Rabu, 2 Jun 2010

Kelar leher sendiri untuk pertahan Palestin? Jangan buat kerja ni!!

Kelar leher untuk pertahan Palestin?


Bunuh Diri untuk pertahankan Palestin??? Jangan buat kerja ini. Ini bukan kerja orang Islam . Bunuh diri adalah kerja sia - sia, mati masuk neraka tanpa hisab, pilihlah untuk mati syahid kerana anda akan masuk syurga tanpa hisab.

Lilit kepala nampak hebat, tapi tindakan tak hebat.


Lilit kepala nampak hebat


Sekadar nasihat untuk sahabat - sahabat yang penuh semangat

Sabda Rasullulah SAW. Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama - lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama - lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama - lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Berita Hari ini dari pelbagai sumber, malaysiakini dan akhbar 2 hari ini

Akibat tidak dapat mengawal perasaan, seorang warga Palestin yang menyertai demonstrasi mengutuk serangan berdarah komando Israel terhadap frotila bantuan untuk Gaza cuba membunuh diri menggunakan sebilah pisau.

Dalam kejadian di kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara pagi ini Moin Mohmed Habib yang menyertai ratusan NGO Melayu-Islam cuba melukakan lehernya dengan pisau pemotong kertas tetapi tindakannya itu dihentikan oleh orang ramai yang turut hadir.

Beliau kemudiannya membuka baju dan cuba melukakan bahagian perutnya pula sebelum dihentikan pula oleh beberapa orang pagawai polis yang mengawal keadaan. Lelaki yang memakai kain ikat kepala warna merah bertulis PERKASA itu dibawa ke hospital untuk dirawat. Dia juga dilaporkan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Cheras untuk membantu siasatan.

Lelaki Arab itu salah seorang dariapda 200 orang yang berkumpul di kedutaan negara sekutu rapat Israel itu di Jalan Tun Razak hari ini.

Bermula jam 10.30 pagi tadi, demontrasi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu bertujuan menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Amerika Syarikat.

Pada masa yang sama, kira - kira 300 lagi umat Islam berkumpul di bawah payung Lifeline4Gaza - MGO yang menyelaraskan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin daripada Malaysia.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja






















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: