satu rakaman di YouTube menunjukkan mereka membakar satu kitab al-Quran di pekarangan sebuah pub di bandar Gateshead, utara England, pada ulang tahun serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), kata polis semalam.

Polis Northumbria menyatakan kumpulan lelaki itu dibebaskan selepas diikat jamin yang jumlahnya tidak didedahkan.Enam lelaki itu akan dihadapkan ke sebuah mahkamah untuk dibicarakan kerana melakukan perbuatan tersebut.

Berita tangkapan itu didedahkan untuk pengetahuan orang ramai semalam.Menurut polis, dua daripada enam lelaki itu ditangkap pada 15 September lalu manakala bakinya diberkas pada 22 September lepas.

Menurut sebuah akhbar semalam, dalam klip video YouTube itu, enam lelaki tersebut mengelilingi sebuah kitab al-Quran di pekarangan The Bugle Pun di Leam Lana, Felling di bandar Gateshead.Klip video itu menunjukkan wajah semua lelaki itu ditutup dengan sehelai kain. Keenam-enam lelaki itu menunjukkan kitab tersebut ke arah kamera.

Mereka kemudian mencurahkan minyak dari sebuah tin berwarna merah ke kitab berkenaan dan membakarnya. Seorang lelaki yang memakai seluar Adidas membuat beberapa isyarat kurang ajar ke arah kitab berkenaan sebelum ia dibakar.

Semua lelaki itu ditangkap selepas satu kontroversi melanda di AS apabila seorang paderi di Florida, Terry Jones menyatakan dia akan membakar al-Quran pada ulang tahun memperingati serangan pengganas 11 September 2001 di AS yang menyebabkan lebih 3,000 orang terbunuh. - Agensi

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umngok sila jwb...

Kakzakie berkata...

salam,

berjogetlah kau syaitan sekarang. tunggu.....musibah yang akan tiba. wahai mereka yang ada kuasa bertindaklah.....