Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Jumaat, 3 Disember 2010

Yahudi Rentung

HAIFA, Israel 3 Dis. – Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam satu kebakaran hutan di utara bandar Haifa hari ini, memaksa Israel meminta bantuan antarabangsa untuk mengawal kebakaran itu.
Menurut sumber polis, sebuah bas membawa pengawal penjara yang bergegas untuk menyelamatkan banduan di sebuah penjara di kawasan kebakaran telah terbakar menyebabkan kesemua pengawal itu terbunuh.

Pegawai berkata, beratus-ratus anggota bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran itu yang kini telah memusnahkan beratus-ratus hektar hutan. – AFP
APCO rentung
APCO

Medan Magnet berhampiran Madinah Al Munawarrah


Terletak di satu kawasan di luar kota Madinah Al Munawwarah. Kawasan ini mempunyai kuasa tarikan magnet yang luar biasa. Kereta bergerak dengan laju meskipun dalam posisi gear neutral. Lihat video amatur ini. Allah Maha Besar !!


Mungkinkah kuasa tarikan begini berada di Bermuda traingle yang penuh misteri?


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 



















 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Gambar Sekitar program hafazan hari pertama dan kedua

Peserta mengalihkan white board
Ustaz Hisham

Tekun
Generasi pelapis.
Penuh adab
Riadah
Ustaz Hanzalah
tekun menghafal

Khamis, 2 Disember 2010

Syeikh Idris Al Marbawi


Al Marhum Syeikh Idris Al Marbawi

Berikut adalah biodata ringkas ulama' Nusantara yang masyhur pengarang kitab Bahrul Mazi. Syeikh Idris Al Marbawi. Al Fatihah!

Syeikh Idris dilahirkan di sebuah kampung bernama Misfallah di Makkah pada 28 Dzulkaedah 1313 Hijrah bersamaan 10 Mei 1896. Ibu bapa beliau berasal dari Kampung Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Ketika berusia 10 tahun, beliau sudah mampu menghafal kitab suci Al-Quran sebanyak 16 juzuk, di samping beberapa buah kitab lain. Pada tahun 1323 Hijrah, beliau pulang ke Malaysia bersama-sama keluarga.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Melayu Lubok Merbau (kini dikenali Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi). Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya di beberapa buah sekolah pondok, antaranya Pondok Wan Mohammad, Bukit Chandan, Kuala Kangsar (kini dikenali sebagai Madrasah Idrisiah), Pondok Tuan Hussien Al-Masudi (Kedah), Pondok Syeikh Ahmad al-Fatani (Bukit Mertajam) dan Pondok Tok Kenali (Kelantan). Setelah menamatkan pengajian, beliau bertugas sebagai guru agama di Perak.

Pada tahun 1924, beliau menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir, dan berjaya memperoleh Ijazah 'Aliyah (tertinggi). Beliau merupakan anak jati Perak pertama berjaya melanjutkan pengajiannya di Makkah. Semasa berada di sana, beliau menyusun kamus Arab-Melayu atau dikenali sebagai Kamus Al-Marbawi yang diterbitkan dalam tahun 1937 dan telah diulang cetak lebih daripada 24 kali. Kamus ini pada mulanya disusun oleh tiga orang iaitu beliau sendiri, Syeikh Juned Tola, dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Namun, ketika dua tokoh yang terakhir ini kembali ke tanah air, karya itu diteruskan sendiri oleh Syeikh Idris al-Marbawi sebagai pengarang kamus tersebut.

Walaupun belum puas mencurahkan bakti dan ilmu kepada seluruh umat manusia, ternyata Allah SWT lebih menyayangi beliau. Beliau telah kembali ke Rahmatullah ketika berusia 93 tahun pada hari Jumaat, 13 Oktober 1989, jam 8.30 pagi di Hospital Besar Ipoh, Perak. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak, bersebelahan pusara isteri beliau, Khadijah binti Mohamad Idham yang telah meninggal dunia 14 bulan sebelum itu. Beliau telah meninggalkan seorang anak perempuan, tiga orang cucu dan tujuh orang cicit yang tinggal di Malaysia. Di samping itu beliau telah meninggalkan balu kedua, Hajjah Munirah binti Abdul Wahab yang menetap di Mesir.

Bagi mengenang jasa beliau, namanya telah diabadikan di sebuah kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan dikenali sebagai Kolej Idris al-Marbawi. Namanya juga diabadikan di sekolah tempat beliau menuntut ilmu di Kampung Lubok Merbau iaitu Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi.
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 1 Disember 2010

Mati ketika sujud. Sudah begitu takdirNya


Apabila sampai ajalnya , tidak dilewatkan walau sesaat dan tidak dicepatkan walau sesaat. Semuanya atas ketentuan Allah yang telah tercatat di Luh mahfuz. Video ini merakamkan seorang lelaki menghadapai saat - saat kematian ketika bersolat.

Semoga dia dan kita ditempatkan di kalangan orang soleh.
 

 





Jadual Kuliah Bulan Disember 2010




Insyaallah , Jadual ini akan di update dari masa ke semasa. Ada beberapa orang Ustaz yang belum dapat disahkan kehadirannya

02.12.10 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - Bimbingan Mukminin
04.12.10 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
04.12.10 - Sabtu - Ustaz Muda Bin Abdullah
07.12.10 - Selasa - Ustaz Ramli Wahab - Aqidah
09.12.10 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - Bimbingan Mukminin
11.12.10 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
12.12.10 - Ahad - Ustaz Zulkifli Ahmad - Kitab Bahrul Mazi Jilid 17
13.12.10 - Isnin - Ustaz Khairul Zaman - Tafsir Surah Al Baqarah
14.12.10 - Selasa - Ustaz Fauzan Mazlan - Al halal Wal Haram Fil Islam
15.12.10 - Rabu - Ustaz Ahmad Awang - Al Islam
18.12.10 - Sabtu - Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
18.12.10 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil - Riyadus Solihin
20.12.10 - Isnin - Ustaz Sidek Noor- Minhajul Abidin
22.12.10 - Rabu - Ustaz Zaki Madzar - Mat'lau'l Badrain
24.12.10 - Jumaat - Ustaz Sobri Mat - Pendidikan Anak - anak Dalam Islam
25.12.10- Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
25.12.10 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil - Riyadus Solihin
26.12.10 - Ahad - Kuliah Subuh Ustaz Mustafa Desa
27.12.10 - Isnin - Ustaz Nazmi Abdul Karim

Gambar sekitar perasmian Program hafazan dari cinagambar


Peserta lelaki
Peserta Perempuan

motivasi keibubapaan
Penyerahan anak - anak kepada urusetia

Selasa, 30 November 2010

Majlis Perasmian Program Hafazan cuti sekolah Meriah


Sebahagian peserta Hafazan cuti sekolah

Majlis Perasmian Program Hafazan cuti sekolah 2010 berlangsung dalam suasana meriah malam ini. Majlis dimulakan dengan ucapan motivasi keibubapaan oleh Ustaz Azhari Ibrahim. Seramai 51 pelajar telah mengesahkan kehadiran.
Mendengar arahan

Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Zulkifli Wahijan menandakan bermulanya program selama 14 Hari. 5 orang guru telah diamanahkan untuk mendidik anak - anak dalam tempoh tersebut. Majlis penyerahan anak - anak oleh ibu bapa kepada urusetia program berlangsung dalam suasana ceria dan penuh simbolik.

Terimakasih kepada semua ibu bapa yang prihatin terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak surau.
Penyerahan anak - anak oleh ibu bapa kepada urusetia program

Tunggu gambar - gambar menarik dari cinagambar

Sabtu, 27 November 2010

Majlis Pembukaan Program Tahfiz Cuti Sekolah



Semua ibu bapa Peserta Program tahfiz diwajibkan menghadiri majlis tersebut pada

Hari : Selasa
Tarikh : 30 November 2010
Masa: 7.45 Malam
Aturcara:

7.20 Solat Maghrib
7.45 Motivasi ibu bapa oleh Ustaz Azhari Ibrahim
8.45 Solat Isyak
9.10 : Majlis penyerahan anak - anak kepada urusetia Program


Suraukini melaporkang dari Tingkat Lapang Hotel, Trengganu Darul Imang 

Jumaat, 26 November 2010

Nenek Barrack Obama selesai mengerjakan Haji


RIYADH: Nenek Presiden AS Barack Obama dari Kenya yang masih berada di Mekah selepas menunaikan Haji berkata beliau telah berdoa supaya pemimpin Amerika itu memeluk Islam, lapor sebuah akhbar, kelmarin.

"Saya berdoa agar cucu saya Barack memeluk Islam," kata Haja Sarah Omar, 88, dalam satu temubual bersama akhbar Al-Watan di Jeddah selepas beliau selesai menyempurnakan ibadah Haji.Akhbar tersebut melaporkan bahawa Haja Omar was berada di Arab Saudi bersama anak lelakinya Saeed Hussein Obama, dan empat orang cucunya sebagai tetamu kepada Raja Abdullah. Haja Omar memberitahu yang beliau hanya boleh membincangkan tentang perkara berkaitan Haji dan tidak akan membuat sebarang ulasan tentang politik Obama.

"Saya berasa amat gembira apabila mengenang kembali tentang guru saya yang sering bercerita tentang Makkah dan Madinah semasa kecil," kata Haja Omar, yang dibesarkan di kampung Koglilu, barat Kenya.

Bagaimanapun, apabila ditanya tentang jangkaanya samada Obama boleh memenangi penggal kedua di White House, Haja tertawa kecil sambil memandang anaknya Saeed Obama dan cucu-cucunya, "Hanya Allah yang mengetahui, kerana ianya tentang masa depan yang tidak diketahui."

Haja juga berdoa agar Raja Abdullah cepat sembuh, dan berkata bahawa raja adalah seorang yang sangat baik hati. Putera Mamdouh mengadakan majlis makan malam sebagai menyambut kedatangan Haja, anak-anak dan cucu-cucunya ke istana beliau di Jeddah, Rabu lalu.

Faisal Ambuya, salah seorang sepupu Obama, yang memeluk Islam melalui Haja berkata, "Nenek saya suka mengajak orang bukan-Islam kepada Islam dan saya banyak belajar tentang Islam daripadanya.""Bila pulang ke kampung saya nanti, saya akan memberitahu penduduk kampung tentang kekuatan Islam," katanya.

Bapa saudara Obama, Saeed pula berkata beliau tidak pernah terfikir untuk dapat menunaikan ibadah Haji tahun ini. "Saya berasa amat gembira kerana boleh dapat melakukan ibadah ini. Saya bersyukur kepada Allah dan amat berterimakasih kepada Raja Abdullah kerana menjadikan kami sebagai tetamu Haji ."

Perbelanjaan ibadah Haji mereka dibiayai sepenuhnya oleh A-Fahim (gambar), seorang hartawan hartanah UAI yang juga seorang duta PBB.Sementara itu, Musa Ismail, salah seorang sepupu Obama, yang bertindak sebagai jurucakap dan penterjemah bagi pihak keluarga Haja, sekarang ini menuntut di Universiti Islam Madinah.