Jumaat, 24 September 2010

AKTIVITI SETEMPAT: Majlis Jamuan Idul Fitri Setaman


PERSATUAN PENDUDUK TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A, SELAYANG, SELANGOR
27, Jalan 2A/5, Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, 68100 Batu Caves, Selangor

Ruj. kami : Bil( 03) PPBBSF2A/SP/2010
Tarikh : 24hb. September 2010

Kepada
Semua Penduduk
Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

MAJLIS JAMUAN IDUL FITRI 1431H ANJURAN BERSAMA PERSATUAN PENDUDUK, SURAU AD-DINIYYAH, PAS CAWANGAN DAN UPZ ZON SELAYANG SELATAN

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut

Tarikh : 03 OKTOBER 2010
Hari : AHAD
Masa : 9.00 PAGI – 1.00 TENGAHARI
Tempat : PADANG PERMAINAN TBBS2A

3. Pelbagai acara menarik turut disediakan termasuklah persembahan nasyid, ucapan selamat hari raya, permintaan lagu dan cabutan bertuah.

4. Bagi menjayakan majlis tersebut, pihak urusetia amat berbesar hati untuk menerima sumbangan dalam bentuk kewangan, makanan dan hamper. Untuk sebarang urusan sumbangan dan pertanyaan sila berjumpa dengan ketua jalan yang telah dilantik (lihat lampiran).

Sekian Terima kasih.

Yang Benar,
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN
BBS FASA 2A, SELAYANG, SELANGOR
Hj. Mohd Amin bin Othman
Setiausaha

JAWATANKUASA SAMBUTAN

Pengarah Program : Hj. Mohd Amin

Timbalan Pengarah 1 : En. Samsuddin
Timbalan Pengarah 2 : Hjh. Azizian
Setiausaha : Suraukini
Bendahari 1 : En. Arman
Bendahari 2 : Hj. Sapuan

AJK :-

1) Khemah: En. Azman
2) Banner : En. Mohd Amran
3) Sistem Siaraya : En. Izauddin
4) Pengacara Majlis : Ust Zaki
5) Makanan : Hjh. Norbaiti
6) Minuman Sejuk : Muslimah
7) Minuman Panas (Teh Tarik) : Faizalruddin
8) Rakaman Gambar dan Video : En. Sham / En. Aziz Taha
9) Satey Ayam / Daging  : En. Arman
10) Lemang (20 batang) : Hj. Sapuan
11) Arang bakar satey : En. Hamdan
12) Persiapan En. Zulkipli
13) Persembahan Nasyid: Sham

KETUA JALAN DAN MENU

2A/1 PAK HASHIM Sup Tulang/Roti
2A/2 PN. HJH. SAPIAH Nasi himpit kuah kacang
2A/3 PN. HAIZA Karipap Seri Muka
2A/4 PN. SITI AISHAH Laksa
2A/5 PN. HJH. NORBAITI Roti Jala / Kari Kambing
2A/6 PN. RAJA NOR AZILAH Nasi Dagang / Ikan Tongkol/Sambal Kelapa
2A/7 PN. EFFEZA Rendang Ayam / Daging
SA PN. BASIRAH Dadih / Buah-Buahan 200
SB PN. SURYANI Cendol / Desert


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja











Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: