Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Syeikh Misyari Al Afasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syeikh Misyari Al Afasi. Papar semua catatan

Isnin, 3 November 2014

سورة يوسف - مشاري راشد العفاسي Surah Yusuf oleh Misyari Rasyid Al Afasi - Tafsir oleh Ustaz Shamsuri Haji Ahmad



Bacaan Surah Yusuf oleh Misyari Rasyid Al Afasi. Tafsir Surah Yusuf oleh Ustaz Dato' Haji Shamsuri Bin Haji Ahmad.



Tafsir Surah Yusuf lengkap oleh Ustaz Shamsuri Haji Ahmad

<

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Ahad, 17 November 2013

Jom! Dengar bacaan Surah al Kahfi oleh Syeikh Misyari Rasyid Al Afasy versi 2013

Sheikh Misyari Rasyid Al Afasy

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.  Ia merupakan surah Makkiyah.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
 
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.  Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.  Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.  Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.
 
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
 
 
Hadith berkaitan Surah Al Kahfi
 
1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
 
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  
 
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
 
2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya
 
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 
 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
 
3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
 
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 
 
(HR Muslim 809)
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja






 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Isnin, 23 Januari 2012

PERCUMA!! Download MP3 AL Quran berserta terjemahan di sini!!



PROMOSI HEBAT PERCUMA HINGGA HARI KIAMAT !!! UNTUK BEKALAN DI ALAM KUBUR YANG GELAP GELITA - DOWNLOAD AL QURAN TERJEMAHAN DI SINI!!

Dengarkan kesyahduan bacaan Syeikh Abdul Rashid Misyari Al Afasi beserta terjemahan Bahasa Melayu Indonesia . Download dan anda boleh mendengar ayat - ayat suci Al Quran sambil mengetahui terjemahannya. Al Quran dalam format MP3 ini boleh di download, simpan dalam komputer, Ipad, tablet PC, pendrive, burn dalam cd atau pelbagai gajet terkini.

Sambil - sambil bersantai , sambil - sambil memandu kenderaan sambil mendengar bacaan Al Quran dan terjemahannya. :)

Sebarkan MP3 ini! Sabda Rasululllah S.A.W.

“Barang siapa yang menunjuk satu jalan ke arah kebaikan, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang melakukan (kebaikan) itu.” (Hadis riwayat Muslim)

Klik surah pilihan untuk Download.


Dapatkan pahala mudah . Multilevel Marketing ( MLM) yang paling menguntungkan. Sebarkan MP3 Al Quran ini. Sebarkan di blog anda . Sebarkan di facebook anda. Sebarkan di Twitter anda!

Terimakasih tidak terhingga kepada mereka yang terlibat dalam proses merakam , memuat naik semua rakaman di atas.


Sebarkan link ini



INGAT!!
“Barang siapa yang menunjuk satu jalan ke arah kebaikan, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang melakukan (kebaikan) itu.” (Hadis riwayat Muslim)

Pahala orang mendengar Bacaan Al Quran?

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mendengar satu ayat dari kitab Allah nescaya ditulis untuknya satu kebaikan yang berlipat ganda, dan barangsiapa yang membacanya maka baginya cahaya pada hari kiamat nanti.” (Hadis dhaif, HR Imam Ahmad).


Kelebihan orang mendengar AL Quran?
 
1.

Dapat menghilangkan kekotoran hati dengan banyak berzikir, banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.


2.

Orang yang membaca Al-Quran dan berzikir akan dikunjungi para malaikat dan syaitan tidak akan memasuki rumah yang sentiasa didengari Al-Quran dan berzikir. Ahli keluarga rumah tersebut akan dilindungi dari gangguan syaitan.

3.

Orang yang berzikir atau berzikir di dalam kumpulan dan ikhlas kepada Allah akan dipuji oleh Allah. Mereka juga akan dilimpahi rahmat oleh Allah.

4.

Orang yang membaca, mendengar Al-Quran, berzikir dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, akan dilapangkan dadanya dan ditenteramkan hatinya daripada masalah-masalah dunia.

5.

Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, nescaya Allah akan sentiasa bersamanya dan orang tersebut akan lebih khusyuk beribadah kepada Allah

6.
Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat pengajian atau ibadah dengan ikhlas hatinya, maka dia dapat mendidik nafsunya ke arah jalan kebaikan dan diredhoi Allah.

7.
Memperolehi pahala dan rahmat Allah dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, Dalam masa yang sama Allah akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman orang tersebut. Al-Quran dan berzikir merupakan penawar bagi hati yang paling mustajab.



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf  Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja

Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A