Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Rabu, 20 November 2013

Peter Sanders peluk Islam sebab kamera. Jom layan gambar menarik karya beliau.


Peter Sanders
Wajahnya sejernih jiwanya
 
Jurugambar professional Peter sanders. Lelaki ini peluk Islam sebab kamera. Dengan izin Allah, pintu hatinya terbuka untuk memeluk Islam selepas beliau merakam gambar umat Islam sedang menunaikan solat.
 
 
 
Jom layan gambar - gambar hasil karya beliau di sini
 

Komen ustaz Azhar Idrus tentang Peter Sanders
 

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 






Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Selasa, 19 November 2013

Jom saksikan video kawasan persekitaran Villa Nabila yang dikatakan misteri

Villa Nabila


Kecoh sejak beberapa hari lepas berita kehilangan misteri beberapa orang remaja di villa ini. Jom saksikan video berdurasi 10 minit. Suasana suram dan seram.

 

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja






 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
 
 

Isnin, 18 November 2013

Seram dan Misteri - 23 Remaja Hilang di Villa Nabila, Johor Bahru JB. Berita ni benar atau palsu? Ikuti video kenyataan polis


Villa Nabila yang seram .

Mangsa yang hilang sehingga hari ini ialah Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun.

Didakwa kali terakhir ibunya melihat remaja itu masuk ke perkarangan Villa Nabila namun tidak diketahui ibunya dengan siapa. Menurut wartawan itu, rakan Mohd Izzat turut melihat dia masuk ke kawasan rumah kosong itu bersama rakan tetapi tidak dapat dipastikan berapa ramai jumlah sebenar.

Kawasan Villa Nabila kini ditutup pihak polis.


Saksikan suasana persekitaran villa Nabila yang menyeramkan dalam video ini
------------------------------------------------------------------------------
Berita hangat yang tersebar di blog dan fb.

Pada Sabtu lalu, iaitu 16 November dikatakan 30 orang berumur dalam lingkungan 20 tahun telah masuk ke kawasan Villa Nabila di Johor Baru, sengaja merayau - rayau kononnya untuk menjejaki makhluk ghaib dan mistik termasuk hantu. Namun yang berjaya keluar hanya tujuh orang, 23 yang lain dilapor hilang.

Villa Nabila adalah banglo tinggal usang terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor dan berada di dalam kawasan pembangunan Danga Bay. 

Kisah ini menjadi kecoh di laman Twitter dan blog menyebabkan kesesakan berlaku di depan Pantai Lido seawal pagi tadi. Kesesakan juga telah berlaku dari Jalan Skudai ke Danga Bay  untuk orang ramai mengetahui lebih dekat.

Polis Johor sahkan hanya seorang remaja, bukannya 23 orang yang hilang. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.
 
KENYATAAN PIHAK POLIS BERHUBUNG KEJADIAN
 

S U R A U K I N I


Menyokong penuh usaha


Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak

Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


 
















 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


Ahad, 17 November 2013

Jom! Dengar bacaan Surah al Kahfi oleh Syeikh Misyari Rasyid Al Afasy versi 2013

Sheikh Misyari Rasyid Al Afasy

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.  Ia merupakan surah Makkiyah.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
 
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.  Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.  Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.  Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.
 
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
 
 
Hadith berkaitan Surah Al Kahfi
 
1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
 
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  
 
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
 
2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya
 
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 
 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
 
3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
 
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 
 
(HR Muslim 809)
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja






 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jumaat, 15 November 2013

Jom! Bersama Iwan (bekas penyanyi Dangdut) di Majlis Pelancaran Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh!!

Artis Iwan Dangdut

Program padat sehari suntuk. Sure meriah dan meletop! Jom serbu Konsert amal Jalinan Ukhuwwah anjuran Madrasah Idrisiah Sungai Betul Bagan Datoh Perak. Pelbagai acara menarik disediakan,

Tarikh : 30 November 2013
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Malam
Tempat : Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
 
 



S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja













Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Raksasa aneh muncul di vietnam selepas Taufan Haiyan



Subhanallah! Ada lagi jenis binatang yang kita belum pernah tengok di dunia.

 

 


S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja









 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 13 November 2013

Gambar kapal diseret ke daratan - Taufan Haiyan sehebat Tsunami - Allah Maha Hebat!

 
Taufan Haiyan membunuh ribuan warga Filipina. Impak super storm ini menyamai kehebatan Tsunami. Manusia sungguh kerdil. Hebatnya Allah!
 
 

S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 












Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Wanita Kristian beroleh ketenangan selepas bertudung

Maria Solastri
 
KOTA BHARU: "Saya menghantar anak saya ke Pasti kerana saya merasakan bahawa pendidikan agama yang menjamin masa depan anak saya," kata Maria Solastri, seorang warga negara Indonesia beragama Kristian yang menghantar anak lelakinya di sebuah Pasti dalam kawasan Kota Bharu.
Beliau dijemput berucap berkongsi pengalaman dalam Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha' Kampung Puteh, dekat sini yang dirasmikan oleh Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat.

Suami Maria berbangsa Tionghua berasal dari Johor dan sekarang menetap di Kelantan.

Menurut beliau lagi, kehidupannya sebelum ini seperti penganut Kristian lain yang hidup dalam keadaan sosial dan berpakaian tidak menutup aurat.

"Tetapi apabila saya datang ke Kelantan dan melihat wanita Kelantan menutup kepala dan aurat sempurna, tergerak hati saya untuk melakukannya.

"Apabila saya berpakaian seperti ini saya dapat merasa suatu ketenangan yang belum pernah saya rasa,"
ujarnya yang memukau perhatian yang hadir.

Sebelum itu Dr Ramli dalam ucapannya berkata bahawa kurikulum yang digubal dan digunakan oleh Pasti mendapat pengiktirafan antara kurikulum pendidikan pra sekolah yang terbaik dalam negara.

Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha' yang berusia setahun itu turut diserikan dengan pertandingan mewarna hampir 50 orang kanak-kanak, pelbagai persembahan, pertandingan fesyen dan cabutan bertuah. -HD
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Selasa, 12 November 2013

Wakaf Rehal dan Al Quran untuk Pusat Tahfiz Idrisiah - Kemasukan Pelajar 2014

 
 
Wakaf Rehal dan Al quran untuk kegunaan pelajar Tahfiz PTI
(10 set sahaja)

Peluang untuk beramal jariah. Wakaf Rehal dan Al Quran utk kegunaan Pelajar Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak. Harga Al Quran RM15.00 dan Rehal RM35.00 sahaja.

Berhajat Hubungi Lokman 0195515179 / 014 7399781 / 019 574 4007


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha 

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 










Ahad, 10 November 2013

Montaj Pelancaran Pusat Tahfiz Idrisiah - Pelancaran PTI 30 November 2013



SK ucapkan tahniah atas usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Madrasah Idrisiah Sungai Betul Bagan Datoh Perak untuk menubuhkan sebuah Pusat Tahfiz. Insyallah Pusat Tahfiz Idrisiah akan mula beroperasi pada awal tahun 2014.

Insyallah SK akan memberi sokongan padu atas usaha yang dijalankan oleh jawatankuasa Madrasah. Sedikit pengalaman di Pusat Tahfiz Ad Diniyyah akan SK kongsikan bersama barisan kepimpinan Pusat Tahfiz Idrisiah.
 
Semoga usaha yang kecil ini diberkati Allah. Jom bersama SK membantu PTI.
 
Majlis pelancaran PTI akan diadakan pada 30 November 2013. Jemput hadir meriahkan Karnival yang hebat ini.
 
Tahniah Saudara Lokman (anak muda berjiwa besar) yang berjaya menyiapkan montaj PTI ini.
 
 

 
S U R A U K I N I
 
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 
"Yang kamu semai, itulah yang kamu tuai"
 
 





 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com