Selasa, 30 November 2010

Majlis Perasmian Program Hafazan cuti sekolah Meriah


Sebahagian peserta Hafazan cuti sekolah

Majlis Perasmian Program Hafazan cuti sekolah 2010 berlangsung dalam suasana meriah malam ini. Majlis dimulakan dengan ucapan motivasi keibubapaan oleh Ustaz Azhari Ibrahim. Seramai 51 pelajar telah mengesahkan kehadiran.
Mendengar arahan

Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Zulkifli Wahijan menandakan bermulanya program selama 14 Hari. 5 orang guru telah diamanahkan untuk mendidik anak - anak dalam tempoh tersebut. Majlis penyerahan anak - anak oleh ibu bapa kepada urusetia program berlangsung dalam suasana ceria dan penuh simbolik.

Terimakasih kepada semua ibu bapa yang prihatin terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak surau.
Penyerahan anak - anak oleh ibu bapa kepada urusetia program

Tunggu gambar - gambar menarik dari cinagambar

0 ulasan: