Isnin, 31 Mei 2010

Balasungkawa Haji Zulkifli Muharram KSB .


SK menerima berita kematian Haji  Zulkifli Muharram sekitar jam 4.00 petang Sabtu lalu ketika berada di Ipoh. Agak terkilan juga kerana tidak dapat bersama sahabat yang lain menguruskan jenazah Allahyarham. Allahyarham adalah contoh pengusaha Agensi Umrah yang berjaya. Seorang yang tenang dan senang ketika bersamanya.

Kematian arwah mengingatkan SK kepada pertemuan kali terakhir dengannya. Pertemuan SK dengan arwah, kalau tidak salah ingatan, ialah pada malam - malam  terakhir Ramadhan tahun lepas, sewaktu berada di Tanah Suci Makkah. Kami bertemu di tingkat 2 di laluan Sofa Marwa, kemudian allahyarham membawa kami ke hotelnya berehat - rehat sambil berbual - bual selepas Tarawikh.

SK, Tuan Habib dan Allahyarham kemudian menuju ke Mat'am As Sofa Syisya Makkah Al Mukarramah. Sebuah Restoran Nasi Mandy yang terkenal di Makkah. Allahyarham melayan kami dengan baik , bersembang - sembang hingga lewat malam , sambil pekena nasi Mandy di Restoran yang terkenal itu.

Semua itu kini sudah menjadi kenangan, Allahyaraham telah ditakdirkan untuk kembali bertemu Tuhan Rabbul Jalil. Semoga keluarga Allahyarham tabah dalam menghadapi saat - saat sukar ketika ini.

Setiap yang bernyawa pasti bertemu dengan kematian. Kita juga pasti menyusul.

Al Fatihah untuk Arwah.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja












Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com



0 ulasan: