Selasa, 1 Jun 2010

Israel Laknat ganggu komunikasi antara Kapal Armada

Selasa, 01/06/2010 – “Kempen Eropah untuk Akhiri Pengepungan terhadap Gaza” menyebut bahawa beberapa kapal armada sedang mengalami gangguan komunikasi sesama mereka yang difahamkan bahawa itu adalah cubaan dari rejim Zionis, sebagai sebahagian daripada gerakan yang direka untuk mencegah armada dari mencapai tujuannya.

Ameen Abu Rashid, ahli kempen, salah seorang pengasas kapal armada, mengatakan bahawa kerajaan haram Israel, sedang cuba menggangu komunikasi jaringan tanpa wayar(wireless) yang digunakan antara kapal, selama mana kapal-kapal tersebut berpisah dari tempat berkumpul. Buat masa kini, juruteknik di dalam kapal sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini.

Ameen Abu Rashid, yang berada di dalam “Kapal 8000″, salah satu kapal “kebebasan”, mengatakan bahawa ada usaha untuk membolehkan lebih banyak ahli parlimen untuk bergabung dengan armada, namun telah dihentikan oleh pihak berkuasa Cyprus kelmarin. Beliau mengatakan bahawa kapal-kapal dijangka sampai pada tempat berkumpul pada petang Sabtu.

sumber : The Palestine Telegraph


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja












Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


0 ulasan: