Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Khamis, 14 Februari 2013

Gambar dan Video Sekitar Pembinaan Masjidil Haram Makkah Mukarramah 2013

Masjidil Haram - 7 Februari 2013

Hampir 20 - 30 peratus ruang dalam Masjidil Haram kini dipecahkan untuk kerja - kerja peluasan Masjid. Saksikan gambar - gambar dan video terkini dari Kota Suci . Dua menara di Bab Al Fatah dibesarkan.
Menara Babul Fatah ditinggikan





K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja


Rabu, 13 Februari 2013

Kisah Tuan Guru Dato' Dr Haron Din mencium rambut Rasulullah S.A.W



Ikuti kisah yang diceritakan oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din Al Hafiz pengalaman beliau berpeluang mencium rambut Rasulullah S.A.W.
 
 


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf  Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja

Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Video - Buaya terbesar di dunia

SK teringat kata - kata Ustaz Yusaini Yahya. Manusia bersedih bila badak, harimau dan buaya pupus. Tapi tiada siapa yang bersedih bila ulama' pupus.
SYDNEY - Seekor buaya gergasi sepanjang 5.48 meter yang bernama Cassius memperoleh semula gelaran sebagai buaya terbesar di dunia yang dipelihara di dalam kurungan, lapor agensi berita dpa semalam.
Cassius dipamerkan kepada orang ramai di taman buaya Marineland Melanesia, Pulau Green yang terletak dekat Cairns, Australia. Buaya jantan itu seberat satu tan dan berumur 110 tahun. Reptilia tersebut memperoleh semula gelaran itu selepas seekor buaya gergasi sepanjang 6.17 meter yang bernama Lolong mati di sebuah taman ekopelancongan di Bunawan, selatan Filipina pada Ahad lalu.
Bedah siasat dilakukan bagi mengetahui punca kematian buaya air masin itu yang dianggarkan berusia sekitar 50 tahun. Sebelum mati, buaya itu dikatakan menelan tali pintal. Bagaimanapun, bedah siasat itu mendapati tiada benda ganjil seperti tali pintal itu yang ditemui di dalam perutnya.
Ketua Biro Hidupan Liar dan Perlindungan di Filipina, Mundita Lim berkata, punca kematian haiwan itu akan diketahui hujung minggu ini.
Buaya jantan itu ditangkap oleh penduduk dan pakar-pakar haiwan tersebut di sebatang anak sungai pada September 2011 selepas ia dipercayai membaham kepala seorang kanak-kanak perempuan. "Kami berasa kecewa terutamanya George Craig," kata Billy Craig yang merupakan cucunya ketika mengulas tentang kematian Lolong.
"Dia (George) merupakan seorang pemburu buaya di sini dan pengasas taman itu.

"Justeru, kematian itu adalah sesuatu yang menyedihkan walaupun ia menjadikan Cassius sebagai 'raja' semula," tambahnya. Menurut Billy, pihak Guinness Book of World Records menghubungi pihak taman itu selepas Lolong mati. "Menurut pihak Guinness Book of World Records, rekod itu akan dikembalikan semula kepada kami. "Ia baik untuk perniagaan," tambahnya.
Cassius ditangkap di sebatang sungai di Wilayah Utara, Australia selepas haiwan itu menyerang bot-bot dan enjin motor sangkut. Reptilia itu dijual kepada George yang membawanya ke Pulau Green. Menurut Billy, adalah sesuatu yang menyedihkan kerana Lolong mati terlalu muda. "Cuba bayangkan apakah saiz haiwan itu jika ia boleh hidup selama 50 tahun lagi?" katanya. - Agensi




SK : Teringat kata - kata Ustaz Yusaini Yahya. Manusia bersedih bila badak, harimau dan buaya pupus. Tapi tiada siapa yang bersedih bila ulama' pupus.

Jom bersama kami membina generasi pelapis ulama'


Khamis, 7 Februari 2013

Majlis Dialog Bersama Ibu Bapa Pelajar Pusat Tahfiz Ad Diniyyah




 
Satu majlis dialog antara AJK Pusat Tahfiz Ad Diniyyah dengan ibu bapa pelajar Pusat Tahfiz Ad Diniyyah akan diadakan pada masa dan tarikh seperti berikut.

Hari : Ahad
Tarikh : 17 Februari 2013
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

Semua Ibu bapa pelajar Tahfiz dan AJK PTA dijemput hadir ke majlis tersebut. Antara agenda utama majlis ini ialah ke arah menubuhkan PIBG Pusat Tahfiz Ad Diniyyah.






Al fatihah untuk Allahyarham Azli Paat

 
Allahyarham Azli Paat Al Fatihah
 
 
Banyak ilmu tentang IT yang SK pelajari dari Allahyarham. Walau tidak pernah bersua dan hanya mendengar suaranya melalui corong radio, ilmunya tetap sampai. Seorang yang tidak lokek ilmu. Semoga Allah membalas amal baiknya dengan kebaikan. Takziah untuk keluarganya!

KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam ini. Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira jam 7 malam. 

Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya. Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan. Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi esok.

Azli adalah pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain.

 
Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi. Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24.

Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula jam 7.30 pagi setiap hari.  Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007.

"Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri," katanya.









Doa dimakbul, hasrat tercapai - Van jatuh dari Langit!!

 
 
Malam tadi, Majlis Penyerahan Van Wakaf kepada Pusat Tahfiz Ad Diniyyah berjalan dengan santai dan ceria. Syukur kepada Allah, kerana benar janjiNya seperti yang disebut di dalam Al Quran

"Sesungguhnya Kami lah yang menurunkan Az Zikr (Al Quran) dan sesungguhnya Kami juga lah yang memeliharanya"
 
Alhamdulillah hajat termakbul. Doa diterima. Allah utuskan Srikandi84 untuk membenarkan firmanNya itu. Akhirnya van jatuh dari langit!
 
SK mengucapkan tahniah kepada semua urusetia yang terlibat malam tadi. Terima kasih tak terhingga kepada Srikandi84 kerana memilih untuk menginfaqkan harta, masa dan tenaga di jalan ini!!
 
Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan!
 
Yang Kamu semai, itulah yang kamu tuai.
 
SK: Gambar majlis malam tadi akan menyusul. Insyallah!!







Pembinaan Asrama Baru Pelajar Tahfiz



Wakaf Bangunan PTA
(PTA Pusat Tahfiz Ad Diniyyah)


Jom sebarkan gambar ini di Facebook, blog dan lain - lain. Bantu kami merealisasikan hasrat untuk membina Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah.

“Barang siapa yang menunjuk satu jalan ke arah kebaikan, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang melakukan (kebaikan) itu.” (Hadis riwayat Muslim)

 Pusat Tahfiz Ad Diniyyah telah didaftarkan di bawah JAIS. Kami telah mula beroperasi sejak Januari 2011. Sebahagian pelajar Tahfiz di PTA adalah anak - anak yatim. Kini kami sedang merancang untuk menambah bangunan asrama Pusat Tahfiz yang boleh menampung pelajar yang lebih ramai.

Alhamdulillah kini kami sudah melahairkan beberapa orang hafiz!!

Info seterusnya klik sini










Selasa, 5 Februari 2013

Takziah ! Maahad Tuan Guru Haji Hadi Di Rusila Terbakar

 
 
Assalamualaikum, Takziah diucapkan kepada semua... pihak Pengurusan, tenaga pengajar serta pelajar Maahad Darul Quran Rusila diatas kebakaran asrama pelajar lelaki sebentar tadi. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Insya'Allah asrama ini akan dibangunkan secepat mungkin.
Kepada semua dermawan boleh menyumbang terus ke akaun Bank Muamalat : 13010004244716 (Unit Pembangunan MDQ) atau Bank Islam Malaysia : 13017010080345 (Dana MDQ).
Terima Kasih.
 
 

 
 

 
 
 

Ahad, 3 Februari 2013

Pelajar Ad Diniyyah di Studio TV9



Muhammad Aidil berjubah, dalam Rancangan Pesan Atok di Studio NTV7 Shah Alam pagi tadi.

Pagi tadi SK dan beberapa rakan lain berkesempatan menemani adik Aidl mengikuti rakaman Rancangan Pesan Atok. Rancangan ini dihoskan oleh Al Fadhil Ustaz Dato' Hassan Din Al Hafiz yang disiarkan di Saluran TV9. Pelajar Tahfiz, Adik Muhammad Aidil telah diberi peluang oleh pihak TV9 untuk memperdengarkan laungan azan ala Syeikh Ali Ahmad Mulla, Bilal Masjidil Haram.
 
Nantikan rancangan ini yang bakal ke udara di TV9.
 
Tahniah sekali lagi kepada Aidil!
 
Insyaallah video sedutan rakaman SK akan uploadkan dalam waktu terdekat. :)
 
Taklimat sebelum rakaman bermula
 
Menggigil lutut ku.. ha!ha! ha!
 









 
Aidil bersama Atok 
 
 


 

Jumaat, 1 Februari 2013

Hebahan Setempat: Perbaharui Keahlian Badan Khairat Kematian mulai sekarang!



 
 
Setiap yang bernyawa pasti menempuh saat kematian!!


Kepada semua penduduk
Taman Bandar Baru Selayang 2A,
Batu Caves
 
Notis Pembaharuan Keahlian Badan Khairat Kematian Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A

 Tempoh tamat Keahlian akan berakhir pada 15 Februari 2013.
 
YURAN AHLI
  • Ahli Baru - Pendaftaran RM10.00 + Yuran tahunan RM50.00
  • Ahli Lama - Yuran Tahunan Sahaja RM50.00
  • Suami dan isteri adalah digalakkan untuk menjadi ahli.
  • Ahli Baru perlu mengisi borang yang disediakan dan menyertakan salinan kad pengenalan sendiri dan pasangan serta salinan surat beranak anak
  • Ahli lama yang mempunyai tambahan jumlah tanggungan hendaklah menyerahkan salinan surat beranak kepada setiausaha./ bendahari
  • Keahlian terbuka kepada semua penduduk Islam yang menetap di Kariah Masjid Sungai Tua
  • Sila dapatkan borang di Surau Ad Diniyyah TBBS2A atau hubungi setiausaha
  • Sila serahkan borang pendaftaran dan wang yuran keahlian kepada setiausaha, pengerusi atau bendahari
  • Surau Ad Diniyyah. Resit rasmi akan dikeluarkan.
Jika berlaku kematian atau kemusykilan tentang keahlian sila hubungi talian berikut - Bendahari Haji Sapuan - 013-3320300

 
DAFTAR / PERBAHARUI KEAHLIAN MULAI SEKARANG !!